12/03/2026
Iftar Jamaie Pemuda UMNO Pasir Mas: Eratkan Saf, Mantapkan Perjuangan! 🌙✨
Tarikh : 11 Mac 2026 (Rabu)
Masa : 6.30 petang
Tempat : Ibis Styles, Kota Bharu
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Selesai sudah Majlis Iftar Jamaie Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas bertempat di Ibis Hotel, Kota Bharu semalam. Memang meriah dan penuh ukhuwah bila keluarga besar Pemuda dapat berkumpul macam ni. 🏨🤝
Majlis bertambah bermakna dengan kehadiran LSr Nik Ikhwan bin Datuk LSr Dr Hj Hanafi, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Mas, bersama barisan Biro Tertinggi , Penyelaras DUN dan rakan-rakan Exco Pemuda UMNO Pasir Mas.
Sekalung Penghargaan Buat Semua! 🏆
Di kesempatan ini, satu ucapan TAHNIAH dan PENGHARGAAN yang tidak terhingga dirakamkan buat seluruh barisan Exco Pemuda UMNO Pasir Mas.
Terima kasih kerana telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dan jayanya sepanjang tahun ini. Segala gerak kerja, pengorbanan masa, dan tenaga setiap orang adalah nadi kekuatan Pemuda Pasir Mas. Memang superb! 💪🔥
Semoga keberkatan Ramadan ini terus menyuntik semangat untuk kita terus berbakti kepada agama, bangsa, dan tanah air, khususnya buat warga Pasir Mas tercinta.
Jumpa lagi di program seterusnya! 🖐️
Mas