Pergigian Bahagian Mukah

Pergigian Bahagian Mukah Pergigian Bahagian Mukah - sentiasa bersedia membantu anda dalam perkhidmatan rawatan pergigian, promosi dan pencegahan

08/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MERDEKAKAN DIRIMU DARIPADA PENYAKIT PERGIGIAN! ๐Ÿฆทโœจ

Sempena sambutan Bulan Kebangsaan, marilah kita sama-sama membebaskan diri daripada penyakit pergigian dengan mengamalkan penjagaan kesihatan mulut setiap hari.

๐Ÿ’™ Amalkan 5 langkah mudah:
๐Ÿชฅ Berus gigi 2 kali sehari menggunakan ubat gigi berfluorida.
๐Ÿญ Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis.
๐Ÿฆท Gunakan flos setiap hari.
๐Ÿšญ Jauhi tabiat merokok dan penggunaan tembakau.
๐Ÿ‘จโ€โš•๏ธ Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala.

Kesihatan mulut yang baik bukan sahaja memberikan senyuman yang sihat, malah meningkatkan kualiti hidup dan keyakinan diri.

โœจ Ayuh, merdekakan diri daripada penyakit pergigian dan raikan kemerdekaan dengan senyuman yang lebih sihat!

30/07/2026

[INFOGRAFIK]

๐Ÿฆท โ€œGigi haus? Jangan terus anggap normal.โ€

Attrition โŒ Abrasion โŒ Erosion

Ketiga-tiganya menyebabkan kehausan gigi, tetapi puncanya berbeza.

๐Ÿ“Œ Kenali perbezaannya.
๐Ÿ“Œ Amalkan langkah pencegahan.
๐Ÿ“Œ Lakukan pemeriksaan pergigian secara berkala.

๐Ÿ˜Š Senyuman yang sihat bermula dengan ilmu yang betul.

Pengarang : Dr Nur Syaziera binti Mohammad Agus (Klinik Pergigian Bukit Pasir)


:20


30/07/2026

MULA-MULA CUMA TOMPOK PUTIH.

Tidak sakit. Tidak berlubang besar. Nampak macam tiada apa-apa.

Tetapi karies gigi biasanya bermula apabila asid yang dihasilkan oleh bakteria menyerang lapisan luar gigi, iaitu enamel. Pada peringkat awal, ia boleh kelihatan sebagai tompok putih kusam dan mungkin belum menyebabkan sebarang simptom.

TAHAP 1
Tompok putih pada enamel

Mineral pada permukaan gigi mula hilang. Pada tahap ini, kerosakan awal masih berpotensi dihentikan atau dipulihkan melalui penjagaan mulut dan rawatan fluorida yang sesuai.

TAHAP 2
Lubang kecil mula terbentuk

Apabila enamel semakin rosak, kaviti atau lubang terbentuk. Memberus gigi sahaja tidak boleh menutup semula lubang tersebut dan tampalan mungkin diperlukan.

TAHAP 3
Karies sampai ke dentin

Kerosakan menembusi lapisan di bawah enamel. Gigi boleh mula terasa ngilu apabila terkena makanan manis serta minuman panas atau sejuk.

TAHAP 4
Karies menghampiri saraf

Apabila kerosakan sampai atau menghampiri pulpa yang mengandungi saraf, sakit gigi boleh menjadi lebih kuat. Rawatan akar mungkin diperlukan untuk menyelamatkan gigi.

TAHAP 5
Abses dan jangkitan

Jangkitan boleh menghasilkan nanah, menyebabkan gusi atau muka membengkak dan akhirnya membawa kepada kehilangan gigi jika tidak dirawat.

Pada pandangan PHM, jangan tunggu sehingga gigi sakit.

Sakit selalunya muncul apabila kerosakan sudah semakin dalam. Pemeriksaan awal menjadikan rawatan lebih mudah dan boleh mengelakkan tampalan besar, rawatan akar atau cabutan.

Dapatkan rawatan segera sekiranya terdapat bengkak besar pada mulut atau muka, sukar membuka mulut, menelan, bercakap atau bernafas.

Karies tidak terus menjadi lubang besar dalam sehari.

Ia bermula kecil.
Ia membesar dalam diam.
Dan ramai hanya sedar apabila sakit sudah datang.

