UKK JIM Langkawi

UKK JIM Langkawi Pages Rasmi Jabatan Imigresen Negeri Kedah Cawangan Langkawi

๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—Ÿ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ: ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ  ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง, ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ Jabatan Imig...
07/09/2026

๐—˜๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›, ๐Ÿญ๐Ÿญ ๐—Ÿ๐—ข๐—ž๐—”๐—ฆ๐—œ: ๐—ข๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—•๐—”๐—š๐—”๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ง๐—ข๐—ฅ

๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐—ž๐—œ๐—ง, ๐Ÿฒ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒโ€“ Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah meneruskan operasi penguatkuasaan melalui OPS BELANJA, OPS DANDAN, OPS KUTIP dan OPS SELERA dengan memberi tumpuan kepada premis perniagaan di empat daerah, iaitu Kuala Muda, Kulim, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Operasi yang dilaksanakan pada 6 September 2026 bermula jam 9.00 pagi hingga selesai itu melibatkan seramai 18 pegawai JIM Negeri Kedah yang menjalankan pemeriksaan di 11 premis melibatkan pelbagai sektor perniagaan, termasuk perniagaan runcit, kedai gunting rambut, perniagaan jahitan dan tekstil, kedai bunga serta premis makanan.

Seramai 69 orang telah diperiksa, terdiri daripada 24 warganegara Malaysia dan 45 orang warga asing.

Hasil pemeriksaan, seramai 33 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) lelaki berumur antara 19 hingga 49 tahun telah ditahan untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki atau berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, tinggal lebih masa serta melanggar syarat pas.

Kesemua yang ditahan terdiri daripada 11 warga Bangladesh, tiga warga Indonesia, 14 warga India, dua warga Nepal dan tiga warga Pakistan.

Sebanyak sembilan (9) Borang IMM.29 (Saman Kepada Saksi) telah dikeluarkan sepanjang tempoh pemeriksaan bagi membantu siasatan dan tindakan lanjut.

Kesemua 33 orang yang ditahan telah dihantar ke Depot Imigresen Belantik, S*k, Kedah untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

JIM Negeri Kedah menegaskan bahawa operasi penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara berterusan di seluruh negeri bagi memastikan warga asing yang berada di negara ini mematuhi undang-undang imigresen.

Tindakan tegas turut akan diambil terhadap mana-mana pihak yang menggaji, melindungi atau membenarkan warga asing berada di premis mereka tanpa dokumen atau pas yang sah.

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah melalui pautan berikut:-

https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan berikut:-

http://eapp.imi.my/spo

@ 2026 | Unit Komunikasi Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

07/09/2026

๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”, ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก,๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ & ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—” | ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›

๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”, ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก,๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ & ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—” | ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›[ADUAN PATI] Laporkan segera kep...
07/09/2026

๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—๐—”, ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก๐——๐—”๐—ก,๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ž๐—จ๐—ง๐—œ๐—ฃ & ๐—ข๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—˜๐—ฅ๐—” | ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›

[ADUAN PATI]

Laporkan segera kepada Jabatan Imigresen Negeri Kedah melalui saluran berikut:-

Telefon:-04 - 7333302

Emel:- [email protected]

SISPAA:- https://imi.spab.gov.my

Identiti anda DIRAHSIAKAN








ยฉ๏ธ 2026 | Unit Komunikasi Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah melalui pautan berikut:-

https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan berikut:-

http://eapp.imi.my/spo

06/09/2026
๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—  ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ, ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seramai 31 P...
05/09/2026

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—˜๐—ก๐—ง๐—”๐—ก: ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ž๐—๐—ฅ๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—๐—œ๐—  ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ

๐—ฆ๐—ถ๐—ธ, ๐Ÿฏ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seramai 31 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Indonesia telah dipindahkan dan dihantar p**ang ke negara asal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) menerusi Program Rentan.

PATI yang dipindahkan terdiri daripada 9 lelaki, 19 wanita, 2 kanak-kanak lelaki dan 1 kanak-kanak perempuan. Kesemua mereka sebelum ini telah ditahan di Depot Imigresen Belantik, S*k, Kedah.

Kesemua PATI berkenaan telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sebelum proses pemindahan dan penghantaran p**ang ke negara asal dilaksanakan.

Program pemindahan ini ditaja sepenuhnya oleh Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Pulau Pinang sebagai satu bentuk kerjasama dalam memastikan proses penghantaran p**ang warganegara Indonesia yang telah selesai menjalani hukuman dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar.

Sebagai sebahagian daripada proses penguatkuasaan imigresen, kesemua PATI berkenaan turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menghalang sebarang cubaan memasuki semula Malaysia pada masa akan datang.

