Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah

Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah Bahagian Perumahan adalah sebahagian daripada organisasi di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

HEBAHANDimaklumkan bahawa permohonan kini dibuka bagi skim berikut:1. Rancangan Perumahan Awam (RPA) Flat Seri Gemilang2...
05/05/2026

HEBAHAN

Dimaklumkan bahawa permohonan kini dibuka bagi skim berikut:

1. Rancangan Perumahan Awam (RPA) Flat Seri Gemilang
2. PPR Taman Nagasari

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang: https://ihome.kedah.gov.my/

Tempoh Permohonan:
5 Mei 2026 hingga 11 Mei 2026

Pemohon adalah disarankan untuk menyemak syarat kelayakan yang telah ditetapkan melalui laman sesawang iHome sebelum membuat permohonan.

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—₯𝗦𝗔π—₯𝗔𝗔𝗑 π—žπ—”π—žπ—œπ—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑ALOR SETAR, 30 APRIL 2026 (KHAMIS) – Bahagian Perumahan telah mengadakan M...
04/05/2026

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—£π—˜π—₯𝗦𝗔π—₯𝗔𝗔𝗑 π—žπ—”π—žπ—œπ—§π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—•π—”π—›π—”π—šπ—œπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑

ALOR SETAR, 30 APRIL 2026 (KHAMIS) – Bahagian Perumahan telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan kakitangan yang telah menamatkan perkhidmatan dengan penuh dedikasi.

Majlis yang berlangsung di Lounge Kedah Royal Club, Negeri Kedah ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Antara yang diraikan ialah Hajah Rozaini binti Ahmad dan Hajah Cik Ashah binti Omar yang telah memberikan komitmen tinggi dalam melaksanakan amanah sepanjang berkhidmat di Bahagian Perumahan.

Bahagian Perumahan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa yang telah dicurahkan serta mendoakan agar kedua-dua mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan dalam fasa baharu kehidupan.

π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—”π—žπ—­π—œπ—”π—› 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—šπ—” π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›π—¬π—”π—₯𝗛𝗔𝗠 𝗠𝗗 𝗑𝗒π—₯ 𝗝𝗨𝗦𝗒𝗛Bahagian Perumahan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli kel...
29/04/2026

π—¦π—”π—Ÿπ—”π—  π—§π—”π—žπ—­π—œπ—”π—› 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—šπ—” π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›π—¬π—”π—₯𝗛𝗔𝗠 𝗠𝗗 𝗑𝗒π—₯ 𝗝𝗨𝗦𝗒𝗛

Bahagian Perumahan merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Md Nor Jusoh yang telah kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya yang berlaku di hadapan jalan keluar masuk Masjid Al-Ma’arufi, Kampung Seberang Kota, Kedah.

Allahyarham merupakan salah seorang penghuni di Rancangan Perumahan Awam Kota Nelayan yang diselia oleh Bahagian Perumahan dan dikenali sebagai individu yang komited dalam melaksanakan tanggungjawab, termasuk membuat bayaran setiap kali kaunter luar perumahan dibuka.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Didoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah.

π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔-π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—£π—˜π— π—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—›π—”π—‘ π—Ÿπ—’π—‘π—šπ—žπ—”π—‘π—š π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗑 π——π—”π—›π—Ÿπ—œπ—”, π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—žπ—”π—ͺπ—œLANGKAWI, 13 APRIL 2026 (ISNIN) – Bahagian Perumahan telah...
13/04/2026

π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔-π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—£π—˜π— π—•π—˜π—₯π—¦π—œπ—›π—”π—‘ π—Ÿπ—’π—‘π—šπ—žπ—”π—‘π—š π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗑 π——π—”π—›π—Ÿπ—œπ—”, π—Ÿπ—”π—‘π—šπ—žπ—”π—ͺπ—œ

LANGKAWI, 13 APRIL 2026 (ISNIN) – Bahagian Perumahan telah mengambil tindakan susulan berhubung aduan berkaitan keadaan longkang di kawasan PPR Taman Dahlia yang dipenuhi semak samun serta sukar diselenggara akibat halangan pagar.

Aduan tersebut telah diterima pada 13 Januari 2026 daripada seorang penduduk, Encik Abdullah, yang memaklumkan bahawa kawasan longkang di sekeliling taman telah dinaiki semak samun dan pihak majlis menghadapi kesukaran untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan kerana laluan longkang dihalang oleh pagar sedia ada.

Sehubungan itu, Bahagian Perumahan telah mengambil maklum perkara tersebut dan melaksanakan lawatan tapak pada 9 Februari 2026 bagi menilai keadaan sebenar serta merancang tindakan yang bersesuaian.