28/07/2026

[INFOGRAFIK]

๐Ÿ—ณ๏ธ 18 tahun: Layak mengundi. โœ…

๐Ÿฆท 18 tahun juga: "Hello, saya gigi geraham bongsu!" ๐Ÿ˜‚

Tahukah anda bahawa gigi geraham bongsu biasanya tumbuh sekitar umur 17 hingga 25 tahun? Tapi kenapa ada orang sakit, ada yang tak rasa apa-apa?

Jom kenali kenapa gigi geraham bongsu tumbuh senget, bila ia boleh menyebabkan masalah, dan apakah rawatan yang tersedia.

Pengarang : Dr Hanis Nabilah binti Marzuki (Klinik Pergigian Lenga)


:20


[PENGUMUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN DI HOSPITAL DALAT]Pelanggan yang dihormati,Dimaklumkan bahawa terdapa...
23/07/2026

[PENGUMUMAN GANGGUAN PERKHIDMATAN KLINIK PERGIGIAN DI HOSPITAL DALAT]

Pelanggan yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa terdapat gangguan perkhidmatan sementara disebabkan masalah teknikal pada kerusi pergigian yang secara langsung menjejas perkhidmatan pergigian di klinik kami.

Tempoh gangguan dijangka daripada
23 Julai 2026 sehingga 31 Julai 2026.

1. Keutamaan Rawatan: Kes-kes kecemasan akan diutamakan. Rawatan elektif/temujanji akan ditunda bergantung kepada kapasiti pesakit yang hadir pada hari berkenaan.

2. Kapasiti Terhad: Waktu menunggu untuk mendapatkan rawatan mungkin menjadi sedikit lebih lama daripada kebiasaan memandangkan jumlah kerusi rawatan yang beroperasi adalah terhad.

Segala kesulitan yang timbul amatlah dikesali dan pihak kami sangat menghargai kesabaran serta kerjasama daripada pihak anda.

Untuk sebarang pertanyaan atau penjadualan semula tarikh temujanji, boleh hubungi 019-8676562 (Whatsapp - pada waktu berkerja sahaja)

Sekian terima kasih
23 Julai 2026

08/07/2026

๐Ÿฅฑ "Alah... penatnya hari ni, esok pagilah baru berus gigi."

Jangan buat begini ya! Letih macam mana sekalipun, pastikan anda luangkan masa 2 minit sahaja sebelum tidur untuk memberus gigi.

Jika anda tidur tanpa memberus gigi, anda sebenarnya memberi 'pesta percuma' kepada plak dan bakteria untuk merosakkan gigi dan gusi sepanjang malam! ๐Ÿฆ ๐Ÿฆท

Jom amalkan rutin ini setiap hari bagi mengekalkan gigi asli yang sihat sepanjang usia.



08/07/2026
01/07/2026

๐Ÿšซ๐‰๐€๐”๐‡๐ˆ ๐†๐ˆ๐†๐ˆ ๐๐€๐‹๐’๐” ๐“๐ˆ๐‘๐”๐€๐๐Ÿšซ
Adakah anda tahu bahayanya mendapatkan khidmat pembuatan atau pembaikian gigi daripada tukang gigi jalanan atau doktor gigi yang tidak bertauliah? Walaupun harganya mungkin lebih murah, kesannya boleh memudaratkan kesihatan anda untuk jangka masa panjang!

โš ๏ธ Bahaya Gigi Palsu Tiruan:
๐‘๐ข๐ฌ๐ข๐ค๐จ ๐ฉ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ค๐ข๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ง๐ ๐ค๐ข๐ญ : Peralatan yang tidak disteril dengan betul boleh memindahkan kuman berbahaya. Anda bukan sahaja berisiko mendapat jangkitan pada gusi, malah terdedah kepada penyakit berbahaya seperti Hepatitis, HIV, dan Tuberkulosis (TB).

๐Š๐ž๐ซ๐จ๐ฌ๐š๐ค๐š๐ง ๐ ๐ข๐ ๐ข ๐š๐ญ๐š๐ฎ ๐ฆ๐š๐ฌ๐š๐ฅ๐š๐ก ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ข : Tekanan struktur gigi palsu yang salah boleh merosakkan gusi dan gigi asli yang sedia ada. Akibatnya, gigi asli menjadi goyang dan akhirnya terpaksa dicabut!