Kerjasama antara KJRI Pulau Pinang dan JIM Negeri Kedah melalui Program Rentan ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam menguruskan proses pemindahan dan penghantaran p**ang warganegara Indonesia yang telah selesai menjalani hukuman di Malaysia.

Program ini juga merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan JIM Negeri Kedah dalam usaha membanteras kehadiran dan aktiviti PATI serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara.

JIM Negeri Kedah akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan, pengesanan, penahanan, pendakwaan dan penghantaran p**ang PATI bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kedaulatan negara terus terpelihara.

Ikuti Media Sosial dan Portal Rasmi JIM Negeri Kedah:

https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan:

Sistem Pertanyaan Online (SPO)

http://eapp.imi.my/spo

ยฉ 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—จ๐—จ๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—žALOR SETAR, 3 September 2026...
05/09/2026

๐—ž๐—จ๐—ก๐—๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ฅ๐— ๐—”๐—ง ๐—จ๐—จ๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—œ๐— ๐—œ๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—ก ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฆ๐—”๐— ๐—” ๐—ฆ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—ง๐—˜๐—š๐—œ๐—ž

ALOR SETAR, 3 September 2026 | Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui UUM LEADS mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah bagi memperkukuh hubungan sedia ada serta meneroka peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Kunjungan tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan potensi kerjasama dalam aspek latihan dan pembangunan kompetensi, perkongsian kepakaran, penyelidikan serta pembangunan profesional dalam kalangan warga JIM Negeri Kedah.

Selain itu, UUM LEADS turut memperkenalkan Program Pengajian Separuh Masa dan Open & Distance Learning (ODL) UUM yang menawarkan peluang kepada golongan bekerja, termasuk anggota JIM Negeri Kedah, untuk melanjutkan pengajian secara lebih fleksibel di samping meningkatkan tahap pendidikan dan kelayakan profesional.

Kerjasama strategik antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan ini diharap dapat memberi manfaat melalui perkongsian ilmu, kepakaran dan pengalaman, selain membuka ruang kepada pelaksanaan program pembangunan bakat yang bersesuaian dengan keperluan perkhidmatan.

UUM melalui UUM LEADS komited untuk terus memperluas jaringan strategik bersama agensi kerajaan dalam usaha menyokong pembangunan modal insan, peningkatan kompetensi warga kerja serta pemerkasaan kualiti perkhidmatan awam.

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan

http://eapp.imi.my/spo

2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat | JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA NEGERI KEDAH

05/09/2026

๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐— ๐—”๐—ง๐—”, ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก โ€” ๐—ฆ๐—œ๐— ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก

Memberi perlindungan kepada individu yang diketahui telah melanggar peruntukan undang-undang imigresen merupakan satu kesalahan.

Jangan biarkan rasa simpati menjadi ruang kepada pelanggaran undang-undang. Tindakan melindungi, menyembunyikan atau membantu mereka yang melakukan kesalahan boleh menyebabkan anda berdepan tindakan undang-undang.

Di bawah Seksyen 56(1)(d), Akta Imigresen 1959/63, mana-mana individu yang dengan sengaja memberi perlindungan kepada orang yang diketahuinya telah melanggar peruntukan Akta boleh dikenakan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan.

๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ถ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ. ๐—๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜. ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ฝ๐—ผ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ธ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐˜€๐—ฎ.

Salurkan maklumat dan aduan berkaitan PATI melalui saluran rasmi seperti yang tertera pada poster.





๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก: ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—›๐—”๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐——๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ๐—ฆ๐—ถ๐—ธ, ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seramai 19 Pen...
05/09/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—จ๐—”๐—ง๐—ž๐—จ๐—”๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—”๐—ก: ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—ง๐—›๐—”๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—— ๐——๐—œ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐——๐—”๐—›๐—ž๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜ ๐—ก๐—˜๐—š๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ฆ๐—”๐—Ÿ

๐—ฆ๐—ถ๐—ธ, ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฝ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seramai 19 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warganegara Thailand telah dipindahkan dan dihantar p**ang ke negara asal melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam.

PATI yang dipindahkan terdiri daripada 14 lelaki dan 5 wanita dan sebelum ini telah ditahan di Depot Imigresen Belantik, S*k, Kedah.

Mereka telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan telah selesai menjalani hukuman mengikut peruntukan undang-undang sebelum proses pemindahan dilaksanakan.

Sebagai langkah penguatkuasaan berterusan, kesemua PATI berkenaan turut dikenakan tindakan senarai hitam dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bagi menghalang sebarang cubaan memasuki semula Malaysia pada masa akan datang.

Program pemindahan ini merupakan sebahagian daripada tindakan penguatkuasaan berterusan JIM Negeri Kedah dalam usaha membanteras kehadiran dan aktiviti PATI di negara ini.

