Pejabat Kesihatan Daerah Marang

Pejabat Kesihatan Daerah Marang Facebook rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Marang

03/06/2026

KURSUS SMART LEARNING WITH AI 2026

Pada 3 Jun 2026, Unit Fisioterapi Klinik Kesihatan Marang telah menganjurkan Kursus Smart Learning with AI bertempat di Unit Fisioterapi Klinik Kesihatan Marang.

Kursus ini bertujuan memperkenalkan penggunaan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence - AI) dalam meningkatkan produktiviti kerja harian, di samping memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan aplikasi digital yang dapat membantu dalam penyediaan bahan pembelajaran, reka bentuk grafik, penghasilan slaid pembentangan serta automasi tugasan pejabat.

Antara pengisian yang telah dijalankan adalah:
- AI Made Easy: Belajar AI Tanpa Stres
- Sesi Praktikal Penggunaan AI
- Asas Penggunaan Canva
- Penjanaan E-Sijil Secara Automatik

Kursus ini telah disampaikan oleh:
- Dr. Nur Syakilla Nabila Binti Mohamad (Pegawai Perubatan-YM KK Wakaf Tapai)
- Encik Noor Ikmal Hisyam Bin Md. Noor (Pegawai Pemulihan Perubatan Fisioterapi KK Marang)
- ⁠Puan Nurul Fatihah Binti Mohamad Alwi (Jurupulih Perubatan Fisioterapi KK Marang)

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua penceramah dan peserta yang telah memberikan komitmen serta kerjasama sepanjang program berlangsung. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam memperkasakan perkhidmatan kesihatan melalui penggunaan teknologi digital dan AI.





📢 CERAMAH KESIHATAN : MEASLES (CAMPAK)Pada 24 Mei 2026 telah berlangsung Ceramah Kesihatan berkaitan Measles (Campak) be...
25/05/2026

📢 CERAMAH KESIHATAN : MEASLES (CAMPAK)

Pada 24 Mei 2026 telah berlangsung Ceramah Kesihatan berkaitan Measles (Campak) bertempat di ruang legar KKIA, KK Wakaf Tapai yang telah disampaikan oleh Dr. Nur Syakilla Nabila binti Mohamad.

Ceramah ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit measles yang merupakan penyakit berjangkit dan mudah merebak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap. Pelbagai informasi telah dikongsikan termasuk tanda dan gejala measles seperti demam, ruam merah pada badan, batuk, selesema dan mata merah, selain cara penularan penyakit melalui titisan pernafasan.

Turut dikongsikan ialah kepentingan imunisasi MMR sebagai langkah perlindungan utama bagi mencegah komplikasi serius seperti radang paru-paru, jangkitan otak dan kematian. Orang ramai juga dinasihatkan agar segera mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami gejala atau mempunyai kontak dengan kes measles.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung dan warga kerja yang hadir serta memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Semoga perkongsian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan imunisasi dan bersama-sama membantu mencegah penularan measles dalam komuniti. 💚




🦟 CERAMAH KESIHATAN : MALARIA 🦟Pada 24 Mei 2026 telah berlangsung Ceramah Kesihatan berkaitan Malaria bertempat di ruang...
25/05/2026

🦟 CERAMAH KESIHATAN : MALARIA 🦟

Pada 24 Mei 2026 telah berlangsung Ceramah Kesihatan berkaitan Malaria bertempat di ruang legar KKIA, KK Wakaf Tapai yang telah disampaikan oleh Dr. Nur Syakilla Nabila binti Mohamad.

Ceramah ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit malaria yang masih menjadi salah satu isu kesihatan awam dan memerlukan perhatian bersama. Pelbagai informasi telah dikongsikan termasuk tanda dan gejala malaria seperti demam, menggigil, sakit kepala dan keletihan, cara jangkitan melalui gigitan nyamuk Anopheles serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diamalkan oleh masyarakat.

Selain itu, orang ramai turut diberi pendedahan mengenai kepentingan menjaga kebersihan persekitaran, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, penggunaan perlindungan diri serta mendapatkan pemeriksaan dan rawatan awal sekiranya mengalami gejala berkaitan. Kesedaran awal dan tindakan segera amat penting bagi mencegah komplikasi serta membantu mengurangkan risiko penularan malaria dalam komuniti.