Susulan itu, pada 25 Mac 2026, pihak Bahagian Perumahan telah melantik kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan serta pengubahsuaian pagar bagi membolehkan akses kepada longkang untuk tujuan penyelenggaraan pada masa hadapan.

Kerja-kerja tersebut telah siap sepenuhnya pada 6 April 2026 dan hasilnya telah mendapat maklum balas positif daripada penduduk yang berpuas hati dengan pelaksanaan pembersihan tersebut.
Bahagian Perumahan akan terus komited dalam menangani aduan penduduk secara proaktif demi memastikan persekitaran perumahan yang bersih, selesa dan selamat.

Sehubungan itu, penduduk turut diingatkan agar sentiasa menjelaskan bayaran sewa bulanan tanpa culas bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dapat dilaksanakan secara berterusan demi kebaikan bersama.

π—¦π—˜π—¦π—œ π—£π—˜π—₯π—žπ—’π—‘π—šπ—¦π—œπ—”π—‘ π—œπ—¦π—¨ 𝗗𝗔𝗑 𝗖𝗔𝗕𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—žπ—˜π——π—”π—›ALOR SETAR, 7 APRIL 2026 (SELASA) – Puan Noorulhuda binti Mohamme...
09/04/2026

π—¦π—˜π—¦π—œ π—£π—˜π—₯π—žπ—’π—‘π—šπ—¦π—œπ—”π—‘ π—œπ—¦π—¨ 𝗗𝗔𝗑 𝗖𝗔𝗕𝗔π—₯𝗔𝗑 π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 π—‘π—˜π—šπ—˜π—₯π—œ π—žπ—˜π——π—”π—›

ALOR SETAR, 7 APRIL 2026 (SELASA) – Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Setiausaha Bahagian Perumahan telah menyampaikan sesi perkongsian kepada Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Gred N9 (lantikan baharu) berkenaan isu dan cabaran dalam pengurusan perumahan di Negeri Kedah.

Sesi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pegawai lantikan baharu mengenai aspek pengurusan perumahan awam, termasuk cabaran semasa, isu-isu berkaitan penghuni serta pendekatan yang diambil oleh Bahagian Perumahan dalam memastikan tadbir urus yang cekap dan berkesan.

Perkongsian ini turut memberi penekanan kepada peranan pegawai dalam menangani isu perumahan secara profesional serta meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Bahagian Perumahan berharap sesi seumpama ini dapat membantu melahirkan pegawai yang berpengetahuan, berintegriti dan bersedia menghadapi cabaran dalam pengurusan perumahan di peringkat negeri.

π— π—˜π—¦π—¬π—¨π—”π—₯𝗔𝗧 π—£π—˜π— π—”π—‘π—§π—”π—¨π—”π—‘ π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛-π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—₯π—”π—‘π—–π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 (π—₯𝗣𝗔)ALOR SETAR, 1 APRIL 2026 (RABU) – Bahagian Perumahan tela...
02/04/2026

π— π—˜π—¦π—¬π—¨π—”π—₯𝗔𝗧 π—£π—˜π— π—”π—‘π—§π—”π—¨π—”π—‘ π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛-π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—₯π—”π—‘π—–π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π—£π—˜π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛𝗔𝗑 𝗔π—ͺ𝗔𝗠 (π—₯𝗣𝗔)

ALOR SETAR, 1 APRIL 2026 (RABU) – Bahagian Perumahan telah mengadakan Mesyuarat Pemantauan Rumah-Rumah RPA bagi merancang dan menyelaras pelaksanaan pemantauan perumahan awam di seluruh Negeri Kedah.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Puan Noorulhuda binti Mohammed Ali, AMK., BCK., Setiausaha Bahagian Perumahan bersama Encik Shahruzzaman bin Jibin, BCK., Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Dasar & Pembangunan) serta turut disertai oleh ketua-ketua unit Bahagian Perumahan.

Perbincangan dalam mesyuarat ini memberi penekanan kepada aspek pemantauan dari segi tindakan penguatkuasaan dan juga teknikal, termasuk pematuhan syarat perumahan, penyelenggaraan fasiliti serta tindakan terhadap isu-isu yang melibatkan penghuni dan infrastruktur.

Bahagian Perumahan komited untuk memperkukuh pelaksanaan pemantauan secara berterusan dan menyeluruh bagi memastikan pengurusan rumah-rumah RPA sentiasa berada dalam keadaan teratur, selamat dan kondusif untuk didiami.

