Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong

Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong Ustaz Azhar Salleh | ADUN Pulai Chondong

🌱 EKSPO DAPUR HIJAU 2026 KEMBALI LAGI!πŸŒ±πŸ“’ Jom bawa keluarga dan sahabat handai memeriahkan Ekspo Dapur Hijau 2026 yang be...
01/06/2026

🌱 EKSPO DAPUR HIJAU 2026 KEMBALI LAGI!🌱

πŸ“’ Jom bawa keluarga dan sahabat handai memeriahkan Ekspo Dapur Hijau 2026 yang bertemakan:

✨ Keluarga Bertani, Sihat Harmoni ✨

πŸ“… Tarikh: 5 – 6 Jun 2026 (Jumaat & Sabtu)
πŸ•˜ Masa: 9.00 Pagi – 10.00 Malam
πŸ“ Lokasi: Taman Rekreasi Kolam Air Panas Tok Bok, Machang

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda sepanjang ekspo berlangsung:

🎯 Sukaneka Rakyat
πŸ‘¨β€πŸ³ Demonstrasi Masakan
🎨 Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak
β˜• Pertandingan Teh Tarik
πŸ›οΈ Pameran & Promosi Jualan
πŸŽ₯ Pertandingan Video Pendek
🌱 Program Tunas Tani Al Falah
πŸ§ͺ Demonstrasi Penghasilan Baja
πŸƒ Demonstrasi Kawalan Organik
🎭 Persembahan Wayang Kulit
✨ Dan banyak lagi!

Sama ada anda penggemar pertanian, usahawan, pencinta alam sekitar atau sekadar ingin meluangkan masa berkualiti bersama keluarga, inilah destinasi yang wajib dikunjungi!

🌿 Mari bersama membudayakan amalan bertani di rumah dan meneroka pelbagai ilmu serta teknologi pertanian yang bermanfaat.

πŸ“Œ Masuk adalah PERCUMA!

Jumpa anda di Ekspo Dapur Hijau 2026!
🌱Bertani Satu Ibadah 🌱

πŸ† KEJOHANAN CARROM TERTUTUP PULAI CHONDONG 2026 πŸ†Piala YB Ustaz Hj Azhar Salleh, ADUN Pulai ChondongAyuh belia dan pendu...
01/06/2026

πŸ† KEJOHANAN CARROM TERTUTUP PULAI CHONDONG 2026 πŸ†
Piala YB Ustaz Hj Azhar Salleh, ADUN Pulai Chondong

Ayuh belia dan penduduk sekitar DUN Pulai Chondong!
Jom sertai kejohanan carrom dalam suasana santai, sihat dan penuh ukhuwah.

Program ini bukan sekadar pertandingan, tetapi medan mengeratkan silaturrahim, mencungkil bakat serta membina gaya hidup sihat dalam komuniti.

πŸ“… Tarikh: 5 Jun 2026
πŸ—“οΈ Hari: Jumaat
⏰ Masa: 3.00 petang hingga selesai
πŸ“ Tempat: Dewan Serbaguna Al-Falah
πŸ’° Yuran: RM10 satu pair

🎁 Hadiah Pertandingan:
πŸ₯‡ Johan: RM300
πŸ₯ˆ Naib Johan: RM150
πŸ₯‰ Tempat Ketiga: RM80
πŸ… Tempat Keempat: RM80
πŸŽ–οΈ Tempat 5–8: RM30

πŸ“ž Hubungi:
Hamzam: 013-955 1630
Abe Azam: 019-910 4957

Riadah sihat, ukhuwah hebat.
Belia sejahtera, ummah cemerlang.





29/05/2026
Alhamdulillah, selesai Majlis Korban & Akikah DUN Pulai Chondong bersama Alumni Syamsul Maarif. Ibadah korban yang menza...
29/05/2026

Alhamdulillah, selesai Majlis Korban & Akikah DUN Pulai Chondong bersama Alumni Syamsul Maarif. Ibadah korban yang menzahirkan pengorbanan para peserta penuh dengan rasa syukur dan ketaqwaan dalam melaksanakan suruhan agama Islam.

Sebanyak 16 ekor lembu selesai disembelih pada 11 Zulhijah 1447H di Maahad Syamsul Maarif Lelaki. Daging korban diagihkan keseluruhan asnaf DUN Pulai Chondong.

Semoga kerjasama ini terus berkekalan selamanya.

Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat, khususnya warga DUN Pulai Chondong.Aidiladha mengajar ...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh muslimin dan muslimat, khususnya warga DUN Pulai Chondong.

Aidiladha mengajar kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi inspirasi buat kita untuk terus berbakti kepada agama, keluarga dan masyarakat.

ΨͺΩŽΩ‚ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽΩ„ΩŽ Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω…ΩΩ†Ω‘ΩŽΨ§ ΩˆΩŽΩ…ΩΩ†ΩƒΩΩ…Ω’
"Semoga Allah menerima segala amal ibadah kami dan kalian."

Di kesempatan yang mulia ini, YB Ustaz mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua.

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan jiwa dan rahmat buat seluruh keluarga.

Maaf zahir & batin. 🀍

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua".

Alhamdulillah, Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Machang 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan pengh...
26/05/2026

Alhamdulillah, Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Machang 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan dan penghayatan.

Terima kasih kepada semua yang hadir bersama-sama menjayakan program ini di Dataran Kenanga, Bandar Machang dalam suasana penuh keinsafan, ukhuwah dan mahabbah Islamiah.

Kehadiran para peserta pagi ini mencerminkan semangat kebersamaan dalam menghayati makna Hari Wukuf serta mengambil peluang bermuhasabah menjelang Aidiladha.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Profesor Emeritus Dato’ Dr Johari Bin Mat atas tausiyah yang sangat bermakna, menyentuh hati serta memberi peringatan yang bermanfaat buat semua.

Semoga program ini menjadi asbab untuk kita terus memperkukuhkan ukhuwwah, meningkatkan ketakwaan dan terus istiqamah dalam membesarkan syiar Islam.

Terima kasih juga kepada seluruh urus setia, petugas, sukarelawan serta semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

"Program yang sederhana, namun besar maknanya di sisi penghayatan."

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua".

26/05/2026

✨ AYUH MEMBESARKAN SYIAR ISLAM DI BUMI MACHANG! ✨

πŸŒ™ Sambutan Penghayatan Hari Wukuf Parlimen Machang 2026 kembali menghimpunkan seluruh masyarakat dalam suasana penuh keinsafan, ukhuwah dan penghayatan menuju Hari Arafah.

πŸ•Œ Marilah bersama-sama hadir memeriahkan program yang penuh keberkatan ini:

πŸ“… 26 Mei 2026 | Selasa
πŸ•— 8.00 Pagi
πŸ“ Dataran Kenanga, Bandar Machang

πŸŽ™ Menampilkan pengkuliah jemputan istimewa:
Profesor Emeritus Dato’ Dr Johari Bin Mat
(Pengarah Institut Pemikiran Tok Guru - IPTG)

🌿 Antara pengisian yang bakal menyentuh hati:
βœ… Penghayatan makna Hari Wukuf
βœ… Tausiyah dan peringatan menuju Aidiladha
βœ… Himpunan ummah dalam suasana penuh mahabbah

πŸ“Œ Digalakkan:
🀍 Berpakaian putih
πŸ•Œ Membawa sejadah & kelengkapan solat
πŸŒ™ Berpuasa sunat Hari Arafah

✨ Jangan lepaskan peluang merebut keberkatan hari yang sangat mulia ini.
β€œSehari di Arafah, sejuta makna buat jiwa.”

πŸ“£ SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Jom pakat hadir "Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua".
25/05/2026

Jom pakat hadir

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua".

Bersama Tok Ngulu Azam ziarah di Kg Rengas dan Kg Jelutong. Ziarah kematian dan warga kampung Jelutong yang keuzuran. "P...
24/05/2026

Bersama Tok Ngulu Azam ziarah di Kg Rengas dan Kg Jelutong. Ziarah kematian dan warga kampung Jelutong yang keuzuran.

"Pulai Chondong Sejahtera Untuk Semua".

Tahniah PAS Cawangan Alor Melaka.Semoga ia menjadi contoh kepada Cawangan PAS yang lain.Cawangan kuat, parti hebat!
23/05/2026

Tahniah PAS Cawangan Alor Melaka.

Semoga ia menjadi contoh kepada Cawangan PAS yang lain.

Cawangan kuat, parti hebat!

Address

Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong, Masjid Markaz Pangkal Gong, Pulai Chondong
Machang
16600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Khidmat DUN Pulai Chondong:

Share