Markas 3 Divisyen

Markas 3 Divisyen 3 Divisyen adalah salah satu divisyen di bawah Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat. Piagam Pelanggan 3 Div
1. Motto - 'Gabungan Penggempur Semerah Sehitam'.

Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) merupakan divisyen gabungan yang pertama dalam Tentera Darat yang berpangkalan di Kem Terendak, Melaka. 3 Divisyen terdiri daripada gabungan 1 Briged di Seremban, 4 Briged (Mekanise) di Kuantan, 7 Briged di Kluang dan Artileri Divisyen 3 Divisyen di Melaka. Divisyen gabungan ini memainkan peranan utama dalam mempertahankan keselamatan di wilayah tanggungja

wabnya meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang. Seperti juga divisyen-divisyen lain dalam Tentera Darat , 3 Divisyen sentiasa berada dalam kesiapsiagaan yang tinggi untuk diatur gerak pada sebilang masa. Visi- Menjadikan 3 Divisyen sebagai Formasi Tempur Gabungan (Combined Arms Division) terunggul di dalam Tentera Darat. Misi- Mempertahankan Kawasan Tanggungjawab dan memberi bantuan kepada Pihak Berkuasa Awam Tempatan. Menyediakan pegawai dan Anggota Tentera Darat yang terlatih, berdisiplin dan cekap di dalam pelaksanaan tugas dan tanggungjawab.
2. Membantu pihak berkuasa awam bagi mengekalkan keselamatan dan ketenteraman awam serta keutuhan dan kedaulatan negara.
3. Menjamin mutu perkhidmatan dengan sentiasa bersikap respon dan proaktif.

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Da...
02/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Haji Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Angkatan Tentera, atas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Mangku Negara (P.M.N.) yang membawa gelaran Tan Sri sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Semoga pengiktirafan tertinggi ini menjadi inspirasi dan pemangkin untuk terus memimpin Angkatan Tentera Malaysia dengan penuh kewibawaan, profesionalisme dan kecemerlangan demi mempertahankan kedaulatan serta keamanan negara.








๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—งPanglima 3 Divisyen, Mej Jen Haji Sani bin S Omar serta seluruh warga Gabu...
02/06/2026

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—ก๐—œ๐—”๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง

Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Haji Sani bin S Omar serta seluruh warga Gabungan Penggempur mengucapkan Setinggi-tinggi tahniah kepada Jen Tan Sri Datoโ€™ Sri Azhan bin Hj Md Othman, Panglima Tentera Darat atas penganugerahan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri.

Semoga pengiktirafan yang berprestij ini menjadi sumber inspirasi dan pemangkin untuk terus menerajui Tentera Darat ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang, memperkukuh keupayaan tempur angkatan serta memastikan kedaulatan dan keselamatan negara sentiasa terpelihara.








27/05/2026
๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Haji Sani bin S Omar bersama warga gabungan penggempu...
26/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฅ๐—”๐—ฌ๐—” ๐—”๐—œ๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐——๐—›๐—” ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ/๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿณ๐—›

Panglima 3 Divisyen, Mej Jen Haji Sani bin S Omar bersama warga gabungan penggempur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuhkan keimanan serta mengeratkan ukhuwah dan semangat kebersamaan demi agama, bangsa dan negara.








๐Ÿฏ ๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐—˜๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐— ๐—œNEGERI SEMBILAN: Seramai 29 Pegawai dan 30...
22/05/2026

๐Ÿฏ ๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ž๐—ข๐— ๐—œ๐—ง๐—˜๐—— ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ž๐—จ๐—ž๐—จ๐—› ๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ฃ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ž ๐—•๐—จ๐— ๐—œ

NEGERI SEMBILAN: Seramai 29 Pegawai dan 304 anggota LLP telah terlibat dalam Eks Pasak Bumi 2 KAD Siri 1/2026 di sekitar kawasan Port Dickson pada 11 hingga 21 Mei 26. Eksesais ini melibatkan pergerakan Kompeni Infantri secara taktikal sejauh 40 km melalui laluan hutan selama 10 hari bagi menilai tahap kesiapsiagaan, keupayaan integrasi, pemerintahan dan kawalan setiap ketua dari peringkat seksyen hingga kompeni serta menilai tahap keupayaan tempur sesebuah Kompeni Infantri.

Selain itu, latihan ini turut mempertingkatkan kemahiran pandu arah serta taktik di peringkat seksyen, platun dan kompeni bagi mengekalkan kompetensi anggota. Panglima 3 Divisyen menegaskan bahawa latihan ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan Tentera Darat Malaysia selaras dengan keperluan operasi semasa. Beliau turut menyatakan bahawa latihan berterusan adalah elemen penting dalam memastikan setiap anggota sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi.

