Majlis Bandaraya Pasir Gudang

  • Home
  • Majlis Bandaraya Pasir Gudang

Majlis Bandaraya Pasir Gudang Aras 19,Menara Aqabah
Jalan Bandar,81700 Pasir Gudang

Tel : 07-254 7777
Faks : 07-251 5260

Memperkasa komuniti dan menjadikan Pasir Gudang bersih,indah dan selesa didiami dengan menyediakan kemudahan awam dan perkhidmatan melalui pengurusan cemerlang, perkhidmatan gemilang.

CERAMAH PELAN TINDAKAN KECEMASAN PERKUKUH KESEDARAN KESELAMATAN WARGA MBPG14 Mei 2026, MBPG melalui Bahagian Pentadbiran...
14/05/2026

CERAMAH PELAN TINDAKAN KECEMASAN PERKUKUH KESEDARAN KESELAMATAN WARGA MBPG

14 Mei 2026, MBPG melalui Bahagian Pentadbiran Am, Jabatan Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Ceramah Pelan Tindakan Kecemasan sempena Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHMS) MBPG yang berlangsung di Auditorium Dahlia, Aras 3 Menara Aqabah.

Program ini diadakan bagi meningkatkan tahap kesedaran, pengetahuan serta kesiapsiagaan warga kerja dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan di tempat kerja seperti kebakaran, kemalangan, kebocoran bahan berbahaya dan bencana tidak dijangka.

Sepanjang ceramah berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan prosedur tindakan kecemasan yang betul, kepentingan tindak balas pantas serta langkah keselamatan yang perlu dipatuhi bagi memastikan persekitaran kerja yang lebih selamat dan teratur. Ceramah ini telah disampaikan oleh Tuan Mohd Saiful bin Md. Isa yang berpengalaman luas dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, pemadaman kebakaran industri, HAZMAT, Confined Space Rescue serta pengurusan tindakan kecemasan.

Penganjuran program ini juga selaras dengan komitmen MBPG dalam memperkukuh budaya kerja selamat dan memastikan pematuhan terhadap Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018.

Diharapkan segala ilmu dan perkongsian yang diperoleh dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga kerja dalam meningkatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan di tempat kerja.






LAWATAN KERJA MBPG KE KEJORA PERKUKUH PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN MUZIUM14 Mei 2026, MBPG telah mengadakan lawatan kerja ...
14/05/2026

LAWATAN KERJA MBPG KE KEJORA PERKUKUH PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN MUZIUM

14 Mei 2026, MBPG telah mengadakan lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) bagi sesi pertukaran idea dan penanda aras berkaitan pengurusan serta pembangunan muzium.

Lawatan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Encik Abd Majid bin Sapihe, Timbalan Setiausaha, MBPG ini melibatkan 8 orang pegawai daripada beberapa jabatan MBPG dan bertujuan memperkukuh jaringan kerjasama strategik di samping menimba pandangan serta pengalaman dalam aspek pengurusan muzium yang lebih sistematik, interaktif dan selari dengan keperluan semasa.

Sepanjang lawatan berlangsung, para peserta telah diberikan taklimat berkaitan pengurusan Muzium Nelayan sebelum dibawa melawat galeri-galeri di Muzium Nelayan Tanjung Balau, antaranya Galeri Induk Nelayan Tradisional, Galeri Geologi, Galeri Kapal Karam Desaru, Galeri Keselamatan Laut serta Galeri Kubu British dan Orang Asli Kanaq Sedunia.

Penganjuran lawatan kerja ini diharap dapat memberi pendedahan dan input berguna kepada warga kerja MBPG dalam usaha memperkasakan pengurusan serta pembangunan Muzium Layang-Layang Pasir Gudang agar terus relevan, berinformasi dan menjadi tarikan pelancongan yang bernilai kepada masyarakat.