๐Œ๐ฎ๐ฅ๐ฎ๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐›๐š๐ฎ ๐›๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ค : Sisa makanan mudah tersangkut kerana rekaan yang tidak mengikut spesifikasi klinikal. Lebih parah, ada gigi palsu tiruan yang dilekatkan terus pada gigi asal sehingga menyukarkan pembersihan. Akibatnya, gigi asli mereput dan mulut berbau busuk.

๐๐ž๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐š๐š๐ง ๐›๐š๐ก๐š๐ง-๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ญ๐จ๐ค๐ฌ๐ข๐ค : Bahan kimia murah dan tidak selamat yang digunakan boleh meresap ke dalam tubuh, sekali gus mengundang komplikasi kesihatan yang serius.

๐“๐ข๐๐š๐ค ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ง๐๐ฎ๐ง๐ ๐ข ๐จ๐ฅ๐ž๐ก ๐ฎ๐ง๐๐š๐ง๐ -๐ฎ๐ง๐๐š๐ง๐  : Jika berlaku kecacatan, diagnosis yang salah, atau hasil rawatan yang tidak mencapai ekspektasi, pesakit sukar untuk mendapatkan sebarang bentuk perlindungan atau ganti rugi di bawah undang-undang kerana dirawat oleh pengamal pergigian haram.

โœจ Bijak Memilih, Utamakan Keselamatan
Jangan pertaruhkan senyuman dan kesihatan anda. Pastikan anda hanya mendapatkan perkhidmatan daripada doktor pergigian yang berdaftar dan bertauliah sahaja.



01/07/2026

๐Ÿฆท Selamat Menyambut Hari Juruterapi Pergigian 2026 ๐Ÿฆท

1 Julai 2026

"Shaping Dental Therapists for the Future Oral Health"

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh Juruterapi Pergigian atas dedikasi, komitmen dan khidmat bakti yang tidak pernah mengenal jemu dalam meningkatkan tahap kesihatan pergigian masyarakat, khususnya kanak-kanak dan murid-murid sekolah.

Juruterapi Pergigian merupakan barisan hadapan dalam usaha pencegahan penyakit pergigian melalui pendidikan kesihatan pergigian, pemeriksaan, rawatan asas serta promosi amalan penjagaan kesihatan mulut yang baik. Sumbangan anda menjadi asas kepada pembentukan generasi yang lebih sihat dan yakin dengan senyuman mereka.

Bersama Juruterapi Pergigian, Membentuk Generasi Bebas Karies.

Semoga seluruh warga Juruterapi Pergigian terus cemerlang, berinovasi dan menjadi pemangkin kepada masa depan kesihatan pergigian yang lebih mampan demi kesejahteraan rakyat.

Selamat Hari Juruterapi Pergigian 2026! ๐Ÿ’™

๐Ÿ’™๐Ÿ’›

12/03/2026

๐Ÿฆท A Happy Mouth is a Happy Life!

Did you know that taking care of your oral health is an important part of maintaining your overall health and well-being? A healthy mouth allows us to eat comfortably, speak clearly, and smile with confidence every day.
Good oral hygiene also helps prevent common dental problems such as tooth decay, gum disease, bad breath, and even more serious conditions if left untreated.

Here are a few simple steps to keep your mouth healthy:

๐Ÿชฅ Brush your teeth at least twice a day using fluoride toothpaste
๐Ÿงต Clean between your teeth daily using dental floss or interdental brushes
๐ŸŽ Reduce the intake of sugary foods and drinks
๐Ÿฆท Visit your dentist regularly for dental check-ups
๐Ÿšญ Avoid smoking and to***co products

Pay attention to warning signs such as bleeding gums, tooth pain, persistent bad breath, loose teeth, or mouth ulcers that do not heal within two weeks. If you notice any of these symptoms, please seek dental care as soon as possible.

Remember, a healthy mouth contributes to a healthy body and a happier life. Letโ€™s work together to maintain good oral health for ourselves and our loved ones.

โœจ Mulut Sihat, Badan Sihat!

Address

Wisma Persekutuan, Jalan Mukah-Balingian
Mukah
96400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pergigian Bahagian Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category