Kampung Bukit Palah Melaka

  • Home
  • Kampung Bukit Palah Melaka

Kampung Bukit Palah Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kampung Bukit Palah Melaka, Government Organization, Kampung Bukit Palah, 75150 Melaka, .

Sedang menyiapkan tapak perniagaan Sejati Madani untuk menambah ekonomi warga Bukit Palah..Insaallah pembukaannya pada a...
29/12/2024

Sedang menyiapkan tapak perniagaan Sejati Madani untuk menambah ekonomi warga Bukit Palah..Insaallah pembukaannya pada awal tahun baru 2025..

Melawat mantan AJK JPKK Bukit Palah tempoh hari..
29/12/2024

Melawat mantan AJK JPKK Bukit Palah tempoh hari..

Alhamdulillah, kami dah dapat menambah benih ikan Talapia Merah buat kali ke 2.
29/12/2024

Alhamdulillah, kami dah dapat menambah benih ikan Talapia Merah buat kali ke 2.

Aktiviti mingguan mengutip sampah di Kampung Bukit Palah Melaka Semoga  dapat melatih diri orang  kampung agar tidak mem...
23/12/2024

Aktiviti mingguan mengutip sampah di Kampung Bukit Palah Melaka Semoga dapat melatih diri orang kampung agar tidak membuang sampah merata-rata..


|| Program Bacaan Yasin Berkelompok JPKK Bukit Palah || 16 Mac 2023 – Program bacaan yassin berkelompok semperna menyamb...
25/03/2023

|| Program Bacaan Yasin Berkelompok JPKK Bukit Palah ||

16 Mac 2023 – Program bacaan yassin berkelompok semperna menyambut kedatangan Bulan Ramadhan telah dianjurkan oleh JPKK Bukit Palah bertempat di Bilik Gerakan Kampung Bukit Palah. Program bacaan yassin ini telah diketuai oleh En. Adam dan Sidang Zainal dan melibatkan penduduk kampung khususnya. Diharapkan program seperti ini dapat menjadi program tahunan bagi penduduk kampung dalam menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia.




|| Program Jelajah Kasih - Bukit Palah Prihatin || 05 Februari 2023 – Program Jelajah Kasih “Bukit Palah Prihatin” merup...
05/02/2023

|| Program Jelajah Kasih - Bukit Palah Prihatin ||

05 Februari 2023 – Program Jelajah Kasih “Bukit Palah Prihatin” merupakan satu program menziarahi penduduk Kampung Bukit Palah dan penyampaian kit makanan kepada penduduk kampung yang terpilih. Fokus utama program ini adalah untuk menziarahi penduduk kampung yang sedang diuji dengan penyakit dan musibah. Program anjuran JPKK Bukit Palah ini diharapkan dapat memberikan semangat baru kepada penduduk Kampung yang sedang ditimpa musibah untuk terus kuat dalam menempuh ujian hidup.


|| Bengkel Gubahan Kreatif, Bouquet Decoration ||04 Februari 2023 – JPKK Bukit Palah dengan kerjasama pihak KEMAS daerah...
05/02/2023

|| Bengkel Gubahan Kreatif, Bouquet Decoration ||

04 Februari 2023 – JPKK Bukit Palah dengan kerjasama pihak KEMAS daerah Melaka Tengah telah menganjurkan satu bengkel Gubahan Kreatif, Bouquet Decoration dimana ianya menyasarkan golongan suri rumah dan anak-anak remaja Kampung Bukit Palah yang berminat untuk menambah pendapatan dengan membuat bouquet decoration. Bengkel ini telah dikendalikan oleh 3 orang tenaga pengajar daripada KEMAS dan jumlah penyertaan penduduk Kampung Bukit Palah adalah seramai 20 orang. Diharapkan dengan penganjuran bengkel sebegini dapat menambah pendapatan isi rumah melalui penjualan bouquet decoration.


|| Sumbangan Kabin Untuk Tujuan Perniagaan Makanan ||03 Februari 2023 – Pengerusi JPKK Bukit Palah, En. Azmi Rizal Bin D...
05/02/2023

|| Sumbangan Kabin Untuk Tujuan Perniagaan Makanan ||

03 Februari 2023 – Pengerusi JPKK Bukit Palah, En. Azmi Rizal Bin Datuk Hamzah telah menyumbangkan sebuah kabin kepada wakil pihak JPKK Bukit Palah, En. Ahmad Ikram Abdullah yang merupakan Ketua Pemuda Kampung Bukit Palah. Kabin ini akan dijadikan tempat perniagaan makanan yang akan menfokuskan peniaga-peniaga dalam kalangan penduduk Kampung Bukit Palah untuk meningkatkan ekonomi setempat. Besar harapan penduduk kampung untuk melihat projek perniagaan makanan di Kampung Bukit Palah ini Berjaya.


