19/05/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Cameron Highlands, 14 Mei 2026 โ Kursus Penyiasatan Pengeluaran Hasil Tanaman (Crop Production Survey) anjuran Jabatan Pertanian Negeri Pahang telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya bermula 12 hingga 14 Mei 2026 bertempat di Springhill Resort, Brinchang, Cameron Highlands.
Kursus ini telah menghimpunkan Penolong Pegawai Pertanian dari seluruh negeri Pahang dengan tujuan memperkukuhkan kemahiran dalam membuat anggaran pengeluaran hasil tanaman secara lebih tepat dan sistematik.
Antara penceramah yang terlibat ialah En. Ahmad Fuuad bin Muhammad Yasin, Seksyen Ekonomi, Bahagian Perancangan Starategik, Putrajaya, En. Khairulazuan bin Kalid, Seksyen Kejuruteraan, Serdang, dan En. Muhammad Datu Rezuan bin Dato Nasir, Seksyen Ekonomi Pertanian, Bahagian PerancanganStrategik, Putrajaya.
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah didedahkan dengan pelbagai kaedah penyiasatan termasuk teknik pengambilan sampel secara sistematik, penggunaan metodologi petak ujian (test plot), serta kaedah pengisian borang penyiasatan yang lebih efektif. Selain itu, peserta turut diberi pendedahan berkaitan analisis data bagi membantu membuat keputusan yang lebih tepat dalam sektor pengeluaran tanaman.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih kepada pihak ladang serta komuniti petani yang terlibat dalam sesi hands-on, yang banyak membantu menjayakan kursus ini dengan memberi pendedahan praktikal kepada para peserta.
Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya mencapai objektif dalam memperkasakan kemahiran pegawai pertanian, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kecekapan dalam pengurusan data dan pengeluaran hasil tanaman di Negeri Pahang.
Diharapkan ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat diaplikasikan di lapangan demi memastikan sektor pertanian negeri terus berkembang secara mampan dan berdaya saing.
Majlis penutup dan penyampaian cenderahati kepada penceramah telah disempurnakan oleh Cik Rovica Anak Radin, Pegawai Pertanian Daerah Cameron Highland.