Bersama Padang Serai P017

Bersama Padang Serai P017 Pengaruh BERSAMA dibina dari sokongan rakyat biasa yang tidak mengharapkan balasan.

13/06/2026
GELOMBANG PERUBAHAN BERMULA DI PARIT BUNTAR!Kira-kira 50 ahli PKR di Parit Buntar, termasuk pimpinan sayap Wanita dan AM...
12/06/2026

GELOMBANG PERUBAHAN BERMULA DI PARIT BUNTAR!

Kira-kira 50 ahli PKR di Parit Buntar, termasuk pimpinan sayap Wanita dan AMK cabang, bukan sahaja telah mengumumkan keluar daripada PKR, malah terus mengisytiharkan penyertaan mereka sebagai ahli Parti Bersama Malaysia.

Ini bukan sekadar tindakan meninggalkan sebuah parti politik.

Ini adalah keputusan untuk meneruskan perjuangan dalam wadah baharu yang mereka yakini lebih selari dengan aspirasi rakyat dan semangat perubahan yang diperjuangkan selama ini.

Apa yang berlaku di Parit Buntar membuktikan bahawa semakin ramai rakyat dan aktivis politik mula mencari alternatif yang berani membawa idea baharu, politik berasaskan dasar serta keberanian menegur kuasa tanpa mengira siapa yang memegangnya.

Lebih penting, mereka yang menyertai Parti Bersama Malaysia bukan datang kerana jawatan atau habuan. Mereka datang kerana keyakinan bahawa Malaysia memerlukan satu gerakan politik yang lebih segar, lebih berani dan lebih dekat dengan rakyat.

Perjuangan politik sentiasa melalui fasa perubahan. Sejarah membuktikan bahawa setiap gelombang besar bermula dengan keberanian segelintir individu yang sanggup membuat keputusan luar daripada kebiasaan.

Hari ini Parit Buntar telah menghantar mesej yang jelas.

Rakyat mahukan politik yang lebih baik.

Tahniah dan selamat datang kepada semua bekas anggota PKR yang telah memilih untuk meneruskan perjuangan bersama Parti Bersama Malaysia.

Kecil bukan bererti lemah. Kancil bergerak perlahan, tetapi langkahnya semakin jauh dan semakin ramai yang bersama.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan menyertai Parti Bersama Malaysia.

Daftar sebagai ahli melalui bersama.org.

Kawan meninggalkan kita ketika susah, itu perkara biasa dalam politik dan kehidupan.Tetapi apabila kawan-kawan seperjuan...
12/06/2026

Kawan meninggalkan kita ketika susah, itu perkara biasa dalam politik dan kehidupan.

Tetapi apabila kawan-kawan seperjuangan yang sanggup berkorban masa, tenaga, keluarga dan masa depan politik mula meninggalkan kita ketika kita berada di puncak kuasa, itu petanda yang jauh lebih besar.

Lebih menarik, yang pergi bukan musuh. Yang pergi ialah mereka yang pernah menjual akhbar parti di pasar malam, turun berdemonstrasi di jalanan, mengutip dana daripada rakyat biasa, mempertahankan perjuangan ketika ramai memilih untuk menjauhkan diri.

Apabila semakin ramai sahabat lama meninggalkan barisan, sedangkan musuh-musuh lama p**a semakin rapat mengelilingi kita, mungkin sudah tiba masanya untuk bertanya:

Apa yang sebenarnya telah berubah?

Kuasa boleh membawa ramai orang mendekat, tetapi hanya prinsip yang mampu membuat mereka terus kekal bersama.

Adios, Anwar Ibrahim? 😏😏

Atau mungkin lebih tepat,

Adios kepada semangat Reformasi yang pernah diperjuangkan bersama.

Bagi rakyat yang masih percaya kepada politik berasaskan integriti, reformasi institusi dan keberanian menegur kuasa, marilah bersama membina masa depan yang lebih baik bersama Parti Bersama Malaysia.

Daftar sebagai ahli Parti Bersama Malaysia di bersama.org.

Kementerian dan agensi penguat kuasa perlu bertindak tegas tindakan terhadap aktiviti perniagaan haram yang dijalankan o...
12/06/2026

Kementerian dan agensi penguat kuasa perlu bertindak tegas tindakan terhadap aktiviti perniagaan haram yang dijalankan oleh warga asing serta penyalahgunaan visa dan lesen perniagaan yang semakin membimbangkan.

Aktiviti seperti menggunakan pas lawatan sosial untuk menjalankan perniagaan, menjadi proksi kepada perniagaan milik warga asing, dan penyalahgunaan lesen yang didaftarkan atas nama rakyat tempatan bukan sahaja melanggar undang-undang, malah menjejaskan peluang peniaga tempatan yang menjalankan perniagaan secara sah.

Kerjasama antara kementerian, pihak berkuasa tempatan, agensi imigresen, polis dan orang awam amat penting bagi memastikan kegiatan ini dapat dibanteras secara menyeluruh.

