Pejabat Perikanan Negeri Johor

Pejabat Perikanan Negeri Johor Pejabat Perikanan Negeri Johor

13/05/2026

AKTIVITI PEMANTAUAN KUALITI AIR DAN PEMBERIAN MAKANAN IKAN TERNAKAN IKAN TILAPIA SISTEM BIOFLOK DI PEJABAT PERIKANAN NEGERI JOHOR

DOF Malaysia
Zahari Sarip.
Onn Hafiz Ghazi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan

12/05/2026
PROGRAM PEMBASMIAN IKAN BANDARAYA DI SUNGAI SKUDAIKulai, 8 Mei 2026 - Jabatan Perikanan Negeri Johor telah dijemput untu...
12/05/2026

PROGRAM PEMBASMIAN IKAN BANDARAYA DI SUNGAI SKUDAI

Kulai, 8 Mei 2026 - Jabatan Perikanan Negeri Johor telah dijemput untuk turut serta dalam aktiviti pemburuan ikan bandaraya (Pleco) di Sungai Skudai anjuran JCORP dan Skuad Pemburu Ikan Asing bagi mengurangkan populasi ikan invasive tersebut yang mengancam ekosistem serta merosakkan struktur tebing sungai. Seramai 135 orang terlibat dalam aktiviti tersebut di mana Jabatan Perikanan telah disertai oleh kakitangan Cawangan Sumber Perikanan Tangkapan Negeri dan kakitangan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan, Tampoi. Teknik menjala digunakan dalam aktiviti menangkap ikan bandaraya. Pelbagai saiz Pleco telah berjaya dinaikkan dengan jumlah tangkapan sebanyak 560 Kg. JCORP turut menyampaikan sijil penghargaan kepada pihak Jabatan atas sokongan terhadap program tersebut.

Jabatan Perikanan Negeri Johor amat manggalakkan usaha pembasmian ikan asing di perairan umum negeri Johor secara sistematik oleh semua pihak bagi mengurangkan ancaman terhadap ekosistem dan memastikan kelestarian populasi ikan tempatan tempatan. Selain daripada aktiviti pembasmian serta program kesedaran, pihak Jabatan Perikanan Negeri Johor juga sedang giat melaksanakan program konservasi lain seperti pelepasan benih ikan tempatan ke perairan umum, program inventori populasi ikan di perairan air tawar serta penguatkuasaan ke atas premis ikan hiasan dan pemantauan terhadap kegiatan yang dilarang seperti penggunaan peralatan menangkap ikan tanpa lesen dan kaedah penangkapan yang menyalahi peraturan berdasarkan Kaedah-Kaedah Perikanan Darat (Sungai) Negeri Johor 1984.

Zahari Sarip.
Onn Hafiz Ghazi
DOF Malaysia
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ„π‘πˆπŠπ€ππ€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘DOF.JHR.UKP(SH/PEMBANGUNAN)11/2026 : CADANGAN KERJA-KERJA MEM...
11/05/2026

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐓𝐀𝐖𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐓𝐇𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐏𝐄𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓 ππ„π‘πˆπŠπ€ππ€π ππ„π†π„π‘πˆ π‰πŽπ‡πŽπ‘

DOF.JHR.UKP(SH/PEMBANGUNAN)11/2026 : CADANGAN KERJA-KERJA MEMBINA DAN MEMASANG SANGKAR KAYU UNTUK TERNAKAN IKAN MARIN DI BAWAH PROGRAM SPEKS AKUAKULTUR DI PERAIRAN KUKUP, PONTIAN JOHOR

TARIKH TAKLIMAT : 13 MEI 2026 | RABU | 2.00 PETANG | PEJABAT PERIKANAN DAERAH PONTIAN
TARIKH TUTUP IKLAN: 20 MEI 2026 (12.00 PM) | RABU

SYARAT: CIDB GRED G1 KATEGORI CE21

Syarat dan perincian lain-lain sila rujuk kepada notis sebutharga dibawah.

11/05/2026
08/05/2026
🚨 OPS PERIKSA: 2 VESEL PUKAT TUNDA ZON C DITAHAN DI ENDAU, JOHOR! 🚨ENDAU, 5 MEI 2026 – Cawangan Konservasi dan Perlindun...
07/05/2026

🚨 OPS PERIKSA: 2 VESEL PUKAT TUNDA ZON C DITAHAN DI ENDAU, JOHOR! 🚨

ENDAU, 5 MEI 2026 – Cawangan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (CKOPP) Negeri Johor bersama anggota Pangkalan Konservasi dan Perlindungan Perikanan (PKOPP) Mersing telah berjaya mematahkan aktiviti pelanggaran syarat lesen dalam satu operasi rondaan, pemantauan dan pengawasan (OPS Periksa) di perairan Endau, baru-baru ini.

