05/06/2026
Kerajaan Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) Ke- 18/2026 pada 26 Mei 2026 telah bersetuju bahawa tempoh bayaran cukai tanah (termasuk cukai petak) bagi Tahun 2026 dilanjutkan sehingga 30 Jun 2026 berbanding tarikh asal pada 31 Mei 2026.
Pihak Berkuasa Negeri juga bersetuju supaya lanjutan tempoh bayaran cukai tanah (termasuk cukai petak) ini diberikan dengan pengecualian daripada dikenakan denda lewat sebanyak 10 peratus daripada cukai tanah dan cukai petak semasa. Keputusan ini juga telah mengambil kira tempoh cuti panjang sepanjang bulan Mei bagi memberi ruang dan kemudahan kepada rakyat untuk menjelaskan bayaran cukai tanah (termasuk cukai petak) masing-masing.
Semua pemilik tanah/petak diminta untuk menjelaskan cukai bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan pada masa akan datang. Pembayaran cukai tanah (termasuk cukai petak) boleh boleh dibuat di portal PTG Pahang, aplikasi PahangGO atau melalui Kaunter Hasil PTG, PDT dan UTC Pahang.