13/04/2026
Kunjungan Hormat Pegawai RELA Daerah Papar kepada YB Datuk Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir, ADUN N29 Pantai Manis.
Tarikh: 13 April 2026 (Isnin)
Tempat: Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri N29 Pantai Manis.
Masa: 10.00 pagi
KUNJUNGAN HORMAT
Pegawai RELA Daerah Papar, PgR Mohd Izzal bin Mohd Suhaimi telah mengadakan kunjungan hormat kepada YB Datuk Pengiran Saifuddin bin Pengiran Tahir, ADUN N29 Pantai Manis.
Kunjuangan hormat ini diadakan sebagai tanda penghargaan serta memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara RELA Daerah Papar dan kepimpinan DUN N29 Pantai Manis.
Selain itu pertemuan ini turut menjadi platform perbincangan terutama dalam mempertingkatkan aspek keselamatan komuniti serta memperkasakan peranan RELA di kawasan Pantai Manis.
Kunjungan hormat yang berlangsung selama 30 minit ini turut dihadiri oleh PPgKR Mohd Azrie Syazwan bin Jainal, Pegawai Operasi RELA Daerah Papar dan PPgKR Mohd Farid bin Simil, Pegawai Latihan RELA Daerah Papar.
Semoga jalinan kerjasama ini terus kukuh demi kesejahteraan dan keharmonian masyarakat setempat.