Pejabat Agama Daerah Pokok Sena

  • Home
  • Pejabat Agama Daerah Pokok Sena

Pejabat Agama Daerah Pokok Sena Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Agama Daerah Pokok Sena, Government Official, Pejabat Agama Daerah Pokok Sena, No 1 Bangunan Baitul Mal, .

LENSA PELAKSANAAN SOLAT SUNAT ISTISQA’  DI KARIAH MASJID SEKITAR DAERAH POKOK SENA, KEDAH.1. Masjid Al-Ma’arif, Kariah T...
26/03/2026

LENSA PELAKSANAAN SOLAT SUNAT ISTISQA’
DI KARIAH MASJID SEKITAR DAERAH POKOK SENA, KEDAH.

1. Masjid Al-Ma’arif, Kariah Tanjung Musang
2. Masjid Al-Anwar, Kariah Kg. Tengah Tualang
3. Masjid As-Solihin, Kariah Kg. Bukit Lada
4. Masjid At-Taqwa, Kariah Kg. Menerong
5. Masjid Raudhatus Solihin, Kariah Kg. Bukit Derang
6. Masjid Al-Irsyadi, Kariah Kg. Padang
7. Masjid Al-Muhsinin, Kariah Kg. Pokok Pauh

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada seluruh kariah masjid yang telah bersama-sama menjayakan penganjuran Solat Sunat Istisqa’ pada pagi ini.

Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadah kita, memberkati setiap usaha yang dilaksanakan, serta menjadikan amalan ini sebagai asbab turunnya rahmat, keberkatan dan hujan yang membawa kebaikan buat seluruh masyarakat.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

HEBAHAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT ISTISQA’  PERINGKAT DAERAH POKOK SENA, KEDAHDimaklumkan bahawa Pejabat Agama Daerah Poko...
25/03/2026

HEBAHAN PELAKSANAAN SOLAT SUNAT ISTISQA’ PERINGKAT DAERAH POKOK SENA, KEDAH

Dimaklumkan bahawa Pejabat Agama Daerah Pokok Sena akan menganjurkan Solat Sunat Istisqa’ seperti ketetapan berikut:

📅 Tarikh: Khamis, 26 Mac 2026 | 6 Syawal 1447H
⏰ Masa: 8.30 pagi
📍 Tempat: Dataran Masjid Al-Ma’arif, Kariah Kg. Tanjung Musang, Pokok Sena, Kedah.

Pelaksanaan solat ini bertujuan memohon kepada Allah SWT agar diturunkan hujan sebagai rahmat bagi mengatasi musim kemarau dan cuaca panas berpanjangan yang sedang melanda.

Sehubungan itu, semua muslimin dan muslimat adalah dijemput hadir bagi bersama-sama menunaikan Solat Sunat Istisqa’ serta memanjatkan doa memohon kesejahteraan dan keberkatan.

⚠️ Perhatian:
• Para hadirin diminta membawa sejadah atau alas masing-masing.

Turut dianjurkan pelaksanaan Solat Sunat Istisqa’ di lokasi yang bersesuaian di setiap kariah masjid dalam Daerah Pokok Sena, Kedah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA DAN NEGARA”
“KEDAH SEJAHTERA - NIKMAT UNTUK SEMUA”
“THE GREATER KEDAH”

Anjuran:
Pejabat Agama Daerah Pokok Sena, Kedah Darul Aman

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙  Dengan penuh kesyukuran, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapa...
20/03/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026M 🌙

Dengan penuh kesyukuran, kami merafakkan setinggi-tinggi ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh Muslimin dan Muslimat.

Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kebahagiaan serta memperkukuhkan ukhuwah Islamiah dalam kalangan kita semua.

Kami juga mengambil kesempatan ini untuk memohon keampunan atas segala kekhilafan dan kesilapan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Tulus Ikhlas daripada seluruh warga perkhidmatan agama lDaerah Pokok Sena, Kedah Darul Aman

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU KAFA NEGERI KEDAH TAHUN 2026Tarikh dibuka : 10 Mac 2026 (Selasa) Tarikh tutup : 24 Mac 2026 (S...
17/03/2026

IKLAN JAWATAN KOSONG GURU KAFA NEGERI KEDAH TAHUN 2026

Tarikh dibuka : 10 Mac 2026 (Selasa)

Tarikh tutup : 24 Mac 2026 (Selasa)

https://jheaik.kedah.gov.my/

LENSA FORUM PERDANA ISTIQBAL RAMADHAN PERINGKAT DAERAH POKOK SENA TAHUN 2026/1447H“Ramadhan Bulan Tarbiah, Membina Insan...
12/02/2026

LENSA FORUM PERDANA ISTIQBAL RAMADHAN PERINGKAT DAERAH POKOK SENA TAHUN 2026/1447H

“Ramadhan Bulan Tarbiah, Membina Insan Bertaqwa”

FORUM PERDANA ISTIQBAL RAMADHAN PERINGKAT DAERAH POKOK SENA TAHUN 2026/1447HSedang berlangsung Forum Perdana Istiqbal Ra...
12/02/2026

FORUM PERDANA ISTIQBAL RAMADHAN PERINGKAT DAERAH POKOK SENA TAHUN 2026/1447H

Sedang berlangsung Forum Perdana Istiqbal Ramadhan di Masjid Al-Ma’arif Kg Tanjung Musang. Ceramah disampaikan oleh Moderator Cikgu Che Omar Bin Md Isa serta dua ahli panel iaitu Ustaz Rusyaidi Bin Abdul Halim dan Ustaz Mohammad Azrul Afifi Bin Salleh dengan tajuk “Ramadhan Bulan Tarbiah, Membina Insan Bertaqwa”

FORUM PERDANA ISTIQBAL RAMADHAN PERINGKAT DAERAH POKOK SENA TAHUN 2026/1447H12 Feb 2026, Khamis l Persiapan Majlis Forum...
12/02/2026

FORUM PERDANA ISTIQBAL RAMADHAN PERINGKAT DAERAH POKOK SENA TAHUN 2026/1447H

12 Feb 2026, Khamis l Persiapan Majlis Forum Perdana Istiqbal Ramadhan Peringkat Daerah Pokok Sena bertempat di Masjid Al ma'arif Tanjung Musang.

Muslimin muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan majlis pada malam ini.

MAJLIS PENYERAHAN KAD KUASA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA KEPADA PEGAWAI MASJID DAERAH POKOK SENA 22 Januari 2026, Khamis l...
22/01/2026

MAJLIS PENYERAHAN KAD KUASA PEGAWAI PENGUATKUASA AGAMA KEPADA PEGAWAI MASJID DAERAH POKOK SENA

22 Januari 2026, Khamis l Dewan Masjid An-Nur Bandar Pokok Sena: Majlis Penyerahan Kad Kuasa Agama kepada Pegawai Masjid Daerah Pokok Sena diadakan bertujuan memperkukuh peranan pegawai masjid dalam membantu usaha penguatkuasaan undang-undang syariah peringkat daerah.

Program ini dianjurkan oleh Pejabat Agama Daerah Pokok Sena dengan kerjasama Bahagian Pencegahan Dan Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.

Dengan penyerahan kad kuasa ini, pegawai masjid akan lebih bersedia memainkan peranan mereka di peringkat kariah masing-masing.

Address

Pejabat Agama Daerah Pokok Sena, No 1 Bangunan Baitul Mal

06400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Agama Daerah Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Agama Daerah Pokok Sena:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share