Terima kasih diucapkan kepada semua pengunjung dan warga kerja yang hadir serta memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat dan meningkatkan kesedaran masyarakat ke arah komuniti yang lebih sihat dan bebas malaria. 💚




LAPORAN CERAMAH KESIHATAN MALARIASempena bulan kesedaran Malaria, satu ceramah diadakan di Klinik Kesihatan Merchang men...
25/05/2026

LAPORAN CERAMAH KESIHATAN MALARIA

Sempena bulan kesedaran Malaria, satu ceramah diadakan di Klinik Kesihatan Merchang mengenai bahaya malaria yang disampaikan oleh Dr Mohd Nizamudin pada 25/5/2026 bertempat di ruang menunggu KK Merchang

Antara input yang disampaikan termasuklah pengenalan Malaria,cara penularan dan pencegahan yang boleh diamalkan oleh masyarakat.Edaran pamplet Malaria juga disampaikan.

Seramai 20 pelanggan yang hadir terdiri daripada masyarakat setempat yang datang untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Merchang dan kakitangan klinik juga turut terlibat.

Tujuan ceramah kesihatan adalah untuk memberi pendedahan mengenai bahaya malaria serta langkah pencegahan penyakit akibat gigitan nyamuk seperti menjaga kebersihan persekitaran, menghapuskan tempat pembiakan nyamuk, penggunaan kelambu dan ubat penghalau nyamuk, serta mendapatkan pemeriksaan segera sekiranya mengalami gejala malaria terutama selepas berada di kawasan berisiko.

Program ini mendapat sambutan yang baik daripada para peserta dan diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan serta kesedaran komuniti dalam usaha mencegah penularan malaria.




📢 LAPORAN CERAMAH KESIHATAN MALARIASempena Bulan Kesedaran Malaria, satu Ceramah Kesihatan Malaria telah diadakan pada 2...
25/05/2026

📢 LAPORAN CERAMAH KESIHATAN MALARIA

Sempena Bulan Kesedaran Malaria, satu Ceramah Kesihatan Malaria telah diadakan pada 25 Mei 2026 di ruang menunggu Unit Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Pengkalan Berangan. Ceramah telah disampaikan oleh Dr. Lee Kah Hang kepada para pengunjung dan pesakit yang hadir di klinik.

Antara topik yang dikongsikan ialah:
✅ Pengenalan penyakit malaria
✅ Gejala-gejala malaria
✅ Cara penularan melalui gigitan nyamuk Anopheles
✅ Langkah pencegahan malaria
✅ Rawatan penyakit malaria

Program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan pengetahuan serta kesedaran komuniti dalam usaha mencegah penularan malaria.




MEMPERKASA IMUNITI KELOMPOK 25 Mei 2026 –  Satu slot Ceramah Kesihatan Awam telah dianjurkan bagi memberi pengetahuan te...
25/05/2026

MEMPERKASA IMUNITI KELOMPOK
25 Mei 2026 – Satu slot Ceramah Kesihatan Awam telah dianjurkan bagi memberi pengetahuan tentang kepentingan imunisasi bagi mencegah penyakit berjangkit seperti Demam Campak (Measles)

Tajuk Ceramah: Demam Campak / Measles
Tempat: Ruang Menunggu Unit Kesihatan Ibu dan Anak (MCH), Klinik Kesihatan Marang
Penceramah: Dr. Nor Azila Binti Jafri

Objektif Program
Program ini dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa mengenai implikasi bahaya jangkitan measles dalam kalangan bayi dan kanak-kanak. Selain itu, ia turut menekankan kepentingan pengambilan imunisasi sebagai benteng pertahanan utama bagi mencegah penyakit yang boleh dielakkan melalui vaksin (Vaccine-Preventable Diseases).

Pengisian Slot Ceramah
Antara kupasan utama yang dikongsikan termasuklah:
1. Pengenalan Kesihatan: Apa itu measles dan bagaimana cara penularannya.
2. Simptom Saringan: Gejala-gejala awal jangkitan measles.
3. ⁠Kesan Jangkitan: Komplikasi serius akibat penyakit measles.
4. ⁠Sistem Sokongan Kesihatan: Jadual Program Imunisasi Kebangsaan.
5. ⁠Tanggungjawab Ibu Bapa: Kepentingan imunisasi dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.

Sesi ceramah ini telah dihadiri oleh kira-kira 40 orang pesakit serta ahli keluarga di Klinik Kesihatan Marang.

Melalui program seperti ini, pihak Klinik Kesihatan Marang berharap agar tahap pengetahuan ibu bapa mengenai kepentingan imunisasi dapat dipertingkatkan demi memberikan perlindungan kesihatan yang optimum kepada generasi masa hadapan.




