Krt/Ppdk -Taman Desa Kolej

  • Home
  • Krt/Ppdk -Taman Desa Kolej

Krt/Ppdk -Taman Desa Kolej PROGRAM & AKTIVITI
KRT/PPDK DESA KOLEJ, PUTRA NILAI

Assalamualaikum w.b.tSalam Perpaduan Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh muslimin dan...
20/03/2026

Assalamualaikum w.b.t
Salam Perpaduan

Ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat Rukun Tetangga Desa Kolej. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kegembiraan serta mengeratkan lagi hubungan ukhwah sesama kita.

🪄 Pergi ke pekan membeli selasih,
Singgah sebentar membeli ketupat,
Aidilfitri menjelma penuh kasih,
Salah silap harap dimaafkan dengan keikhlasan 🪄

Di kesempatan ini juga, marilah kita bersama-sama menjaga keselamatan sepanjang musim perayaan ini —berhati-hati di jalan raya, memastikan kediaman dalam keadaan selamat, serta sentiasa peka terhadap persekitaran.

Semoga semangat kejiranan terus dipupuk dengan sikap saling menghormati, bantu-membantu dan bermaafan sesama jiran tetangga.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La ilaha illallah, Allahu Akbar,
Allahu Akbar wa lillahil hamd.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin

Wassalamualaikum w.b.t
✨🌙

Assalamualaikum w.b.tSalam PerpaduanKami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di k...
10/03/2026

Assalamualaikum w.b.t
Salam Perpaduan

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam di kejiranan Rukun Tetangga Desa Kolej. Semoga peringatan ini menjadikan kita semua lebih mendekatkan diri kepada Al-Quran, memperbanyak amal soleh, dan meneguhkan akhlak mulia dalam kehidupan seharian.

Marilah kita bersama-sama mengambil iktibar daripada Al-Quran sebagai panduan hidup, penyuluh hati, dan pelindung daripada segala kemungkaran. Semoga keberkatan dan rahmat Allah sentiasa menyertai kita semua.

Semoga Ramadan kita dipenuhi keberkatan, rahmat dan keampunan.

Aamiin YRA 🤲🏼
InsyaAllah ✨🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahteraSempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, pihak P...
18/02/2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Sempena kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini, pihak PPDK dan KRT Desa Kolej ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh warga Desa Kolej dan umat Islam.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, memperkukuhkan ukhuwah, serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Marilah kita bersama-sama mengimarahkan bulan yang mulia ini dengan amal ibadah, kesabaran dan semangat kebersamaan.

Semoga segala amalan kita diterima dan diberikan ganjaran berlipat ganda.
Ramadan Kareem 🌙✨

Ikhlas daripada,
PPDK & KRT Desa Kolej

*_Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh_**_Sempena kedatangan Malam Nisfu Syaaban, kami daripada PPDK dan KRT Rukun...
02/02/2026

*_Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh_*

*_Sempena kedatangan Malam Nisfu Syaaban, kami daripada PPDK dan KRT Rukun Tetangga Desa Kolej ingin mengucapkan Selamat Menyambut Nisfu Syaaban kepada seluruh muslimin dan muslimat._*

*_Marilah kita sama-sama memperbanyakkan doa, memohon keampunan serta keberkatan daripada Allah SWT, agar kita semua diberikan kesihatan, keselamatan, dan dipanjangkan umur untuk bertemu bulan Ramadan yang mulia._*

*_Semoga segala amalan kita diterima dan kehidupan kita sentiasa berada dalam rahmat serta lindungan-Nya._*

*_Salam Perpaduan;_*
*_PPDK & KRT_*
*_Rukun Tetangga Desa Kolej_*

*_Selamat kembali ke sekolah sesi 2026_* ✨*Semoga tahun baru ini membawa semangat baru, ilmu bermanfaat dan kejayaan unt...
16/01/2026

*_Selamat kembali ke sekolah sesi 2026_* ✨
*Semoga tahun baru ini membawa semangat baru, ilmu bermanfaat dan kejayaan untuk seluruh anak-anak Desa Kolej*

*Teruskan melangkah dengan keyakinan, penuh keceriaan dan berdisiplin tinggi*🥳

*Doa ibu ayah mengiringi perjalanan menuntut ilmu kalian*🤲🏼💝

03/01/2026
03/01/2026
*_KRT dan Persatuan Penduduk Desa Kolej ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh komuniti yang meraikannya....
24/12/2025

*_KRT dan Persatuan Penduduk Desa Kolej ingin mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada seluruh komuniti yang meraikannya. Semoga perayaan ini membawa kegembiraan, kedamaian, dan kasih sayang dalam kehidupan seharian. Semoga semangat Krismas yang penuh dengan nilai perpaduan dan kebersamaan akan terus mengeratkan hubungan antara kita semua. Selamat bercuti dan semoga tahun baharu yang bakal tiba membawa kesejahteraan serta kejayaan buat kita bersama_* 🎅🏻🎅🏻🎅🏻

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Krt/Ppdk -Taman Desa Kolej posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share