JIM Negeri Kedah akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan, pengesanan, penahanan, pendakwaan dan penghantaran p**ang PATI bagi memastikan keselamatan, ketenteraman awam serta kedaulatan negara terus terpelihara.

Ikuti Media Sosial dan Portal Rasmi JIM Negeri Kedah:

https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan:

Sistem Pertanyaan Online (SPO)

http://eapp.imi.my/spo

ยฉ 2026 Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒJabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah Cawaangan Langkawi mengucapkan Selamat Men...
31/08/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—•๐—จ๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ก๐—š๐—ฆ๐—”๐—”๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah Cawaangan Langkawi mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan serta menghargai keamanan dan keharmonian yang menjadi asas kekuatan negara.

๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ: ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐——๐—œ๐—ก๐—œ๐—ž๐— ๐—”๐—ง๐—œ

Semoga semangat kemerdekaan terus menyatukan kita dalam membina sebuah Malaysia yang sejahtera, maju dan harmoni.

Jangan lupa layari Media Sosial dan Portal Rasmi JIM, klik โ€˜Like, Follow, Subscribe & Shareโ€™ untuk mendapatkan pelbagai informasi terkini daripada kami di;

https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan

http://eapp.imi.my/spo

@ 2026 | Bahagian Perancangan Strategik & Khidmat Korporat
Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿญ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž๐—ฆ๐—œ๐—ž, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seramai 141 warga asing telah dihadapkan ke Ma...
31/08/2026

๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿญ ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—š๐—” ๐—”๐—ฆ๐—œ๐—ก๐—š ๐——๐—œ๐——๐—”๐—ž๐—ช๐—” ๐——๐—œ ๐— ๐—”๐—›๐—ž๐—”๐— ๐—”๐—› ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ง๐—œ ๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—ง๐—œ๐—ž

๐—ฆ๐—œ๐—ž, ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ข๐—ด๐—ผ๐˜€ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ โ€“ Seramai 141 warga asing telah dihadapkan ke Mahkamah Khas Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Belantik, S*k, Kedah atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Prosiding telah dijalankan di hadapan Yang Arif Tuan Mazdi bin Abdul Hamid, manakala prosiding pendakwaan diketuai oleh TPPI Farahafida binti Zakaria.

Kesemua warga asing tersebut terdiri daripada warganegara India, Indonesia, Pakistan, Myanmar, Bangladesh dan Senegal.

Daripada jumlah keseluruhan tersebut, sebanyak 129 kes baharu melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala 12 kes merupakan kes sebut semula.

Bagi kes baharu di bawah Peraturan 39(b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, seramai 49 orang kena tuduh (OKT) telah dituduh. Sebahagian kes telah ditangguhkan sehingga 14 Oktober 2026 dan 21 Oktober 2026 bagi tujuan semakan dokumen. Dalam prosiding tersebut, pihak mahkamah turut menetapkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap OKT dengan dua orang penjamin, iaitu seorang warganegara Malaysia dan majikan asal, beserta syarat-syarat tambahan yang ditetapkan oleh mahkamah.

Bagi kes baharu di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, seramai 49 OKT telah dituduh. Daripada jumlah tersebut, kes 8 OKT telah ditangguhkan sehingga 23 September 2026 dan 7.10.2026 bagi tujuan semakan dokumen. Manakala, 3 OKT telah dijatuhkan hukuman denda antara RM11,000 hingga RM13,000 dan sekiranya gagal membayar denda yang dikenakan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara antara 6 hingga 8 bulan. Sementara itu, 38 OKT telah dijatuhkan hukuman penjara antara 2 hingga 8 bulan.

Bagi kes baharu di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 p**a, seramai 31 OKT dituduh. Kesemua 31 OKT telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan atas kesalahan yang dilakukan dan tiga OKT turut dikenakan satu sebatan.

Selain itu, bagi kes sebut semula, seramai 12 OKT, terdiri daripada 3 wanita dan 9 lelaki, telah dihadapkan di hadapan Yang Arif Tuan Mazdi bin Abdul Hamid. Kesemua OKT berkenaan melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan telah dijatuhkan hukuman penjara antara 2 bulan hingga 13 bulan.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Kedah menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan dan pendakwaan terhadap warga asing yang melanggar undang-undang Imigresen akan terus dilaksanakan secara berterusan.

Jom Ikuti Media Sosial Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

https://linktr.ee/jimkedah

Sebarang pertanyaan sila layari Sistem Pertanyaan Online (SPO) melalui pautan http://eapp.imi.my/spo

ยฉ๏ธ 2026 | Unit Komunikasi Korporat | Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah

Address

Tingkat 1 & 2, Blok 1, Kompleks KDN Langkawi, Jalan Padang Matsirat
Padang Matsirat
07100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 05:00

Telephone

+6049694400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UKK JIM Langkawi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share