Eks ini tidak semata-mata tertumpu kepada aspek ketahanan fizikal, malah mempertingkatkan aspek keupayaan tempur sebuah kompeni infantri untuk bergerak sepanjang laluan yang mencabar sambil melaksanakan senario Counter-Insurgency Warfare seperti pandu arah, kawad menduduki pangkalan, kawad melintasi halangan, kawad tempur platun, serang hendap dan diakhiri dengan serangan khemah musuh. Pelaksanaan latihan ini berperanan penting dalam memperkukuhkan kesiapsiagaan tempur 3 Divisyen khususnya dan Tentera Darat Malaysia amnya.








๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ช๐—•๐—Ÿ ๐Ÿฎ.๐ŸฌMELAKA, 15 Mei โ€“ Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled N...
15/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐— ๐—”๐—›๐—œ๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—Ÿ๐—จ๐—œ ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ช๐—•๐—Ÿ ๐Ÿฎ.๐Ÿฌ

MELAKA, 15 Mei โ€“ Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin hari ini telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Program Work Based Learning (WBL) 2.0 yang berlangsung di Dewan Serbaguna, Kem Terendak, Melaka. Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Divisyen Ketiga Infantri Malaysia.

Turut hadir ialah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Haji Sani bin S Omar yang turut menyantuni peserta serta tetamu yang hadir sepanjang program berlangsung. Program ini memberi fokus kepada golongan pesara yang memiliki kelayakan diploma bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran mereka melalui pendekatan pembelajaran berasaskan pekerjaan.

Selain sesi taklimat dan penerangan kerjaya, beberapa institusi pendidikan turut membuka booth pameran bagi memberi pendedahan berkaitan peluang melanjutkan pengajian dan latihan kemahiran kepada para peserta. Program berkenaan mendapat sambutan yang baik serta dilihat mampu membantu veteran dan pesara tentera meneroka peluang kerjaya baharu selepas tamat perkhidmatan.








14/05/2026
๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐Ÿฏ ๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—”๐—ฅ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—–๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—”๐—ช๐—š ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”MELAKA - Tentera Darat Malaysia melalui Markas...
07/05/2026

๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐Ÿฏ ๐——๐—œ๐—ฉ๐—œ๐—ฆ๐—ฌ๐—˜๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—จ๐—ž๐—”๐—”๐—ก ๐—”๐—”๐—ฅ๐—  ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ง๐—–๐—  ๐——๐—”๐—ก ๐—”๐—”๐—ช๐—š ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—”

MELAKA - Tentera Darat Malaysia melalui Markas 3 Divisyen telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran ASEAN ๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜™๐˜ช๐˜ง๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต (AARM) 2026 ๐‘‡๐‘’๐‘โ„Ž๐‘›๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘™ ๐ถ๐‘œ๐‘š๐‘š๐‘–๐‘ก๐‘ก๐‘’๐‘’ ๐‘€๐‘’๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘”
(TCM) dan ASEAN ๐‘†๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘’๐‘Ž๐‘›๐‘ก ๐‘€๐‘Ž๐‘—๐‘œ๐‘Ÿ๐‘  ๐ด๐‘›๐‘›๐‘ข๐‘Ž๐‘™ ๐‘€๐‘’๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘” (AAWG) pada 6 dan 7 Mei 26 yang berlangsung di Hotel The Pines, Melaka.

Program selama dua hari ini telah menghimpunkan 10 delegasi Tentera Darat ASEAN sebagai persediaan awal menjelang pelaksanaan ASEAN ๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜™๐˜ช๐˜ง๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต 2026 pada bulan November 2026.

Majlis perasmian oleh Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Haji Sani bin S Omar dengan kehadiran pegawai-pegawai kanan Tentera Darat Malaysia dan delegasi antarabangsa yang terlibat. Kehadiran delegasi negara-negara ASEAN ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan serantau, meningkatkan interoperabiliti serta memupuk semangat profesionalisme dalam kalangan Tentera Darat negara anggota ASEAN.

Dalam ucapan pembukaan beliau, Panglima 3 Divisyen menegaskan bahawa penganjuran AARM bukan sahaja menjadi platform pertandingan menembak ketenteraan, malah berperanan sebagai medium diplomasi pertahanan yang mampu mengeratkan hubungan persahabatan, persefahaman dan kerjasama strategik antara negara-negara ASEAN. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua delegasi yang hadir serta menyatakan keyakinan bahawa segala aspek perancangan dan persiapan yang dilaksanakan akan memastikan kejohanan AARM 2026 dianjurkan dengan jayanya.