Program 10,000 Langkah  Jururawat Aktif Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2026 MNA Cawangan Terengganu dengan Kerj...
23/05/2026

Program 10,000 Langkah Jururawat Aktif Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia 2026 MNA Cawangan Terengganu dengan Kerjasama PKD Marang

Tarikh : 23 Mei 2026 (Sabtu) @ 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dataran Astaka Vclean , Pantai Kekabu, Marang*

Program ini bermula dengan senamrobik dan regangan dikendalikan oleh Jurupulih Perubatan Fisioterapi Klinik Kesihatan Marang iaitu Puan Roziahanani Binti Awi bersama urusetia Program 10000 Langkah Jururawat Aktif 2026 dengan penglibatan anggota PKD Marang dan juga anggota kejururawatan yang terdiri dari ahli dan bukan Ahli Persatuan Jururawat Cawangan Terengganu daripada Kesihatan Awam, Hospital , ILKKM, Unisza dan HosZa. Seramai 128 orang telah mengambil bahagian dalam program ini.

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan ialah senaman regangan (stretching), senaman aerobik , Berjalan 10000 Langkah dan sukaneka permainan rakyat yang terdiri dari Bowling Nyoir, Pelekong teng dan Lempor gelung hula hupp yang dijalankan secara berkump**an bagi mewujudkan suasana santai, ceria dan menyeronokkan.

Cabutan nombor bertuah juga diadakan untuk memeriahkan lagi program tersebut.

Aktiviti-aktiviti ini bertujuan meningkatkan tahap kecergasan fizikal, menggalakkan gaya hidup sihat serta memupuk semangat kerjasama dan komunikasi berpasukan dalam kalangan peserta.

Secara keseluruhannya, program berjalan lancar dan mendapat sambutan yang baik daripada para peserta.

Program 10000 Langkah Jururawat Aktif dilepaskan oleh Puan Hairani binti Hussin Pengerusi Persatuan Jururawat Malaysia , Cawangan Terengganu .Program diserikan lagi dengan perasmian penutup oleh Puan Nik Rozilan binti Yaacob, Ketua Penyelia Jururawat Negeri Terengganu .

Penyampaian hadiah di sempurnakan oleh oleh Puan Nik Rozilan kepada pemenang tempat pertama, kedua ketiga ,keempat, kelima dan seterusnya saguhati kepada semua peserta yang mengambil bahagian dalam program ini.

Terima kasih kepada semua urusetia yang menjayakan program ini .

Jururawat Aktif Melangkah Ke Arah Kesihatan Berkualiti dan Hebat

Our Nurses, Our Future, Empowered Nurses
Save Life







“Perangi Dadah: Satu Kesilapan Tidak Patut Menghukum Seluruh Hidup Seseorang.”Di barisan hadapan, pelbagai agensi memain...
23/05/2026

“Perangi Dadah: Satu Kesilapan Tidak Patut Menghukum Seluruh Hidup Seseorang.”

Di barisan hadapan, pelbagai agensi memainkan peranan besar dalam membanteras gejala dadah. Ada yang menguatkuasakan undang-undang, ada yang mendidik masyarakat, dan kami di pihak kesihatan p**a berperanan dalam aspek rawatan, pemulihan dan sokongan kepada insan yang terlibat.

Kerana kami percaya…
di sebalik seorang penagih, masih ada seorang anak.
Masih ada seorang ibu.
Masih ada seorang ayah.
Masih ada manusia yang layak diberi peluang kedua.

Terjebak dengan dadah bukanlah cita-cita sesiapa.
Ramai bermula dengan rasa ingin tahu, tekanan hidup, pengaruh rakan, trauma atau kesilapan kecil yang akhirnya memakan diri.

Memerangi dadah bukan hanya dengan hukuman.
Tetapi juga dengan pendidikan, kasih sayang, sokongan komuniti dan akses kepada rawatan yang betul.

Hari ini, warga Pejabat Kesihatan Daerah Marang turut bersama dalam program anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan Marang sebagai tanda sokongan dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah dan melindungi generasi masa depan kita.

Mari kita sama-sama:
✅ Lindungi anak muda daripada terjebak
✅ Hentikan stigma terhadap mereka yang sedang berusaha pulih
✅ Sokong rawatan dan pemulihan
✅ Jadi masyarakat yang bukan hanya menghukum, tetapi juga membantu

Kerana setiap insan yang berjaya keluar daripada kegelapan dadah…
adalah satu nyawa yang berjaya diselamatkan.





