14/05/2026
🌿🔍 𝟱 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗟𝗮𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗻𝘂𝗷𝘂 𝗘𝗸𝘀𝗽𝗹𝗼𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗕𝗶𝗼𝗱𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗖𝗙𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟲!
Ayuh bersama menyingkap khazanah alam dan merungkai rahsia biodiversiti hutan negara! 🌳✨
Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor akan menganjurkan Eksplorasi Biodiversiti di Rangkaian Ekologi Central Forest Spine (CFS) melibatkan Hutan Simpan Lenggor dan Hutan Simpan Mersing pada 19 hingga 22 Mei 2026 bertempat di Politeknik Mersing, Johor.
Eksplorasi ini bertujuan mengumpulkan data saintifik berkaitan status semasa kesihatan hutan serta taburan biodiversiti flora dan fauna di kawasan Rangkaian Ekologi CFS di Semenanjung Malaysia. 🌱🦜🐘
Seramai 120 peserta daripada pelbagai latar belakang akan terlibat, termasuk penyelidik, institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta pakar dalam bidang ekologi, flora, fauna, geologi, sosioekonomi, bioinformatik dan kecerdasan buatan.
📍 Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti Siaran Langsung Majlis Perasmian pada:
🗓️ 19 Mei 2026
⏰ 9.00 pagi
📱 Facebook JPSM
Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Yang Berhormat Tuan Syed Ibrahim bin Syed Noh.
Semoga eksplorasi ini menjadi platform penting dalam memperkukuh usaha pemeliharaan ekosistem, memperluas pengetahuan saintifik serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan Rangkaian Ekologi Central Forest Spine sebagai nadi kelestarian alam Malaysia. 🌏💚
"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"
TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp