PAS Kawasan Kota Melaka

PAS Kawasan Kota Melaka Page ini dikendalikan oleh Lajnah Penerangan PAS Kawasan Kota Melaka Page Rasmi Pas Kawasan Kota Melaka

Menghayati korban, ibadah tertua dalam sejarah peradaban manusia. Ibadah ini bukan sekadar tradisi Aidiladha tetapi penu...
01/06/2026

Menghayati korban, ibadah tertua dalam sejarah peradaban manusia. Ibadah ini bukan sekadar tradisi Aidiladha tetapi penuh dengan hikmah dan ganjaran, ia 'menyembelih' sifat-sifat mazmumah dalam diri.

Pada Jumaat 12 Zulhijah Pusat Tarbiyah Dakwah Mahmudiyyah bersama PAS Kawasan Kota Melaka meneruskan amalan tahunan penyembelihan korban. Kali ini 6 ekor lembu dan 5 ekor kambing ditumbangkan untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

Tidak kurang 40 Ahli Jawatankuasa Kawasan dan Cawangan beserta keluarga hadir bertugas bergotong-royong memproses daging untuk agihan, manakala sebahagiannya dimasak. Hidangan kari daging segar dan sup kambing menjadi menu lazat seusai solat Jumaat.

Semoga korban yang dihayati mendidik jiwa untuk tidak terlalu mencintai dunia secara berlebihan, sebaliknya melatih diri berkongsi rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT.





𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Ka...
25/05/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔

Alhamdulillah, selesai Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Kawasan Kota Melaka yang berlangsung semalam dalam suasana penuh ukhuwwah, komitmen dan semangat perjuangan.

Semoga setiap perancangan dipermudahkan Allah SWT dan seluruh saf kepimpinan terus diberikan kekuatan serta istiqamah dalam membawa agenda Islam dan kebajikan buat masyarakat.

"Bekerja untuk Islam bukan sekadar tugas, tetapi amanah dan perjuangan."




𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗔𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞PAS Kawasan Kota Melaka memandang serius gerakan ...
13/05/2026

𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔

𝗗𝗔𝗣 𝗚𝗔𝗚𝗔𝗟 𝗧𝗨𝗧𝗨𝗣 𝗪𝗔𝗝𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗥𝗢𝗣𝗔𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞

PAS Kawasan Kota Melaka memandang serius gerakan propaganda politik yang sedang dimainkan oleh DAP bagi meyakinkan orang Melayu bahawa parti tersebut kononnya semakin memahami sensitiviti umat Islam dan masyarakat Melayu. Hakikatnya, rakyat khususnya orang Melayu tidak harus mudah terpedaya dengan sandiwara politik yang bersifat kosmetik semata-mata.

Tindakan sebahagian pimpinan DAP kebelakangan ini dilihat cuba menampilkan imej lebih “mesra Melayu” menjelang suasana politik yang semakin mencabar buat Kerajaan Pakatan Harapan. Namun rakyat tidak mudah lupa terhadap pelbagai kenyataan, tindakan dan pendekatan DAP sebelum ini yang sering mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam dan orang Melayu.

Malah, PAS Kawasan Kota Melaka melihat usaha memperlihatkan kononnya semakin ramai orang Melayu menyokong DAP hanyalah sebahagian daripada strategi propaganda politik mereka. Hakikat sebenar, sebahagian individu Melayu yang diketengahkan itu terdiri daripada kelompok yang pernah kecewa dan meninggalkan Parti Amanah Negara, dan akhirnya hanya “bertukar baju politik” dengan menyertai DAP. Ini bukanlah gambaran
sokongan akar umbi orang Melayu secara menyeluruh seperti yang cuba dimainkan.

PAS Kawasan Kota Melaka ingin menegaskan bahawa orang Melayu khususnya di Parlimen Kota Melaka bukanlah masyarakat yang mudah diperbodohkan dengan permainan persepsi dan propaganda politik murahan. Rakyat mampu menilai antara keikhlasan dan lakonan politik demi survival kuasa.

Lebih mengecewakan, ketika rakyat sedang bergelut dengan tekanan kos sara hidup, kelembapan ekonomi, kenaikan harga barang, peluang pekerjaan yang semakin sempit serta ketidaktentuan ekonomi negara, Kerajaan Madani pimpinan PHBN terus gagal memberikan penyelesaian yang benar-benar meyakinkan rakyat. Pelbagai janji reformasi ekonomi yang dilaungkan sebelum ini dilihat gagal diterjemahkan dalam bentuk dasar yang memberi kelegaan kepada rakyat bawahan.

PAS Kawasan Kota Melaka juga memandang serius kebiadapan dan tindakan pihak tertentu yang terus mempertikaikan serta mempolitikkan titah DYMM Sultan Selangor berhubung isu penternakan babi di negeri tersebut. Baginda telah menegaskan pendirian dalam menjaga keharmonian negeri serta sensitiviti rakyat majoriti Islam, namun masih
terdapat pihak yang dilihat cuba mempertikaikan perkara tersebut secara terbuka.

