Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Social service, Tingkat 4. Wisma Persekutuan Negeri, Negeri.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan merupakan sebuah agensi awam di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia yang membantu pembangunan Negara dari sudut pembangunan belia dan sukan massa.

01/03/2026

πŸ•Œβœ¨ RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026M/1447H βœ¨πŸ•Œ

Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi peluang terbaik untuk kita mengimarahkan masjid, memperkukuh ukhuwah dan meningkatkan amalan.✨

Ayuh belia Pahang! Sertai Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026M/1447H, yang akan dilaksanakan di setiap daerah seluruh Negeri Pahang. πŸ‘
Program ini merupakan platform terbaik untuk belia mendekatkan diri dengan masjid melalui pelbagai aktiviti kerohanian, pengisian bermanfaat serta penglibatan komuniti. πŸŒ™πŸ€²
πŸ“ Pelaksanaan mengikut daerah bermula 9 hingga 13 Mac 2026.
πŸ“ Terbuka kepada belia berumur 13 - 30 tahun.

Mari bersama-sama kita memeriahkan Ramadan dengan pengisian yang memberi makna dan membina jati diri belia yang seimbang dari segi rohani dan sahsiah.πŸ’«

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pejabat Belia dan Sukan Daerah berhampiran atau Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang di talian 09-5164354 (En. Sanusi/Pn. Zunaidah).

β€œJBS PAHANG, Number One”πŸ₯‡


01/03/2026

πŸ“–βœ¨ PERTANDINGAN TILAWAH AL-QURAN
SEMPENA RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 1447H / 2026M πŸŒ™

Bersempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 1447H/2026M, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang dengan sukacitanya menjemput semua belia untuk menyertai Pertandingan Tilawah Al-Quran sebagai platform mengangkat keindahan kalam Allah SWT serta mencungkil bakat qari dan qariah muda. 🀲✨

πŸ“Œ Maklumat Pertandingan:
πŸ”Ή Terbuka kepada belia berumur 15 hingga 30 tahun.
πŸ”Ή Anak kelahiran, pemastautin atau pelajar di Negeri Pahang.
πŸ”Ή Saringan melalui rakaman video berdurasi 5 minit.
πŸ”Ή Pilihan surah: Al-Kahfi, Yasin atau Yusuf.
πŸ”Ή 3 peserta terbaik akan dipilih ke peringkat akhir (bersemuka) pada 13 Mac 2026 di Masjid Al-Maaruf Kampung Durian Sebatang, Raub.

πŸ’Έ Hadiah wang tunai & sijil penyertaan disediakan.
πŸ“ Penyertaan adalah terhad kepada 55 peserta sahaja, satu penyertaan bagi setiap institusi. Semua peserta akan turut menerima e-sijil penyertaan.

πŸ“… Tarikh tutup penyertaan: 8 Mac 2026

πŸ“² Imbas QR Code pada poster untuk pendaftaran atau hubungi:
πŸ“ž Bahagian Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Pahang
☎️ 09-5164354 (En. Wan / Pn. Zunaidah)

✨ Ayuh sertai dan semarakkan Ramadan dengan alunan tilawah Al-Quran. Jadikan Ramadan ini lebih bermakna dengan mendekatkan diri kepada Al-Quran.

β€œJBS PAHANG, Number One” πŸ₯‡

πŸŠπŸ»β€β™€ PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 3/2025 NEGERI PAHANG KINI DIBUKA!  πŸŠπŸ»β€β™€Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS ...
02/12/2025

πŸŠπŸ»β€β™€ PRA PENDAFTARAN KLAS RENANG FASA 3/2025 NEGERI PAHANG KINI DIBUKA! πŸŠπŸ»β€β™€
Kemahiran Latihan Asas Sukan: Renang (KLAS Renang) merupakan salah satu inisiatif KBS melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran asas berenang dalam kalangan kanak-kanak di seluruh negara.

πŸ‘« Peluang terbaik untuk anak-anak belajar berenang dengan selamat dan menyeronokkan!
πŸ“± Sila klik pautan untuk mendaftar:
πŸ”— https://forms.gle/shH9Cj5bByRrjxNHA
πŸ“ RNJ Swimming Academy, Jalan Haji Ahmad, Kuantan
πŸ“† Tarikh Program: *Disember 2025 – Januari 2026
*(Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa)

πŸ—‚ Jadual Latihan (6 jam keseluruhan):
FASA 3/SIRI 1
Tarikh : 13/12/2025 (Sabtu), 14/12/2025 (Ahad), 20/12/2025 (Sabtu) & 21/12/2025 (Ahad),
Masa : 8.30 pagi – 10.00 pagi (Kumpulan 1 – 20pax)
Masa : 10.30 pagi – 12.00 tengah hari (Kumpulan 2 – 20pax)

FASA 3/SIRI 2
Tarikh : 27/12/2025 (Sabtu) & 28/12/2025 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi (Kumpulan 1 – 20pax)
Masa : 3.00 petang – 6.00 petang (Kumpulan 2 – 20pax)

FASA 3/SIRI 3
Tarikh : 03/01/2026 (Sabtu) & 04/01/2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi – 11.00 pagi (Kumpulan 1 – 20pax)
Masa : 3.00 petang – 6.00 petang (Kumpulan 2 – 20pax)

