01/06/2026
SEMINAR KESEDARAN KESELAMATAN SIBER SIRI 1
| 19 Mei 2026 – Pusat Teknologi Maklumat bersama Pasukan Tindakan Keselamatan Siber (CSIRT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Seminar Kesedaran Keselamatan Siber Siri 1 yang berlangsung di Auditorium Al-Jazari, PTTA.
Seminar ini bertujuan meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan amalan keselamatan siber dalam kalangan warga universiti bagi melindungi data, sistem ICT serta mengurangkan risiko ancaman siber.
Antara topik yang dibincangkan termasuk pengenalan kepada keselamatan siber, realiti penggodaman, kajian kes berdasarkan pengalaman sebenar serta pemahaman mengenai sextortion dan kesannya terhadap mangsa.
Penganjuran seminar ini diharapkan dapat melahirkan warga universiti yang lebih peka, bertanggungjawab dan bersedia dalam menghadapi ancaman siber, sekali gus memperkukuhkan tahap keselamatan maklumat dan persekitaran digital universiti.