31/03/2026

ππ„π‘πˆπ“π€ πƒπ”πŠπ€: ππ„πŒπ„π‘π†πˆπ€π 𝐓𝐔𝐀𝐍 π˜π€ππ† πƒπˆππ„π‘π“π”π€ (π˜πƒπ) πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑𝐀𝐍 πŠπ”ππ€ππ† 𝐏𝐀𝐒𝐔

Ψ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ω„ΩΩ„ΩŽΩ‘Ω‡Ω وَΨ₯ΩΩ†ΩŽΩ‘Ψ§ Ψ₯ΩΩ„ΩŽΩŠΩ’Ω‡Ω Ψ±ΩŽΨ§Ψ¬ΩΨΉΩΩˆΩ†ΩŽ

Seluruh warga kerja Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) dengan penuh hiba dan rasa dukacita ingin memaklumkan berita kepulangan ke rahmatullah, Tuan Badrulhisham bin Haji Sulaiman, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kubang Pasu pada hari ini, 31 Mac 2026.

Sesungguhnya, kehilangan ini merupakan satu duka yang amat mendalam buat kami semua. Allahyarham merupakan seorang pemimpin yang berdedikasi dan telah banyak menyumbang jasa serta bakti demi kemajuan daerah Kubang Pasu dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu

Setinggi-tinggi ucapan takziah dizahirkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Kami mendoakan agar keluarga tabah menghadapi ujian yang berat ini.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman serta beramal soleh.

Al-Fatihah. (Dibaca)





πŸ–± Portal : https://pbt.kedah.gov.my/.../majlis-perbandaran-kubang-pasu/
πŸ“± Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
πŸ“² Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
πŸ’»Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
πŸ“± WhatsApp Aduan :
https://wa.link/c38jh1

π—žπ—˜π—•π—’π—–π—’π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—œπ—£ 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ π—¦π—˜π—₯π—œ π—šπ—˜π— π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—šALOR SETAR, 29 MAC 2026 (AHAD) – Bahagian Perumahan telah menerima aduan daripa...
29/03/2026

π—žπ—˜π—•π—’π—–π—’π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—œπ—£ 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ π—¦π—˜π—₯π—œ π—šπ—˜π— π—œπ—Ÿπ—”π—‘π—š

ALOR SETAR, 29 MAC 2026 (AHAD) – Bahagian Perumahan telah menerima aduan daripada penduduk pada Khamis, 26 Mac 2026 berhubung kebocoran paip utama yang membekalkan air ke Blok I sehingga menyebabkan berlakunya sedikit banjir di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu, Bahagian Perumahan telah mengambil tindakan segera dengan mengarahkan kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan pada hari yang sama.

Kerja-kerja pembaikan tersebut telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada Jumaat, 27 Mac 2026, sekali gus mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk.

Bahagian Perumahan komited dalam memastikan setiap aduan berkaitan kemudahan perumahan ditangani dengan segera dan berkesan demi kesejahteraan penduduk.

Sehubungan itu, para penduduk turut diingatkan agar melaksanakan tanggungjawab dengan membuat bayaran sewa bulanan serta menjelaskan tunggakan sedia ada bagi memastikan kerja-kerja penyelenggaraan dan tindakan kecemasan dapat dilaksanakan secara berterusan demi kepentingan bersama.

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—₯𝗔𝗬𝗔 π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—™π—œπ—§π—₯π—œ πŸŒ™βœ¨Bahagian Perumahan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada ...
20/03/2026

π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ 𝗛𝗔π—₯π—œ π—₯𝗔𝗬𝗔 π—”π—œπ——π—œπ—Ÿπ—™π—œπ—§π—₯π—œ πŸŒ™βœ¨

Bahagian Perumahan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.
Semoga Aidilfitri ini membawa sinar kegembiraan, keberkatan serta mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.

Semoga segala amalan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan diterima dan diberkati.

Ikhlas daripada,
Bahagian Perumahan

π—žπ—˜π—•π—’π—–π—’π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—œπ—£ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ 𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗑𝗔𝗛𝗨ALOR SETAR, 17 Mac (Selasa) – Bahagian Perumahan kini sedang giat melaksanaka...
19/03/2026

π—žπ—˜π—•π—’π—–π—’π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—œπ—£ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ 𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗑𝗔𝗛𝗨

ALOR SETAR, 17 Mac (Selasa) – Bahagian Perumahan kini sedang giat melaksanakan kerja-kerja membaik pulih beberapa saluran paip bawah tanah yang dikesan mengalami kebocoran di kawasan PPR Paya Nahu.

​Penyelenggaraan ini sedang dijalankan dengan segera bagi mengatasi masalah tersebut, sekali gus memastikan sistem bekalan air dapat beroperasi seperti biasa dalam masa terdekat.