PROGRAM INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) PKD MARANG SIRI 1 TAHUN 2026Tarikh : 21/5/2026Hari     : KhamisMasa   : 8.00 pa...
22/05/2026

PROGRAM INTEGRATED COMMUNITY CARE (PICC) PKD MARANG SIRI 1 TAHUN 2026

Tarikh : 21/5/2026
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Masjid Rawai, Marang

Aktiviti :
1) Pemeriksaan kesihatan
2) Ceramah ‘Manis Di Lidah, Derita Di Badan’ oleh Pakar Perubatan Keluarga KK Bukit Payong, Dr Nailil Hanani Bt Suhaimi
3) Chairobik
4)Sesi Interaktif Bersama Pegawai Dietetik & Fisioterapi

Program PICC tahun 2026 dimulakan dengan Taklimat PICC oleh Pegawai Farmasi KK Bukit Payong, Pn Rosnani Bt Abdullah. Seramai 9 orang pesakit kencing manis telah dihimpunkan sebagai peserta PICC pada hari ini.

Program ini turut dihadiri oleh Duta Kenali Ubat Anda PKD Marang iaitu Pn Norani Bt Mamat. Peserta dibahagikan kepada 3 kump**an dan sesi soal jawab diadakan menggunakan buku aktiviti picc yang dikendalikan fasilitator yang terdiri daripada Unit Farmasi PKD Marang.

Penduduk yang turut hadir juga membuat pemeriksaan kesihatan iaitu bacaan gula dan tekanan darah, yang dikendalikan oleh pasukan NCD KK Bukit Payong.

Kerjasama yang sangat baik daripada pihak Masjid Rawai, Jawatankuasa Pembangunan dan Kawalan Kampung (JPKK) & Jawatankuasa Pembangunan dan Kawalan Kampung Persekutuan (JPKKP) serta penduduk kampung yang menyertai program amatlah dihargai.

Nantikan PICC Sesi 2 yang akan bersambung pada Jun 2026 ini.





22/05/2026

SAMBUTAN HARI HIPERTENSI SEDUNIA
PERINGKAT KLINIK KESIHATAN MERCHANG 2026

🫀Sambutan Hari Hipertensi Sedunia Peringkat Klinik Kesihatan Merchang telah diadakan pada 19 Mei 2026 bertempat di Ruang Menunggu Unit Pesakit Luar, Klinik Kesihatan Merchang. Program ini merupakan anjuran bersama Unit NCD dan Unit Rehabilitasi Klinik Kesihatan Merchang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai penyakit hipertensi serta kepentingan amalan gaya hidup sihat.

Program telah dimulakan pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran peserta di kaunter hadapan klinik seperti biasa serta pemeriksaan vital signs. Seramai 60 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada 40 orang pesakit hipertensi dan 20 orang awam.

Terdapat beberapa program telah dimulakan dengan ceramah berkaitan ubat-ubatan hipertensi yang disampaikan oleh Pegawai Farmasi, Puan Nurul Hafizah Bt Ahmad Kamal, mengenai kepentingan pematuhan pengambilan ubat, kesan sampingan ubatan serta kepentingan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Sesi diteruskan dengan ceramah berkaitan aktiviti fizikal yang disampaikan oleh Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) Puan Nurul Fatihah binti Mohd Alwi dan diteruskan dengan Chairrobic oleh Jurupulih Perubatan (Fisioterapi) Puan Siti Nor Mazuwani binti Mahara bagi menggalakkan peserta mengamalkan aktiviti fizikal secara berkala.

Program turut diserikan dengan ceramah menangani stres dan demonstrasi urutan relaksasi yang telah disampaikan oleh Jurupulih Terapi Cara Kerja Puan Iliana Mat Zul dan ceramah berkaitan hipertensi telah disampaikan oleh Dr. Tuan Arisah Tuan Sulong. Ceramah tersebut memberi penerangan mengenai faktor risiko, komplikasi penyakit hipertensi, kepentingan pematuhan rawatan serta amalan pemakanan sihat. Program turut diserikan dengan sesi kuiz dan soal jawab bersama peserta.

Selain itu, beberapa booth pameran kesihatan turut dibuka yang melibatkan Unit Fisioterapi, Unit NCD dan Unit Farmasi. Pelbagai aktiviti pendidikan kesihatan, kaunseling serta pemeriksaan kesihatan telah dijalankan di booth masing-masing bagi memberi pendedahan dan maklumat kesihatan kepada peserta dan pengunjung klinik.

Secara keseluruhannya, program Sambutan Hari Hipertensi Sedunia ini telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pencegahan dan kawalan penyakit tidak berjangkit khususnya hipertensi.




Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH MARANG
Marang
21600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096182545

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Marang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share