30/01/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ & ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
30 Januari 2026 - Syukur Alhamdulillah, sekali lagi agensi anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka menerima pengiktirafan yang amat membanggakan.
Saya bersama seluruh barisan kepimpinan negeri merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan Putra Specialist Hospital Melaka atas kejayaan cemerlang menerima pengiktirafan The BrandLaureate The Worldโs Best Brand Awards 2025โ2026 menerusi kategori Excellence Convention & Exhibition Centre serta Advanced Specialty Care, iaitu satu pencapaian yang membuktikan keupayaan institusi tempatan bersaing di pentas dunia.
Syabas Datuk Mohd Ariff Shah Abdullah Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Melaka International Trade Centre - MITC, serta seluruh warga kerja MITC yang telah menunjukkan komitmen luar biasa, kepimpinan berwawasan dan iltizam tinggi dalam mengangkat MITC sebagai destinasi acara dan pameran berskala besar bertaraf antarabangsa.
Tahniah juga kepada Mohd Zahiruddin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Hospital Melaka, bersama seluruh warga kerjanya yang terus melakar kejayaan demi kejayaan, sekali gus mengukuhkan kedudukan hospital ini sebagai peneraju perkhidmatan kesihatan kepakaran yang diyakini bukan sahaja oleh rakyat Melaka dan Malaysia, malah kepada rakyat di luar negara.
Kejayaan ini adalah manifestasi kerja berpasukan, kepimpinan berintegriti dan visi Melaka untuk terus maju, berdaya saing serta menggamit dunia. Kerajaan negeri akan terus komited menyokong kecemerlangan institusi-institusi yang menjadi kebanggaan rakyat. Melaka Sayang Rakyat!