​Pihak kami mengambil maklum akan kesulitan yang dialami oleh penduduk berikutan masalah ini. Segala usaha sedang diambil untuk menyegerakan kerja-kerja pembaikan di tapak demi keselesaan bersama.
​Bahagian Perumahan komited dalam menangani isu penyelenggaraan perumahan awam secara proaktif dan akan terus memantau kelancaran kerja baik pulih ini sehingga selesai.

Sehubungan itu, penduduk turut diseru agar menjelaskan bayaran sewa bulanan dan tunggakan bagi memastikan penyelenggaraan dan penambahbaikan kemudahan dapat dilaksanakan secara berterusan demi manfaat bersama.

π—žπ—˜π—•π—’π—–π—’π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—œπ—£ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π——π—œ π—₯𝗣𝗔 π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—š π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—”ALOR SETAR, 17 Mac (Selasa) – Bahagian Perumahan telah mengambil tindakan...
19/03/2026

π—žπ—˜π—•π—’π—–π—’π—₯𝗔𝗑 π—£π—”π—œπ—£ 𝗕𝗔π—ͺ𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗑𝗔𝗛 π——π—œ π—₯𝗣𝗔 π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—š π—žπ—¨π—”π—Ÿπ—”

ALOR SETAR, 17 Mac (Selasa) – Bahagian Perumahan telah mengambil tindakan segera berhubung isu kebocoran paip bawah tanah di RPA Simpang Kuala yang sebelum ini menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk setempat.

Masalah tersebut telah sedia dimaklumkan kepada Bahagian Perumahan melalui aduan yang diterima daripada penduduk, selain turut dibangkitkan oleh YB Teh Swee Leong sebelum ini.
Sehubungan itu, kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan sepenuhnya bagi mengatasi kebocoran paip berkenaan, sekali gus memastikan sistem bekalan air kembali berfungsi dengan baik.

Sebagai langkah penambahbaikan, kerja-kerja penurapan semula jalan turut dilaksanakan selepas pembaikan siap bagi memastikan laluan berada dalam keadaan selamat dan selesa untuk kegunaan penduduk.

Bahagian Perumahan akan terus komited dalam menangani sebarang isu penyelenggaraan perumahan awam secara proaktif demi kesejahteraan dan keselesaan penduduk.

Sehubungan dengan itu, para penghuni diseru untuk terus memberikan kerjasama dengan melunaskan bayaran sewa mengikut jadual yang ditetapkan. Komitmen pembayaran ini amat penting kerana hasil kutipan tersebut akan disalurkan kembali untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan projek baik pulih demi manfaat dan keselesaan bersama.

π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔-π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—•π—”π—œπ—ž π—£π—¨π—Ÿπ—œπ—› π—žπ—”π—žπ—œ π—Ÿπ—œπ— π—” π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ π— π—˜π—₯π—šπ—’π—‘π—šALOR SETAR, 17 Mac (Selasa) – Demi meningkatkan kesejahteraan dan keseles...
19/03/2026

π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔-π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π—•π—”π—œπ—ž π—£π—¨π—Ÿπ—œπ—› π—žπ—”π—žπ—œ π—Ÿπ—œπ— π—” π——π—œ 𝗣𝗣π—₯ π— π—˜π—₯π—šπ—’π—‘π—š

ALOR SETAR, 17 Mac (Selasa) – Demi meningkatkan kesejahteraan dan keselesaan penduduk, Bahagian Perumahan telah menyempurnakan kerja-kerja baik pulih laluan kaki lima di Blok B, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Mergong.

​Sebelum ini, kawasan terbabit kerap terjejas akibat masalah limpahan air kumbahan. Situasi ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran, malah menimbulkan kesulitan serta bau yang kurang menyenangkan buat para penghuni.

​Menyedari kepincangan tersebut, kerja-kerja naik taraf dan pembaikan sistem saliran telah segera dilaksanakan. Inisiatif ini adalah bagi memastikan laluan pejalan kaki tersebut kembali selamat, bersih, dan selesa untuk kegunaan harian.

​Usaha penambahbaikan ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Bahagian Perumahan dalam memastikan tahap prasarana perumahan awam sentiasa diselenggara dan diurus tadbir dengan cemerlang.

​Sehubungan dengan itu, para penghuni diseru untuk terus memberikan kerjasama dengan melunaskan bayaran sewa mengikut jadual yang ditetapkan. Komitmen pembayaran ini amat penting kerana hasil kutipan tersebut akan disalurkan kembali untuk membiayai kerja-kerja penyelenggaraan dan projek baik pulih demi manfaat dan keselesaan bersama.

Address

Bahagian Perumahan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
Negeri
05503

Telephone

+6047027311

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Perumahan SUK Negeri Kedah:

Share