12/06/2026
[ FORMULA QASAR & JAMAK ]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Alhamdulillah, Islam merupakan agama yang penuh dengan kemudahan dan rahmat. Antara rukhsah (keringanan) yang diberikan kepada umat Islam ialah kemudahan untuk melakukan solat secara qasar dan jamak ketika berada dalam perjalanan yang memenuhi syarat-syarat tertentu.
Qasar bermaksud memendekkan solat fardu empat rakaat kepada dua rakaat, manakala jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu.
Untuk memahami hukum qasar dan jamak, kita perlu mengetahui beberapa istilah penting:
๐ Musafir โ Seseorang yang melakukan perjalanan melebihi dua marhalah (lebih kurang 81 kilometer).
๐ Mukim โ Seseorang yang menetap di sesuatu tempat lebih daripada tiga hari, tidak termasuk hari tiba dan hari pulang.
๐ Mastautin โ Seseorang yang tinggal secara tetap di sesuatu tempat sebagai tempat kediamannya.
โ Formula mudah mengingati hukum ini ialah:
โ
Hari pergi
โ
Hari pertama
โ
Hari kedua
โ
Hari ketiga
โ
Hari pulang
Sekiranya seseorang berniat untuk tinggal di sesuatu tempat selama empat hari atau lebih (tidak termasuk hari pergi dan hari pulang), maka dia dianggap bermukim dan tidak lagi dibenarkan melakukan qasar dan jamak sepanjang tempoh tersebut. Namun, kemudahan qasar dan jamak masih dibolehkan ketika dalam perjalanan.
Firman Allah SWT:
โAllah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.โ
(Surah Al-Baqarah: 185)
Marilah kita mempelajari dan memahami hukum-hakam musafir dengan baik agar ibadah yang dilakukan sentiasa menepati syariat serta memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman agama yang benar kepada kita dan menerima segala amalan ibadah yang dilakukan.
Sekian, terima kasih.
Biro Dakwah Surau Al-Mustaqim
Institut Koreksional Malaysia Melaka