Sepanjang program berlangsung, para delegasi telah menghadiri taklimat dan perbincangan ๐‘‡๐‘’๐‘โ„Ž๐‘›๐‘–๐‘๐‘Ž๐‘™ ๐ถ๐‘œ๐‘š๐‘š๐‘–๐‘ก๐‘ก๐‘’๐‘’ ๐‘€๐‘’๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘” (TCM) dan ASEAN ๐‘†๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘’๐‘Ž๐‘›๐‘ก ๐‘€๐‘Ž๐‘—๐‘œ๐‘Ÿ๐‘  ๐ด๐‘›๐‘›๐‘ข๐‘Ž๐‘™ ๐‘€๐‘’๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘” (AAWG).

Perbincangan tersebut memberi fokus kepada koordinasi pelaksanaan kejohanan bagi memastikan kelancaran AARM 2026 kelak.

Selain itu, platform ASEAN ๐‘†๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘’๐‘Ž๐‘›๐‘ก ๐‘€๐‘Ž๐‘—๐‘œ๐‘Ÿ๐‘  ๐ด๐‘›๐‘›๐‘ข๐‘Ž๐‘™ ๐‘€๐‘’๐‘’๐‘ก๐‘–๐‘›๐‘” turut menjadi medium penting dalam memperkukuhkan hubungan profesional antara Pegawai Waran Kanan dan ๐‘†๐‘’๐‘Ÿ๐‘”๐‘’๐‘Ž๐‘›๐‘ก ๐‘€๐‘Ž๐‘—๐‘œ๐‘Ÿ Tentera Darat negara-negara ASEAN melalui perkongsian pengalaman dan kemaahiran.

Seterusnya, ๐ป๐‘’๐‘Ž๐‘‘ ๐‘œ๐‘“ ๐ท๐‘’๐‘๐‘Ž๐‘Ÿ๐‘ก๐‘š๐‘’๐‘›๐‘ก (HOD) bersama delegasi negara-negara ASEAN melawat Lapang Sasar 600 meter dan 400 meter di Kem Terendak bagi meninjau tahap kesiapsiagaan fasiliti yang akan digunapakai semasa pertandingan nanti.

Sebagai penutup program, majlis ๐‘†๐‘–๐‘”๐‘›๐‘–๐‘›๐‘” ๐‘‚๐‘“๐‘“ ๐ถ๐‘’๐‘Ÿ๐‘’๐‘š๐‘œ๐‘›๐‘ฆ telah diadakan di Army Officer Recreation Club (AORC) yang menyaksikan wakil delegasi negara anggota ASEAN menandatangani buku ๐‘…๐‘ข๐‘™๐‘’๐‘  ๐‘Ž๐‘›๐‘‘ ๐‘…๐‘’๐‘”๐‘ข๐‘™๐‘Ž๐‘ก๐‘–๐‘œ๐‘›๐‘  sebagai simbol persetujuan bersama terhadap syarat, peraturan dan tatacara pelaksanaan ASEAN ๐˜ˆ๐˜ณ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ด ๐˜™๐˜ช๐˜ง๐˜ญ๐˜ฆ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ฆ๐˜ต 2026.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen tinggi Tentera Darat Malaysia dalam memastikan segala aspek kejohanan dapat dilaksanakan secara profesional.








05/05/2026

((SIARAN LANGSUNG)) PERBARISAN PERUTUSAN ULUNG PANGLIMA MEDAN BARAT TENTERA DARAT KE-26 PADA 5 MEI 2026 BERTEMPAT DI KEM SYED SIRAJUDDIN, GEMAS, NEGERI SEMBILAN.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜-๐Ÿฐ๐ŸฑPanglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Haji Sani bin S Om...
05/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—ง๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐——๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐——๐—”๐—ฅ๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜-๐Ÿฐ๐Ÿฑ

Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Haji Sani bin S Omar serta seluruh warga Gabungan Penggempur mengucapkan Selamat Hari Ulang Tahun Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) Ke-45 kepada seluruh warga PMBTD.

Semoga PMBTD terus menjadi tonggak utama kekuatan Tentera Darat yang unggul, sentiasa berada dalam keadaan siap siaga pada tahap tertinggi serta terus gagah dan cemerlang dalam memikul amanah mempertahankan kedaulatan negara.








Address

MARKAS DIVISYEN KETIGA INFANTRI
Malacca City
76200

Website

https://www.tiktok.com/@markas3divisyen?lang=en

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Markas 3 Divisyen posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share