Dalam operasi yang melibatkan kekuatan 6 orang anggota ini, pihak berkuasa telah berjaya menahan DUA (2) buah vesel penangkapan ikan tempatan Zon C jenis pukat tunda.

Berikut adalah perincian tangkapan:
πŸ‘€ Tangkapan (OYDS): 1 orang warganegara tempatan yang merupakan wakil/pemilik vesel.
⚠️ Kesalahan Dikesan:
Melanggar Seksyen 8(b), Akta Perikanan 1985.
Gagal mematuhi syarat β€” Peralatan MTU/AIS dikesan tidak diaktifkan.
πŸ’° Sitaan: 2 unit vesel Zon C beserta peralatan menangkap ikan dengan anggaran nilai sitaan mencecah RM200,000.00!

Jabatan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang sengaja melanggar peraturan yang telah ditetapkan, terutamanya kesalahan mematikan sistem penjejakan MTU/AIS. Tindakan tegas tanpa prejudis akan terus diambil bagi memastikan pematuhan undang-undang perikanan dan menjamin kelestarian sumber marin negara untuk generasi akan datang. 🌊🐟

DOF Malaysia
Zahari Sarip.
Onn Hafiz Ghazi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan



06/05/2026

πŸ“ŒPindaan seksyen 25πŸ“Œ

Perenggan 25(b) Akta ibu dipinda
dengan menggantikan perkataan "dua puluh ribu ringgit" dengan perkataan "seratus ribu ringgit".

Rujuk poster untuk keterangan lanjut.







06/05/2026

Apa Itu Sistem Bioflok (BFT)?

Teknologi Bioflok (BFT) adalah satu sistem penternakan ikan moden yang mengitar semula sisa buangan seperti najis ikan dan baki makanan menjadi sumber makanan tambahan untuk ikan itu sendiri.

Dalam kolam biasa, najis ikan menghasilkan ammonia yang toksik. Dalam sistem Bioflok, kita memasukkan probiotik (bakteria baik) dan sumber karbon (seperti molases/gula merah) ke dalam air. Bakteria ini akan memakan ammonia tersebut dan menukarkannya menjadi gumpalan protein organik yang dipanggil "Flok".
Gumpalan "Flok" yang terapung di dalam air ini sangat kaya dengan protein sekitar 30-50%. Ikan seperti Tilapia akan memakan flok ini secara berterusan. Kita boleh kurangkan pemberian palet sebanyak 20-30% sebab ikan sudah kenyang makan flok. Nilai Feed Conversion Ratio (FCR) juga akan menjadi lebih cekap iaitu di antara 0.8 - 1.2.

Salah satu kelebihan utama Bioflok ialah minimum atau tiada pertukaran air sepanjang tempoh ternakan, kerana bakteria sudah membersihkan air secara biologi, air kekal selamat untuk ikan sepanjang musim. Ini menjimatkan penggunaan air dan pada masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan serangan penyakit luar.

Antara komponen utama dalam BFT adalah:
i) Pengudaraan berterusan 24 jam ibarat jantung sistem ini. Oksigen mesti sentiasa tinggi supaya flok boleh diapung di dalam air melalui pengudaraan dari dasar tangki untuk memudahkan ikan makan dan bakteria juga memerlukan oksigen untuk terus kekal hidup dan bekerja.
ii) Warna air yang sihat biasanya berwarna coklat, menandakan populasi flok yang cukup.
iii) Ujian Imhoff Cone untuk menyukat kepekatan flok. Bacaan ideal adalah antara 5 - 15 ml/L. Flok yang terlalu banyak boleh melekat di insang ikan manakala flok yang terlalu sedikit memberi isyarat ammonia tidak dibersihkan dengan secukupnya.

BFT menjadi pilihan kerana:
i) Boleh ternak banyak ikan dalam kepadatan tinggi dalam ruang kecil (Contoh: 1,400 - 2,000 ekor dalam tangki 6 meter).
ii) Mesra alam kerana hampir tiada aktiviti membuang sisa air tercemar ke dalam parit atau sungai.
iii) Kos operasi yang rendah kerana kurang belanja untuk air dan makanan ikan.

Akhir sekali, sentiasa berhati-hati sekiranya elektrik terputus dan pengudaraan berhenti, sistem ini boleh musnah dengan cepat dan oleh kerana itu penggunaan mesin janakuasa elektrik yang dianggap sebagai item wajib dalam BFT.

Address

Kompleks Perikanan Negeri
Negeri

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6075104808

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Perikanan Negeri Johor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Perikanan Negeri Johor:

Share