22/04/2025
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Tuan/Puan,
HEBAHAN SEMINAR PEROLEHAN KERAJAAN BAGI KERJA-KERJA MEKANIKAL, ANJURAN KELAB CKM, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Kelab Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Ibu Pejabat JKR Malaysia (Kelab CKM) akan menganjurkan satu seminar mengenai Perolehan Kerajaan bagi kerja-kerja mekanikal.
3. Untuk makluman, objektif seminar ini dilaksanakan adalah untuk memantapkan pengetahuan kontraktor pembinaan ke arah kelestarian serta pembinaan berkualiti, perkongsian lesson learned terhadap perolehan kerajaan serta meningkatkan pengetahuan kontraktor dalam penggunaan JKR E-Tender (JET) bagi projek-projek mekanikal yang dilaksanakan JKR MALAYSIA selari dengan matlamat kerajaan ke arah digitalisasi. Maklumat terperinci berkaitan seminar ini adalah seperti berikut:
Tajuk : Seminar Perolehan Kerajaan Bagi Kerja-Kerja Mekanikal
Tarikh : 6 Mei 2025 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi โ 5.30 petang
Lokasi : Geno Hotel, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor
Yuran Pendaftaran : RM 650.00 seorang
No. Akaun : 5641 5522 1655 (Maybank)
Kelab Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
4. Penyertaan seminar ini terbuka kepada syarikat/kontraktor mekanikal dan setiap syarikat/kontraktor boleh mengemukakan lebih daripada satu penyertaan. Untuk makluman tambahan, penyertaan seminar ini adalah terhad kepada 200 peserta sahaja. Sehubungan itu, kami amatlah menggalakkan tuan/puan untuk mendaftar dengan segera bagi memastikan slot tuan/puan ada di seminar ini. Kami juga menggalakkan tuan/puan untuk berkongsi maklumat ini kepada rakan sekerja atau kenalan bagi tujuan hebahan dan penyertaan. Bagi yang berminat untuk menyertai seminar ini, pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut :
Pautan/Link Pendaftaran: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf5ALVT93nRAQscICG2iOVtYtsclGOSf2DdKDVCC7_NyFe9Bg/viewform
5. Bagi pendaftaran yang berjaya, peserta akan menerima emel jemputan rasmi sebagai pengesahan untuk menyertai seminar ini.
6. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, tuan/puan boleh menghubungi Urus Setia Seminar seperti berikut:
Ir. Addy Shahelmy bin Abdul Salam: 03-2618 9485
Ir. Wan Mohd Hafidz bin Che Nordin : 03-2618 9475
Ir. Zamri bin Zulkipili: 03-2618 9555
Cik Nurfatihah binti Mahadi: 03-2618 9545
Sekian, terima kasih.
"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,
(URUS SETIA SEMINAR)
Kelab CKM
Cawangan Kejuruteraan Mekanikal
Ibu Pejabat JKR Malaysia
Kuala Lumpur
Emel: [email protected]
No. Tel: 03-2618 9485 / 9475 / 9555 / 9545
No. Faks: 03-2618 9510