LAWATAN KERJA DARI MAJLIS BANDARAYA KUANTAN KE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG14 Mei 2026, MBPG telah menerima lawatan ker...
14/05/2026

LAWATAN KERJA DARI MAJLIS BANDARAYA KUANTAN KE MAJLIS BANDARAYA PASIR GUDANG

14 Mei 2026, MBPG telah menerima lawatan kerja daripada Majlis Bandaraya Kuantan yang diketuai oleh Encik Muhamad Haizad bin Hj. Zolpani, Ketua Bahagian Undang-Undang L10. Lawatan disambut oleh Pengarah Unit Undang-Undang MBPG, Encik Nurazam bin Razali yang mewakili pihak MBPG. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian maklumat serta penjelasan berkaitan pengurusan dan pelaksanaan proses Pelupusan Kenderaan Buruk, Barang sitaan penguatkuasa dan cukai harta serta proses jualan lelongan awam.

Sepanjang sesi lawatan, pihak MBPG telah membentangkan tatacara pelaksanaan tindakan penguatkuasaan, proses sitaan, penyimpanan barang sitaan, prosedur pelupusan melalui kaedah lelongan awam serta aspek perundangan yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang kecil dan akta yang berkuat kuasa. Sesi perbincangan turut memberi ruang kepada kedua-dua pihak bertukar pandangan dan pengalaman berkaitan kaedah pengurusan kenderaan dan barang sitaan bagi memastikan proses pelaksanaan yang lebih sistematik, telus dan mematuhi kehendak perundangan.

Lawatan kerja ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan kerjasama antara pihak berkuasa tempatan serta menjadi platform perkongsian amalan terbaik dalam pengurusan penguatkuasaan dan pelupusan barang sitaan.

Majlis Bandaraya Kuantan






KURSUS PEMATUHAN TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN DAN PERATURAN KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)12-14 Mei 2026, Yang ...
14/05/2026

KURSUS PEMATUHAN TATACARA PENGURUSAN PEROLEHAN DAN PERATURAN KEWANGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT)

12-14 Mei 2026, Yang Berhormat Datin Paduka Hajah Hazlina Binti Jalil, Datuk Bandar Pasir Gudang telah menyempurnakan perasmian Kursus Pematuhan Tatacara Pengurusan Perolehan dan Peraturan Kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berlangsung di Ballroom Cempaka Jingga, Aras 3.

Kursus ini dianjurkan bagi memperkukuhkan kefahaman serta pematuhan warga kerja MBPG terhadap tatacara pengurusan perolehan dan peraturan kewangan agar setiap urusan dilaksanakan secara sistematik, telus dan berintegriti.

Sepanjang tiga hari penganjuran, para peserta akan didedahkan dengan pelbagai pengisian berkaitan tatacara perolehan, pentadbiran kontrak, pengurusan bayaran serta kemudahan semasa menjalankan tugas rasmi.

Semoga kursus ini dapat meningkatkan kecekapan dan integriti warga kerja MBPG dalam memperkukuh tadbir urus kewangan yang lebih cemerlang.






14/05/2026
13/05/2026
๐Ÿ”ฅ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—ก๐—ง๐—•๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—›๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜ โ€“ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—š๐—จ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ฌ๐—ข๐—ฅโ€™๐—ฆ ๐—–๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ”ฅAksi penuh adrenaline bakal menggegarkan Pasir Guda...
13/05/2026

๐Ÿ”ฅ ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก๐—”๐—Ÿ ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—ก๐—ง๐—•๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—›๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜ โ€“ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ฅ ๐—š๐—จ๐——๐—”๐—ก๐—š ๐— ๐—”๐—ฌ๐—ข๐—ฅโ€™๐—ฆ ๐—–๐—จ๐—ฃ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐Ÿ”ฅ

Aksi penuh adrenaline bakal menggegarkan Pasir Gudang minggu ini! ๐Ÿ’ฅ

Jom ramai-ramai hadir memeriahkan kejohanan paintball bertaraf antarabangsa yang menghimpunkan pasukan tempatan dan luar negara dalam saingan penuh sengit, strategi dan semangat kesukanan.

