Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Marang Terengganu

Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Marang Terengganu AADK DAERAH MARANG (OFFICIAL)
LOT 8993, TINGKAT 1&2
BANGUNAN KOMPLEKS KOMERSIAL
HADAPAN MASJID BESAR MARANG
TERENGGANU

TEL : 09-6181446

PENAFIAN:

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini. MENGENAI FB AADK :

Laman sosial ini adalah merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh AADK. Sekiranya rakan FB AADK ingin menyalurkan sebarang aduan/ pertany

aan/ cadangan, anda boleh menghantarkan maklum balas tersebut melalui;

e-mel di alamat [email protected] atau;

SMS dengan menaip AADKMENU dan hantarkan kepada 15888 atau;

hubungi Unit Media & Komunikasi Korporat AADK di 03-89112424 atau ;

talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233 atau;

layari http://kdn.bpa.jpm.my/eApps/system/index.do atau;

hantarkan terus kepada:

Ketua Pengarah
Agensi Antidadah Kebangsaan,
Kementerian Dalam Negeri
Jalan Maktab Perguruan Islam, 43000 Kajang, Selangor
(u.p: Pegawai Perhubungan Awam)

26/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H | 2026M

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha 1447 Hijrah kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

Aidiladha mengajak kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan, ketaatan dan kebersamaan dalam memperkukuh keluarga, masyarakat dan negara.

Semoga sambutan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, mempererat ukhuwah serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam masyarakat yang sejahtera, bebas dadah dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
Dato’ Ruslin Jusoh
Ketua Pengarah
dan seluruh warga Agensi Antidadah Kebangsaan


Shamsul Anuar Nasarah




26/05/2026

✨ Selamat Hari Raya Qurban daripada kami AADK! Pernahkah anda terfikir tentang hikmah sebenar ibadah Qurban?

Ibadah ini bukan sekadar menyembelih haiwan, tetapi mengajar kita tentang kesabaran, keikhlasan, dan berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Tunjukkan pandangan anda tentang pengajaran Qurban dan bagaimana ia boleh diamalkan dalam kehidupan seharian!

Mari menjawab kuiz! Tulis jawapan anda serta kongsi apa pengorbanan yang anda telah lakukan di ruangan komen sekarang! Semoga ibadah kita semua diterima Allah dan penuh keberkatan.

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.



26/05/2026

SELAMAT HARI ARAFAH 1447H

Hari Arafah merupakan antara hari yang paling mulia dalam Islam, penuh dengan rahmat, keampunan dan peluang untuk memperbanyakkan doa serta amal ibadah.

Sempena Hari Arafah 1447H, marilah kita bersama-sama memperkukuh keimanan, memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri kepada Allah SWT demi membina kehidupan yang lebih sejahtera dan bermakna.

Semoga 9 Zulhijjah ini diisi dengan amalan-amalan rohani seperti berdoa, berzikir, muhasabah diri untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah





26/05/2026

JANGAN NORMALISASIKAN V**E "MUSHROOM"

Keseronokan sementara tidak mampu menggantikan nilai kesihatan, masa depan dan kebahagiaan bersama keluarga. Jangan sesekali terpengaruh dengan perkara yang boleh membawa mudarat kepada diri sendiri dan orang tersayang.

Sayangi diri, hargai keluarga dan buat pilihan yang bijak demi masa depan yang lebih cerah. Setiap keputusan hari ini akan menentukan kehidupan pada hari esok.

Jangan gadaikan masa depan demi keseronokan sementara.
___________________________________________________________________________________________________________
Talian Hotline AADK

1-800-22-2235(AADK),
019-626 2233 atau
09-266 4609 / 09 -266 1761
www.icari.aadk.gov.my
untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari www.aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.





26/05/2026

Penyalahgunaan dadah sintetik seperti furanyl fentanyl atau lebih dikenali sebagai “dadah zombie” kini semakin membimbangkan apabila sindiket dikesan menggunakan platform digital dan media sosial sebagai medium utama untuk mempromosi serta menjalankan transaksi secara tersembunyi.

Modus operandi sindiket termasuk penggunaan akaun palsu, mesej sementara (disappearing messages) dan kumpulan tertutup (invite-only groups) bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan pihak berkuasa. Kaedah ini bukan sahaja memudahkan urusan jual beli, malah menjadikan pengedaran dadah lebih pantas dan sukar dipantau.