Sikap seperti ini jelas menunjukkan kegagalan menghormati institusi Raja-raja Melayu dan
sensitiviti majoriti rakyat Malaysia. Tindakan melampau sedemikian bukan sahaja mencetuskan keresahan rakyat, malah boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk yang selama ini dipelihara.

PAS Kawasan Kota Melaka menyeru seluruh rakyat khususnya pengundi Melayu agar terus berfikiran matang, tidak mudah terpengaruh dengan propaganda politik dan kekal mempertahankan prinsip agama, bangsa serta institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi teras kestabilan negara.

PAS Kawasan Kota Melaka akan terus istiqamah membawa suara rakyat, mempertahankan kepentingan Islam dan Melayu beserta institusi Rajanya serta menawarkan kepimpinan yang lebih bersih, stabil dan berintegriti demi masa depan
negara yang lebih baik.

“Memperkukuh Jentera, Mendekati Pengundi, Menawan Kota Melaka”

Sekian.

YBhg Ustaz Sudin Bin Nooh
Yang Dipertua
PAS Kawasan Kota Melaka
Tarikh: 12 Mei 2026



29/04/2026

𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀
𝐏𝐄𝐒𝐔𝐑𝐔𝐇𝐉𝐀𝐘𝐀 𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀

𝐏𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐒𝐀𝐒𝐀𝐑 𝟏𝟔 𝐃𝐔𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐑𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀 𝐊𝐄-𝟏𝟔

1. PAS Negeri Melaka memaklumkan bahawa dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 yang dijangka berlangsung pada tahun ini, parti telah membuat ketetapan untuk bertanding di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menerusi calon-calon yang berwibawa, berintegriti serta mempunyai latar belakang kepimpinan yang diyakini.

2. Ketetapan ini adalah selaras dengan kenyataan yang telah disampaikan oleh Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi, dalam program Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Melaka yang lalu.

3. Adapun 16 DUN yang terlibat ialah Pantai Kundor, Paya Rumput, Klebang, Tanjung Bidara, Ayer Limau, Kuala Linggi, Taboh Naning, Rembia, Durian Tunggal, Ayer Molek, Pengkalan Batu, Telok Mas, Duyong, Sungai Rambai, Merlimau dan Serkam.

4. PAS Melaka dengan penuh tawakkal dan keyakinan menyeru seluruh rakyat Negeri Melaka agar memberikan sokongan kepada calon-calon PAS dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN ini. Sokongan tersebut amat penting dalam usaha membentuk sebuah kerajaan negeri yang lebih adil, berintegriti serta berpaksikan nilai-nilai Islam sebagai panduan pentadbiran.

5. Sesungguhnya perjuangan ini bukan sekadar persaingan politik, bahkan merupakan satu amanah untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan kebajikan kepada seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang.

Firman Allah Ta‘ala:
وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَن يَنصُرُهُ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ
yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

6. Semoga dengan kesatuan dan kesungguhan kita semua, negeri Melaka akan terus diberkati dan dipimpin ke arah kesejahteraan yang diredhai Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

YB Tuan Guru Haji Zulkifli Ismail
Pesuruhjaya PAS Melaka

Syawal telah berlabuh. Namun hari-hari akhirnya terus diraikan dengan meriah, saling bermaafan dan mengeratkan ukhuwah.1...
19/04/2026

Syawal telah berlabuh. Namun hari-hari akhirnya terus diraikan dengan meriah, saling bermaafan dan mengeratkan ukhuwah.

18 April 2026 bersamaan 29 Syawal 1447H PAS Kawasan Kota Melaka mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Padang Temu.

Rumah NYDP Tuan Ahmad Saidin yang menjadi tempat majlis mula dikunjungi para tetamu seawal jam 3 petang. Terima kasih kepada pimpinan dan ahli PAS Kawasan Hang Tuah Jaya, Jasin, Muslimat PAS Pusat, Parti Pribumi Bersatu, Parti Gerakan dan masyarakat setempat yang hadir.

Semoga keharmonian, kesepakatan dan perpaduan terus kukuh dalam hubungan persaudaraan sesama manusia di Melaka amnya dan di Kota Melaka khususnya.





𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 🗓 18 April 2026 (Sabtu)⏰ 3.00 – 6.00 petang📌 Perkarangan Rumah Tn. Ahmad bin Sa...
15/04/2026

𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮

🗓 18 April 2026 (Sabtu)
⏰ 3.00 – 6.00 petang
📌 Perkarangan Rumah Tn. Ahmad bin Saidin, Padang Temu

Lokasi : https://goo.gl/maps/Une7aLqxy72a8tst8

Jemput like, komen & share



Address

Malacca City
75460

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PAS Kawasan Kota Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to PAS Kawasan Kota Melaka:

Share