PAGE Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka

PAGE Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka Selamat datang ke PAGE Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka.

02/06/2026

Episod 3 - Ibu tunggal: Jangan biar hak anda terabai!

Episod 3 Suara Kasih membongkar hak-hak yang termaktub di bawah undang-undang bagi ibu tunggal bersama Puan Nor Zabetha bt. Muhamad Nor.

Dengarkan tips, panduan, dan langkah untuk lindungi diri dan anak-anak dalam Suara Kasih Episod ke-3 yang akan di siarkan pada 3 June 2026 (Rabu) 5:00 Petang nanti.

DIRGAHAYU TUANKUMerafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi TahniahKEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PE...
01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

sempena

Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku

pada

1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H

SEMBAH TAKZIM DARIPADA

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka

Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha. Semoga sambutan ini membawa ketenangan jiwa, kesejahteraan dan kebaha...
30/05/2026

Selamat Hari Wesak kepada seluruh penganut Buddha. Semoga sambutan ini membawa ketenangan jiwa, kesejahteraan dan kebahagiaan kepada semua.

"Sebarkan kebaikan, semai kasih sayang, dan hidup dalam harmoni."

26/05/2026

Pada saat ini, para jemaah haji sedang bergerak menuju satu perjalanan yang sangat besar maknanya.

Sebuah perjalanan meninggalkan dunia untuk belajar kembali menjadi hamba.

Mereka memakai pakaian yang sama, meninggalkan gelaran, pangkat dan kemegahan dunia.

Mereka bertalbiah dengan suara yang sama:
Labbaikallahumma labbaik... Juga mereka datang dengan hati yang berharap agar dosa diampunkan dan kehidupan yang diberikan keberkatan.

Semoga pada Hari Arafah ini setiap pengorbanan, kesabaran dan keiklasan kita diterima serta dikurniakan rahmat keampunan Allah swt.







Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan wanita hebat dan insan-insan tabah menjadi asbab kebahagiaan sert...
25/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha. Semoga setiap pengorbanan wanita hebat dan insan-insan tabah menjadi asbab kebahagiaan serta keberkatan hidup.

#2026

24/05/2026

Media sosial membuka ruang untuk belajar, berhubung dan meneroka dunia digital. Namun, bukan semua kandungan sesuai untuk kanak-kanak dan remaja bawah 16 tahun.

Pendedahan terlalu awal kepada media sosial tanpa pemantauan boleh memberi kesan terhadap perkembangan emosi, cara berfikir serta keselamatan mereka dalam talian. Risiko seperti buli siber, kandungan tidak sesuai, penipuan dalam talian dan tekanan sosial digital adalah antara cabaran yang semakin membimbangkan.

Sebagai ibu bapa, penjaga dan masyarakat, kita memainkan peranan penting dalam membimbing generasi muda menggunakan internet secara selamat dan bertanggungjawab. Mulakan dengan pemantauan yang sesuai, komunikasi terbuka dan pendedahan digital mengikut usia mereka.

Lindungi generasi digital kita. Pastikan mereka membesar dalam persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan sihat.


24/05/2026

As highlighted by the Secretary-General of Ministry of Women, Family and Community Development, the effort to protect and empower children is not a one-time initiative, but a continuous journey that demands sustained commitment, strong partnerships and meaningful collaboration across all sectors and generations.

Maziah Che Yusoff





20/05/2026

Kanak-kanak cenderung untuk terdedah kepada jenayah alam siber seperti buli, pornografi dan pengantunan kanak-kanak. Ibu bapa atau penjaga wajib memainkan peranan untuk memastikan keselamatan kanak-kanak daripada menjadi mangsa eksploitasi penjenayah siber.

Apa yang boleh dilakukan?

📌 Sentiasa pantau aktiviti digital kanak-kanak

📌 Aktifkan Kawalan Ibu Bapa (Parental Control) bagi menapis kandungan digital yang tidak bersesuaian dengan kanak-kanak

📌 Didik anak-anak tentang kepentingan melindungi maklumat peribadi

📌 Amalkan komunikasi terbuka agar anak-anak berasa selamat dan melaporkan sebarang aktiviti digital yang mencurigakan

Bersama kita lindungi masa depan kanak-kanak!





20/05/2026

𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐀𝐃𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐊𝐀𝐋, 𝐖𝐀𝐋𝐀𝐔𝐏𝐔𝐍 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐇𝐈𝐃𝐔𝐏 𝐒𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐁𝐄𝐑𝐁𝐄𝐙𝐀.

Isu hak penjagaan anak merupakan antara perkara paling penting dan sensitif yang sering timbul apabila berlaku perpisahan atau perceraian dalam institusi keluarga. Dalam situasi ini, bukan sahaja emosi ibu bapa terkesan, malah masa depan dan kebajikan anak juga perlu diberi keutamaan yang tinggi. Oleh itu, pemahaman yang jelas tentang hak penjagaan anak amat penting, khususnya bagi wanita agar mereka lebih bersedia menghadapi proses undang-undang dan membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak.

Jom waghih-waghih kita luangkan masa dengan perkongsian dari pihak 𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 (𝐉𝐁𝐆𝐍𝐒) melalui FB Rasmi PPWNS.

🗣️𝐏𝐞𝐧𝐜𝐞𝐫𝐚𝐦𝐚𝐡 : 𝐏𝐮𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐮𝐡𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐢𝐧𝐭𝐢 𝐀𝐡𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐮𝐤𝐫𝐢
𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐢 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐢𝐚𝐡
𝐉𝐚𝐛𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧
📌𝐓𝐚𝐣𝐮𝐤 : 𝐇𝐚𝐤 𝐏𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐚𝐤 - 𝐏𝐚𝐧𝐝𝐮𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚
🗓️𝐓𝐚𝐫𝐢𝐤𝐡 : 𝟐𝟐 𝐌𝐞𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐉𝐮𝐦𝐚𝐚𝐭)
⏰𝐌𝐚𝐬𝐚 : 𝟏𝟎.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢 – 𝟏𝟏.𝟎𝟎 𝐩𝐚𝐠𝐢
🔗𝐒𝐚𝐥𝐮𝐫𝐚𝐧 : 𝐅𝐁 𝐏𝐚𝐠𝐞 𝐋𝐈𝐕𝐄 𝐏𝐞𝐣𝐚𝐛𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐮𝐧𝐚𝐧 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧

Saksikan secara langsung di FB Page PPWNS

https://www.facebook.com/ppwns
https://www.facebook.com/ppwns
https://www.facebook.com/ppwns

𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐞𝐩𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐥𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐢!!!

📜𝐄-𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 disediakan - Link pendaftaran kehadiran akan diberikan semasa live sedang berlangsung.

𝐒𝐈𝐋𝐀 𝐋𝐈𝐊𝐄, 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐄 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐎𝐌𝐄𝐍!!!

Address

ARAS 15, MENARA PERSEKUTUAN, Jalan PERSEKUTUAN, AYER KEROH MELAKA
Malacca City
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAGE Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share