|| Pertandingan Bola Sepak Tertutup Kampung Bukit Palah ||02 Januari 2023 - Tahun 2023 di Kampung Bukit Palah telah memb...
05/02/2023

|| Pertandingan Bola Sepak Tertutup Kampung Bukit Palah ||

02 Januari 2023 - Tahun 2023 di Kampung Bukit Palah telah membuka tirainya dengan penganjuran Pertandingan Bola Sepak 9-sebelah Tertutup Kampung Bukit Palah bertempat di Padang Bola Sepak Kampung Bukit Palah anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bukit Palah Melaka. Pertandingan ini telah dikendalikan oleh Encik Zulkifli Mansor selaku Setiausaha KRT Bukit Palah. Turut hadir sama En. Azmi Rizal Bin Datuk Hamzah yang merupakan Pengerusi JPKK Kampung Bukit Palah. Di kesempatan itu, beliau turut memberi sumbangan satu biji bola untuk digunakan dalam pertandingan tersebut. Diharapkan dengan penganjuran program-program sebegini, ianya dapat mencungkil bakat-bakat muda Kampung Bukit Palah dan membentuk komuniti di kampung yang sihat dan sejahtera.


|| Penilaian Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Bukit Palah ||15 September 2022 - Kampung Bukit Palah telah menerim...
08/10/2022

|| Penilaian Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Bukit Palah ||

15 September 2022 - Kampung Bukit Palah telah menerima kunjungan para panel penilai bagi Pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera yang terdiri daripada Pegawai Kemas Putrajaya dan Melaka Tengah. Penilaian ini meliputi aspek tadbir urus berkesan, prasarana / kemudahan masyarakat, modal insan, kesihatan & persekitaran, ekonomi berdaya saing dan inovasi & aspirasi.

Penilaian ini juga mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk-penduduk kampung, pengerusi-pengerusi JPKK Dun pengkalan Batu, Hj Jurie Ramli Bin Md. Noor, Penghulu Dun Pengkalan Batu dan YB Datuk Hjh. Kalsom Bin Nordin (ADUN Pengkalan Batu merangkap Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Kebajikan).



|| Hari KRT Kampung Bukit Palah 2022 ||30 Ogos 2022 - Kawasan Rukun Tetangga Kampung Bukit Palah telah menganjurkan hari...
08/10/2022

|| Hari KRT Kampung Bukit Palah 2022 ||

30 Ogos 2022 - Kawasan Rukun Tetangga Kampung Bukit Palah telah menganjurkan hari KRT Kampung Bukit Palah dimana program ini bertujuan untuk menyatupadukan komuniti di Kampung Bukit Palah tidak mengira latar belakang.

Hari KRT ini turut menjadi program saban tahun dimana ianya turut menjadi medium menyemarakakan semangat kemerdekaan dimana penduduk kampung berkumpul bersama-sama untuk menyambut detik-detik kegemilangan dan kemerdekaan Malaysia.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Melaka Tengah, Puan Nadiatul Ain Binti Md Sahariff dan Pengerusi JPKK Bukit Palah, En. Azmi Rizal Bin Datuk Hamzah.



|| Persiapan Ambang Merdeka Bukit Palah ||28 Ogos 2022 - Pemuda kampung Bukit Palah telah membantu dalam proses persedia...
12/09/2022

|| Persiapan Ambang Merdeka Bukit Palah ||

28 Ogos 2022 - Pemuda kampung Bukit Palah telah membantu dalam proses persediaan Sambutan Ambang Merdeka Kampung Bukit Palah dimana lebih 50 helai bendera telah di gantung dan dikibarkan di sepanjang jalan di Kampung Bukit Palah.

Proses persediaan ini telah diketua oleh Sdr. Ahmad Ikram Bin Abdullah yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO cawangan Bukit Palah.



Address

Kampung Bukit Palah, 75150 Melaka

75150

Telephone

+60132688889

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Bukit Palah Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Kampung Bukit Palah Melaka:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share