Persatuan Lumba Basikal Tentera Darat

Persatuan Lumba Basikal Tentera Darat Laman rasmi PLBTD ini dikelola oleh 8 RRD (Para) sebagai Pusat Kecemerlangan Lumba Basikal TD

π“πˆπŒ π‹π”πŒππ€ ππ€π’πˆπŠπ€π‹ 𝐓𝐃 (𝐏𝐋𝐁 𝐓𝐃) πŒπ”ππ‚π”π‹ ππ€πˆπ π‰πŽπ‡π€π πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π‹π”πŒππ€ ππ€π’πˆπŠπ€π‹ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π€π“πŒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘LUMUT, 13 Jul 23 :...
14/07/2023

π“πˆπŒ π‹π”πŒππ€ ππ€π’πˆπŠπ€π‹ 𝐓𝐃 (𝐏𝐋𝐁 𝐓𝐃) πŒπ”ππ‚π”π‹ ππ€πˆπ π‰πŽπ‡π€π πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ„π‰πŽπ‡π€ππ€π π‹π”πŒππ€ ππ€π’πˆπŠπ€π‹ ππ„π‘πˆππ†πŠπ€π“ π€π“πŒ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 πŸπŸŽπŸπŸ‘

LUMUT, 13 Jul 23 : Tim Lumba Basikal TD (PLBTD) muncul Naib Johan dalam Kejohanan Lumba Basikal antara Perkhidmatan bagi Tahun 2023 yang bertempat di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Tim Lumba Basikal TD telah memulakan cabaran bagi acara Road Bike, Mountain Bike dan Time Trial (berpasukan) pada 10 Jul 23 hingga 13 Jul 23. Bagi Kategori Road Bike dan Kategori Time Trial, Tim Basikal TD berjaya merangkul Naib Johan manakala Kategori Mountain Bike, Tim Lumba Basikal TD memenangi Johan.

Pada Kejohanan kali ini, Tim Lumba Basikal TD telah menduduki Naib Johan Keseluruhan. 8 RRD (Para) selaku Pusat Cemerlang Lumba Basikal TD (PLBTD) telah melaksanakan latihan insentif bermula Jan 2023. Objektif Kejohanan ini diadakan adalah bagi mencungkil bakat-bakat baru bagi mewakili ATM di dalam Kejohanan MAKSAK.

Majlis penutup Kejohanan Antara Perkhidmatan telah diadakan di Dewan Shariff, Pangkalan TLDM Lumut yang telah disempurnakan oleh Mej Jen Dato’ Pahlawan Hj Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Divisyen Kedua Infantri selaku wakil kepada Panglima Tentera Darat.

Aktiviti yang telah dilaksanakan ini adalah sejajar dengan Tonggak PTD Ke-2 iaitu Kemampanan Organisasi, Pengukuhan Organisasi dan Modal Insan.




Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera! Laman Facebook Persatuan Lumba Basikal Tentera Darat (PLBTD) ini diwujudkan bagi ...
10/07/2023

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera!

Laman Facebook Persatuan Lumba Basikal Tentera Darat (PLBTD) ini diwujudkan bagi memuatnaik dan mengemaskini segala perkembangan dan aktiviti yang dilaksanakan oleh persatuan ini.

Laman ini dikendalikan dan dikelola oleh Batalion Ke-8 Rejimen Renjer DiRaja (Para), Kem Terendak, Melaka, selaku Pusat Kecemerlangan Lumba Basikal TD. Sekiranya ingin menghubungi admin, boleh dilakukan di laman ini atau layari laman rasmi FB 8 RRD (Para), Buletin Batalion Kelapan Rejimen Renjer DiRaja Para.

Semoga PLBTD terus maju dan sukses dalam perjuangan memartabatkan nama Tentera Darat Malaysia dalam sukan lumba basikal di peringkat nasional mahupun antarabangsa!

Address

Batalion Kelapan Rejimen Renjer DiRaja (Para)
Malacca City
76200

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 09:30 - 12:00
15:00 - 16:30

Telephone

+60106556637

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Lumba Basikal Tentera Darat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category