09/05/2026
๐ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐ก๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ ๐๐ ๐๐จ๐๐๐ ๐๐จ๐ ๐ฃ๐จ๐ฅ
YB Datoโ Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan kerja ke TM Network Intelligence Centre (NIC) dan Klang Valley Data Centre (KVDC), Cyberjaya pada 6 Mei 2026.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Pengarah Yayasan Islam Kelantan (YIK), Pengurus Besar Kelantan ICT Gateway Sdn. Bhd. serta wakil Bahagian Teknologi Maklumat Negeri Kelantan. Mewakili Unit SPARK, Encik Zaim Irsyad turut dijemput bagi membantu memastikan kelancaran perjalanan program serta pengurusan sepanjang lawatan berlangsung.
Lawatan ini juga bertujuan mendapatkan input berkaitan pembangunan ekosistem digital di Negeri Kelantan termasuk perancangan polisi pendigitalan, pembangunan sistem cloud di peringkat negeri serta usaha memperkasa komponen Internet of Things (IoT) dalam agenda Smart City Kelantan menjelang tahun 2030.
Selain itu, sesi libat urus yang diadakan turut memberi pendedahan berkaitan pengurusan rangkaian pintar, keselamatan data, sistem pemantauan operasi dan teknologi digital terkini yang menjadi tunjang kepada pembangunan ekonomi digital negara.
Selain TM NIC dan KVDC, delegasi turut mengadakan lawatan ke My5G Portal Digital Nasional Berhad (DNB) serta CelcomDigi AI Experience Centre (AiX) bagi melihat dengan lebih dekat perkembangan teknologi 5G, kecerdasan buatan (AI) dan transformasi digital yang sedang berkembang pesat di negara ini.