๐Ÿ“… 15 โ€“ 17 Mei 2026
๐Ÿ“ Tunku Mahkota Ismail Youth Centre (TMIYC), Pasir Gudang

Pelbagai kategori dipertandingkan termasuk:
๐Ÿ† Open E Div
๐Ÿ† Amateur / Classic E Div
๐Ÿ† Rookie Mechanical Div
๐Ÿ† MBPG Invitation Mechanical Div

Orang ramai dijemput hadir bagi memberikan sokongan dan menyaksikan sendiri kemeriahan kejohanan ini sepanjang tiga hari penganjuran.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman sukan ekstrem yang penuh aksi dan mendebarkan! ๐Ÿ”ฅ






Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam Pasir Gudang Bandaraya Industri dan Pelabuhan.

๐ŸŽฏ MEH SERTAI KEJOHANAN PAINTBALL ANTARABANGSA PIALA DATUK BANDAR PASIR GUDANG 2026!

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) akan menganjurkan Kejohanan Paintball Antarabangsa Piala Datuk Bandar Pasir Gudang 2026 sebagaimana berikut:

Tarikh : 15 - 17 Mei 2026 (Jumaat - Ahad)
Masa : 7.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat : Padang Ragbi Pasir Gudang, TMIYC

Antara kategori yang dipertandingkan ialah:

1. Elektronik Terbuka
2. Amatur / Elektronik Klasik
3. Jemputan dan Komuniti MBPG
4. Rookie Mechanical

Bagi yang berminat dan sebarang pertanyaan, boleh hubungi urusetia kejohanan En. Azam bin Abdul Rahman melalui talian 019-2175690.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://forms.gle/mJqKvk7EYbsGtdGB8

Mohon disebar luas untuk pengetahuan warga Pasir Gudang yang lain. Terima kasih.






KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN BASIC LIFE SUPPORT (BLS) TINGKAT KESIAPSIAGAAN WARGA MBPG13 Mei 2026, MBPG melalui Klinik M...
13/05/2026

KURSUS PERTOLONGAN CEMAS DAN BASIC LIFE SUPPORT (BLS) TINGKAT KESIAPSIAGAAN WARGA MBPG

13 Mei 2026, MBPG melalui Klinik Majlis Bandaraya Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Pertolongan Cemas dan Basic Life Support (BLS) dengan kerjasama CERT Academy bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran warga kerja dalam menghadapi situasi kecemasan.

Sepanjang kursus berlangsung, para peserta didedahkan dengan teknik asas pertolongan cemas, kaedah CPR, penggunaan AED serta tindakan awal yang perlu diambil sebelum bantuan perubatan tiba.

Penganjuran kursus ini juga selaras dengan komitmen MBPG dalam memperkukuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, bertepatan dengan keperluan pematuhan Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ISO 45001:2018.

Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan warga kerja yang lebih peka, cekap dan bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan.






CERAMAH 'SEDAR & CEGAH' BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) NEGERI JOHOR.13 Mei 2026, MBPG melalui Unit Audit Dal...
13/05/2026

CERAMAH 'SEDAR & CEGAH' BERSAMA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN (AADK) NEGERI JOHOR.

13 Mei 2026, MBPG melalui Unit Audit Dalam dan Integriti telah menganjurkan ceramah 'Sedar & Cegah' dengan kerjasama AADK Negeri Johor bertempat di Auditorium Dahlia, Aras 3, Menara Aqabah.

Ceramah ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Nadzri bin Nordin, Ketua Unit Pencegahan AADK Johor Bahru. Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkukuh budaya Tempat Kerja Bebas Dadah, meningkatkan integriti serta profesionalisme warga MBPG selaras dengan aspirasi Dasar Dadah Negara. Penceramah turut berkongsi mengenai realiti, kesan serta langkah pencegahan penyalahgunaan dadah yang semakin mencabar pada masa kini.

MBPG merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak AADK Negeri Johor atas ilmu serta pengalaman dalam membanteras ancaman dadah. Diharapkan setiap ilmu dan peringatan yang dikongsikan dapat dijadikan pedoman bersama.






Pusat Kitar Semula Pandu Lalu(Drive Thru Recycling Centre โ€“ DTRC)Makluman dan hebahan kepada seluruh warga Pasir Gudang,...
13/05/2026

Pusat Kitar Semula Pandu Lalu
(Drive Thru Recycling Centre โ€“ DTRC)

Makluman dan hebahan kepada seluruh warga Pasir Gudang,

Aktiviti jualan barangan terpakai secara Pandu Lalu (DTRC) akan diadakan sebagaimana berikut:

๐Ÿ—“ Tarikh: 16 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 Pagi - 12.00 Tengah Hari
๐Ÿ“ Lokasi: Tempat Letak Kereta, Taman Bandar, Bukit Layang-layang Pasir Gudang

Marilah warga Pasir Gudang hadir beramai-ramai untuk menjual barangan terpakai pada hari tersebut bagi menjayakan aktiviti ini demi melestarikan kawasan Pasir Gudang.

Barangan yang boleh dijual adalah seperti berikut:

Barangan yang BOLEH DIJUAL:
โ–ช๏ธ Kertas A4 / surat khabar
โ–ช๏ธ Kotak
โ–ช๏ธ Plastik (PET/HDPE)
โ–ช๏ธ Aluminium
โ–ช๏ธ Besi
โ–ช๏ธ Mesin basuh
โ–ช๏ธ Elektronik (PC/Laptop, Televisyen, CPU PC)
โ–ช๏ธ Peti Sejuk
โ–ช๏ธ Wayar mix
โ–ช๏ธ Bateri kenderaan
โ–ช๏ธ Minyak masak terpakai
โ–ช๏ธ Stainless Steel

Barangan yang DITERIMA TANPA BAYARAN:
โ–ช๏ธ Pakaian terpakai

Marilah kita bersama-sama memikul tanggungjawab dalam memelihara kebersihan dan kelestarian persekitaran demi kesejahteraan bersama.





PROGRAM ORIENTASI WARGA KERJA BAHARU MBPG PERKUKUH PEMBANGUNAN MODAL INSAN12 Mei 2026, Program orientasi bukan sekadar s...
13/05/2026

PROGRAM ORIENTASI WARGA KERJA BAHARU MBPG PERKUKUH PEMBANGUNAN MODAL INSAN

12 Mei 2026, Program orientasi bukan sekadar sesi pengenalan, sebaliknya menjadi langkah awal dalam membentuk warga kerja yang berilmu, berintegriti dan bersedia memikul amanah demi kecemerlangan perkhidmatan awam.

Seramai 96 orang kakitangan baharu MBPG telah menyertai Program Orientasi Warga Kerja Baharu Sesi 2025โ€“2026 yang berlangsung selama dua hari, iaitu pada 11 dan 12 Mei 2026. Program ini diadakan bagi memberikan pendedahan berkaitan organisasi, tadbir urus, budaya kerja serta peranan warga kerja dalam memastikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat terus berada pada tahap terbaik.

Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai sesi penerangan, perkongsian ilmu serta aktiviti lapangan yang membantu mereka memahami fungsi jabatan dan tanggungjawab sebagai sebahagian daripada keluarga besar MBPG. Pengisian program ini turut menjadi platform untuk memupuk semangat kerja berpasukan, disiplin serta komitmen dalam melaksanakan tugas.

Bagi MBPG, pembangunan modal insan merupakan elemen penting dalam memperkukuh organisasi. Warga kerja yang berkualiti dan berdaya saing bukan sahaja mampu meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan, malah menjadi penggerak utama ke arah pembangunan bandar raya Pasir Gudang yang pintar, lestari dan berdaya huni.






Address


Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6072547777

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Pasir Gudang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Pasir Gudang:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share