Lebih membimbangkan, dadah tersebut dipercayai dicampurkan ke dalam cecair rokok elektronik (v**e) dengan pelbagai perisa bagi mengaburi kandungan sebenar bahan terlarang itu daripada pengguna. Situasi ini boleh menyebabkan ramai terutama golongan remaja dan pengguna baharu terjebak tanpa sedar.

Furanyl fentanyl merupakan opioid sintetik yang sangat berbahaya dan dikatakan puluhan kali lebih kuat daripada morfin. Pengambilan walaupun dalam kuantiti kecil boleh mengakibatkan ketagihan melampau, gangguan sistem saraf, halusinasi, hilang kawalan diri serta risiko kematian mengejut akibat overdosis.

Orang ramai dinasihatkan agar lebih berwaspada terhadap penggunaan v**e dan tidak mudah terpengaruh dengan promosi di media sosial yang menjanjikan keseronokan sementara. Ibu bapa, guru dan masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti digital anak-anak serta meningkatkan kesedaran berkaitan bahaya dadah sintetik.

Kerjasama semua pihak amat penting bagi membendung ancaman dadah moden yang kini bergerak secara tersembunyi melalui teknologi dan platform digital.

24/05/2026
23/05/2026

Makmal Dadah dan V**e Tumpas
Empat lelaki ditahan, rampasan bernilai RM16.5 juta

Sumber: Akhbar The Star
Penulis: Mohd Farhaan Shah

ISKANDAR PUTERI: Polis berjaya membongkar sebuah makmal pemprosesan dadah dan pusat pemprosesan kartrij v**e yang disyaki beroperasi secara haram di Skudai dengan nilai rampasan melebihi RM16.5 juta.

Pemangku Ketua Polis Johor, Hoo Chang Hook berkata, empat lelaki termasuk dua warga asing berusia antara 27 hingga 60 tahun ditahan dalam beberapa serbuan yang dijalankan pada Isnin lalu.

Menurut beliau, serbuan pertama dilakukan di sebuah premis kedai di Taman Melawati kira-kira jam 5.30 petang. Dalam operasi itu, polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua warga asing yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dadah.

“Hasil pemeriksaan mendapati premis tersebut dijadikan makmal haram memproses dadah,” katanya.

Polis turut merampas 17 tong mengandungi 91 liter cecair methamphetamine bernilai RM13.69 juta serta satu bekas plastik mengandungi bahan kimia prekursor jenis etomidate seberat 6.15 kilogram bernilai RM922,800.

Selain itu, beberapa mesin pemprosesan dadah dan bahan kimia turut disita di premis berkenaan.

Dalam serbuan kedua di sebuah premis di Taman Ungku Tun Aminah, polis mendapati lokasi tersebut digunakan untuk memproses kartrij v**e yang dicampur dadah.

Polis merampas enam botol plastik dan 32 kartrij mengandungi cecair methamphetamine dianggarkan sebanyak 3.48 liter bernilai RM522,000.

Turut dirampas sembilan bekas bahan kimia prekursor jenis etomidate seberat 8.46 kilogram bernilai RM1.27 juta bersama mesin, peralatan dan bahan kimia yang digunakan untuk memproses cecair v**e.

DCP Hoo berkata, serbuan ketiga dijalankan di Taman Mutiara Mas yang membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki tempatan, namun tiada rampasan dibuat di lokasi tersebut.

“Polis percaya suspek terakhir merupakan dalang utama dan pembiaya sindiket, manakala dua suspek lain bertindak sebagai ahli kimia yang menghasilkan dadah,” katanya.

Beliau berkata, dua daripada suspek didapati positif methamphetamine, manakala dua lagi mempunyai rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 25 Mei bagi membantu siasatan.

Dalam operasi sama, polis turut menyita empat buah kenderaan dan wang tunai berjumlah RM39,280.

Jumlah keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM16.58 juta dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 serta Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235(AADK) atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Untuk mengetahui info-info Aktiviti dan maklumat semasa AADK Negeri Johor, Sila Like Page :

⁣FB AADK Negeri Johor
https://www.facebook.com/aadkjohor

Tik Tok AADK Negeri Johor
https://www.tiktok.com/

LIKE | COMMENT | SHARE⁣



Address

AADK DAERAH MARANG
Marang
21800

Opening Hours

Monday 17:00 - 08:00
Tuesday 17:00 - 08:00
Wednesday 17:00 - 17:00
Thursday 17:00 - 08:00
Sunday 17:00 - 08:00

Telephone

+6096181446

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Marang Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Marang Terengganu:

Share