11/02/2026
PERBARISAN HARI ULANG TAHUN PASUKAN 73 BATALION KOR PERKHIDMATAN DIRAJA KE โ 37
MELAKA, 9 FEBRUARI 2026 โ Perbarisan Hari Ulang Tahun 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja (73 Bn KPD) Ke โ 37 telah diadakan di Padang Kawad Pasukan yang berkekuatan seramai 6 x Pegawai dan 78 anggota Lain โ Lain Pangkat (LLP). Perbarisan yang diketuai oleh Mej Ridzuan bin Norman dimulai dengan nyanyian Kor Perkhidmatan DiRaja seterusnya diikuti dengan Acara Serah Terima Tugas Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut 73 Bn KPD antara Mej Mohd Azizul bin Mokhtar dengan Pemangku Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut 73 Bn KPD iaitu Kapt Abdul Razzak Othmani bin Ab Rahim. Mantan Pegawai Pemerintah Kompeni Angkut 73 Bn KPD kini menjawat jawatan sebagai Penolong Pegawai Memerintah 73 Bn KPD.
Perbarisan juga turut diteruskan dengan upacara pemakaian pangkat kepada 16 x anggota LLP yang telah dinaikkan pangkat daripada Pbt ke LKpl. Seterusnya, Pegawai Memerintah 73 Bn KPD telah menyampaikan ucapan, di mana beliau merakamkan ucapan tahniah kepada anggota yang baru disempurnakan pemakaian pangkat. Pegawai Memerintah juga turut mengajak warga 73 Bn KPD untuk mengenang sejarah penubuhan pasukan sepanjang 37 tahun ditubuhkan.
Tanggal 1 Februari 1989 merupakan tarikh keramat bagi Pasukan 73 Bn KPD yang mana tarikh ini merupakan detik penubuhan 73 Bn KPD secara Ad Hoc di Kem Terendak. Penubuhan Pasukan ini merangkumi Markas Batalion, Kompeni Angkut, Kompeni Bekalan dan Kompeni Hantaran Udara. Namun pada 15 Oktober 2009, Markas Tentera Darat telah mengeluarkan arahan untuk meletakkan Kompeni Hantaran Udara 73 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja di bawah implimentasi sejajar dengan perkembangan Tentera Darat yang menjurus ke arah membentuk sebuah organisasi yang lebih bersifat lean and mean dan fokus kepada tugas teras iaitu aspek pengangkutan dan bekalan.
Namun begitu, bagi memastikan bantuan dan sokongan yang jitu, beberapa pasukan telah diletakkan dan ditubuhkan di bawah perintah 73 Bn KPD. Antaranya adalah 11 Kompeni Angkut KPD (AW) dan 14 Kompeni Angkut KPD (AW) diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD mulai 1 Julai 2007, UPPK Terendak ditubuhkan pada tahun 21 November 2011 dan diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD. SBTD Terendak diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD mulai 12 Oktober 2018. SBTD Gemas diletakkan dibawah perintah 73 Bn KPD mulai 11 Mac 2019.
Menelusuri sepanjang 37 tahun penubuhannya, 73 Bn KPD telah berfungsi sebagai pasukan bantuan khidmat yang memberi bantuan logistik untuk memenuhi keperluan operasi Tentera Darat secara amnya dan Formasi Divisyen Ketiga Infrantri Malaysia secara khasnya. Justeru, Perbarisan Hut 73 Bn KPD Ke โ 37 telah dilaksanakan sebagai satu penghargaan dan ingatan terhadap hari penubuhan pasukan ini.