Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor (PPA MUAR)

Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor (PPA MUAR) Pusat Pemulihan Akhlak Muar,Jalan Salleh,84000 MuarJohor Darul Takzim Ianya ditadbir oleh seorang Pengarah yang berpangkat Penolong Komisioner Penjara.

LATAR BELAKANG PUSAT PEMULIHAN AKHLAK , MUAR JOHOR
Terletak di atas tanah Lot No. 3158 yang luasnya 5.5 ekar di Jalan Salleh. SEJARAH RINGKAS PUSAT PEMULIHAN AKHLAK, MUAR JOHOR
Pusat Pemulihan Akhlak Muar, Johor diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak Muar mengikut Warta Kerajaan Bilangan P.U (B) 719 bertarikh 30 Disember 1976. Ianya mula beroperasi pada 28 Oktober 1976 hingga sekarang. Dari seg

i sejarah pembinaan bangunan pusat ini dikesan melalui Jabatan Kerja Raya Muar didapati telah dibina pada tahun 1927. Sebelum pusat ini diwartakan sebagai Pusat Pemulihan Akhlak Muar, ianya diwartakan sebagai Tempat Tahanan Perlindungan Muar. Ianya beroperasi pada 29 Oktober 1973 berikutan dengan penutupan Tempat Tahanan Perlindungan Muar. Pada masa itu Tempat Tahanan Perlindungan Muar menempatkan orang-orang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) pada tahun 1964, menempatkan juga orang-orang yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan surversif ekoran daripada pengishtiharan konfrantasi kerajaan Indonesia terhadap Malaysia. Tempat Tahanan Perlindungan Muar yang beroperasi pada 29 Oktober 1958 ditutup pada 29 Oktober 1973. Semua pegawai dan kakitangan serta orang-orang tahanan dipindahkan ke Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting, taiping Perak sehinggalah pada 28 Oktober 1976 di mana pusat ini beroperasi semula sebagai Pusat Pemulihan Akhlak, Muar. Penempatan orang-orang tahanan di pusat ini adalah berdasarkan penguatkuasaan Undang-Undang / Ordinan berikut :

• Ordinan Ketenteraman Awam Dan Mencegah Jenayah ( 1969 )
• Akta Dadah Merbahaya ( Langkah-Langkah Pencegahan Khas 1985 ) Akta 316
Pada tahun 1985, Institusi ini menempatkan orang tahanan yang ditahan di bawah Akta dadah Merbahaya LLPK 1985 .Kini Pusat Pemulihan Akhlak Muar telah menempatkan tahanan muda bagi LLPK dan POPOC. Institusi ini
juga menjalankan program-program pemulihan sepertimana yang telah dilaksanakan oleh penjara lain untuk menjadikan orang tahanan mengubah haru biru kehidupan akan datang apabila dibebaskan kelak dan menjadi insan yang berguna.

Address

Pusat Pemulihan Akhlak Muar Jalan Salleh
Muar
84000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor (PPA MUAR) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Pemulihan Akhlak Muar Johor (PPA MUAR):

Share