πŸ“Œ Penyertaan adalah TERHAD kepada 40 orang terawal sahaja setiap siri.
πŸ“Œ Penyertaan adalah PERCUMA!
πŸ“Œ Kits Peserta (Baju Renang, Goggles, Cap)
πŸ“Œ Sijil Penyertaan KBS

🧐 SYARAT PENYERTAAN:
πŸ“‹ Kanak-kanak daripada keluarga B40
πŸ“‹ Berumur 6 hingga 12 tahun
πŸ“‹ Sihat tubuh badan dan tiada penyakit
πŸ“‹ Tidak pernah menyertai KLAS Renang KBS sebelum ini
πŸ“‹ Pendapatan isi rumah keluarga peserta tersebut berada dalam kategori B40. (Pendapatan keluarga kategori B40)
πŸ“‹ Setiap keluarga hanya dibenarkan 1 orang peserta sahaja. Walau bagaimanapun nama peserta akan berada di senarai SIMPANAN sekiranya ada peserta yang menarik diri. (Keutamaan diberi kepada 1 orang 1 keluarga terlebih dahulu)
πŸ“‹ Komitmen peserta perlu hadir untuk kesemua sesi (6 jam) bagi melayakkan peserta mendapat Sijil Penyertaan KBS.
πŸ“‹ Sekiranya tidak hadir perlu mempunyai alasan kukuh.
πŸ“‹ Peserta yang terawal dan menepati syarat penyertaan program akan dihubungi oleh pihak KBS bagi pengesahan penyertaan program melalui email/whatsapp.

Tertakluk pada terma & syarat kelayakan penyertaan yang telah ditentukan.
Peserta yang layak akan dihubungi oleh pihak urus setia bagi penyelarasan lanjut.

Sebarang Pertanyaan boleh hubungi urusetia Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Kuantan:
πŸ“ž Pejabat : 09-5164354
πŸ“ž Puan Rozita: 012-9073949
πŸ“§ [email protected]
πŸ–₯ Facebook: pejabat belia dan sukan daerah Kuantan

Malaysia Aktif!









17/10/2025

Jom Sahut Cabaran Jumping Jack
Kelab Aerobik Gelora (KKAG) dan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kuantan (PKMD)..

πŸ“† Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Oktober 2025

πŸš΄β€β™‚οΈπŸƒπŸ»β€β™€οΈπŸ‘« HARI SUKAN NEGARA 2025 PERINGKAT NEGERI PAHANGπŸ’₯πŸš΄β€β™€οΈ

πŸ”₯MOH SAHUT CABARAN HSN2025PAHANG ONLINE FITNESS CHALLENGE - JUMPING JACK!!!πŸ”₯

πŸ“… Tarikh: 10-12 Oktober 2025
πŸ“ Lokasi: Secara Online / Venue Masing-Masing

βœ… Rakam video anda
βœ… Muatnaik di sosial media
βœ…
βœ… Hadiah menarik menanti anda

πŸ“† Tarikh Tutup Penyertaan: 20 Oktober 2025





KUNJUNG HORMAT PERSATUAN MUAY THAI DAERAH KUANTAN UNTUK JALINAN KERJASAMAKUANTAN, 16 Oktober 2025 - Kunjungan daripada E...
16/10/2025

KUNJUNG HORMAT PERSATUAN MUAY THAI DAERAH KUANTAN UNTUK JALINAN KERJASAMA

KUANTAN, 16 Oktober 2025 - Kunjungan daripada Encik Mohamad Hasif bin Mohamad Tamizi dan Encik Muhamad Saiful Ikram Khalid yang mewakili Persatuan Muaythai Daerah Kuantan buat kali pertama ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan disambut baik oleh pegawainya, Puan Basyirah binti Zulkifli.

Beliau mengalu-alukan kunjungan hormat tersebut dan menganggap banyak perkara baharu dapat dibincangkan berkaitan program-program yang akan dilaksanakan dan bagaimana PBSD Kuantan dapat membantu dalam penyaluran peruntukan dana, khidmat nasihat dan sebagainya.

Secara khususnya PBSD Kuantan mengucapkan tahniah atas kejayaan persatuan tersebut dalam menganjurkan UXR Showdown pada 27 September 2025 lalu di Stadium SUKPA dan bersetuju untuk bekerjasama bagi hala tuju sukan Muaythai pada masa hadapan.

"JBS PAHANG, Number One πŸ₯‡"

Disediakan oleh:
Pejabat Belia dan Sukan
Daerah Kuantan











GALERI [10]HSN2025 KUANTAN
16/10/2025

GALERI [10]

HSN2025 KUANTAN

16/10/2025

VIDEO [2]

HSN2025 KUANTAN

Terima Kasih Atas Sokongan Anda

GALERI [9]HSN2025 KUANTAN
16/10/2025

GALERI [9]

HSN2025 KUANTAN

GALERI [6]HSN2025 KUANTAN
15/10/2025

GALERI [6]

HSN2025 KUANTAN

GALERI [7]HSN2025 KUANTAN
15/10/2025

GALERI [7]

HSN2025 KUANTAN

Address

Tingkat 4. Wisma Persekutuan Negeri
Negeri
25570KUANTAN,PAHANG

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+6095164354

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuantan:

Share

Category