Langkah penguatkuasaan yang berkesan bukan sahaja dapat memastikan pematuhan kepada undang-undang negara, malah membantu melindungi kepentingan ekonomi negara, menjaga kebajikan peniaga tempatan dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih adil serta berdaya saing untuk semua

Rodziah Ismail

SELAMAT TINGGAL ANWAR IBRAHIM?Apa yang ditulis oleh Lee Chean Chung bukan sekadar luahan seorang pemimpin yang meletakka...
12/06/2026

SELAMAT TINGGAL ANWAR IBRAHIM?

Apa yang ditulis oleh Lee Chean Chung bukan sekadar luahan seorang pemimpin yang meletakkan jawatan dalam parti. Ia adalah catatan panjang seorang aktivis Reformasi yang telah mengorbankan masa muda, keluarga, tenaga dan masa depannya demi perjuangan yang dipimpin oleh .

Beliau pernah menjual akhbar parti di pasar malam, mengutip dana daripada rakyat biasa, menyertai demonstrasi, berdepan pendakwaan mahkamah, memperjuangkan pembebasan Anwar Ibrahim, malah mempertaruhkan kedudukan politiknya sendiri ketika ramai memilih jalan selamat.

Namun selepas 18 tahun berjuang, persoalan yang dibangkitkannya hanyalah satu:

Mengapa akses sistem MyKhas bagi kawasan Parlimen Petaling Jaya dibatalkan tanpa penjelasan yang munasabah?

Malangnya, sehingga hari ini beliau mendakwa masih gagal memperoleh jawapan yang jelas.

Inilah yang paling menyedihkan. Parti yang lahir daripada semangat Reformasi, ketelusan dan keberanian menegur kuasa kini dilihat semakin sukar menerima teguran daripada orang-orang yang pernah membinanya dari bawah.

Apabila pejuang lama mula meninggalkan barisan kepimpinan, masalah sebenar bukan terletak pada individu yang keluar. Masalah sebenar ialah apabila suara yang menegur dianggap ancaman, bukannya peluang untuk memperbaiki keadaan.

Ramai yang dahulu berjuang untuk menukar kerajaan. Hari ini rakyat sedang menilai sama ada kerajaan dan parti yang dibina daripada semangat Reformasi masih setia kepada nilai-nilai asal perjuangan tersebut.

Malaysia memerlukan politik yang berani menegur, bukan politik yang menuntut kesetiaan membuta tuli.

Bagi rakyat yang mahu melihat politik berasaskan integriti, reformasi institusi dan akauntabiliti yang sebenar, marilah bersama membina alternatif baharu bersama Parti Bersama Malaysia.

Daftar sebagai ahli Parti Bersama Malaysia di bersama.org.

Kenyataan bahawa Keadilan Puchong kononnya bersedia "menjinakkan Kancil" menunjukkan satu sikap yang agak angkuh dan mem...
12/06/2026

Kenyataan bahawa Keadilan Puchong kononnya bersedia "menjinakkan Kancil" menunjukkan satu sikap yang agak angkuh dan memandang rendah kepada perjuangan politik pihak lain.

Parti Bersama Malaysia tidak ditubuhkan untuk menjadi lawan kepada mana-mana individu atau parti semata-mata. Kami hadir membawa idea, dasar dan agenda baharu untuk Malaysia. Jika ada yang merasakan kehadiran BERSAMA di Puchong perlu "dijinakkan", ia menunjukkan mereka lebih bimbang terhadap persaingan idea daripada menawarkan penyelesaian kepada masalah rakyat.

Kancil mungkin kecil, tetapi dalam sejarah dan cerita rakyat Nusantara, kancil terkenal kerana kebijaksanaan, keberanian dan keupayaan mengatasi haiwan yang lebih besar daripadanya. Saiz bukan ukuran kekuatan sebenar. Yang menentukan ialah sokongan rakyat, kekuatan idea dan keikhlasan perjuangan.

Puchong bukan milik mana-mana parti politik. Puchong adalah milik rakyat. Rakyat berhak memilih dan menilai siapa yang benar-benar memperjuangkan kepentingan mereka tanpa ugutan, sindiran atau sikap sombong.

Kami di Parti Bersama Malaysia akan terus turun padang, mendengar denyut nadi rakyat dan menawarkan politik yang lebih segar, berintegriti serta berasaskan dasar. Jika ada pertandingan politik, biarlah ia ditentukan oleh rakyat melalui demokrasi, bukannya melalui kenyataan yang memperlekehkan pihak lain.

Enam anak kancil berjalan seiring,
Mencari teduh di tepi perigi,
Jika rakyat mahu perubahan yang sering diiring,
BERSAMA akan terus berbakti dan berbakti lagi.

Ayuh bersama membina Malaysia yang lebih baik. Daftarlah sebagai ahli Parti Bersama Malaysia melalui bersama.org

Fahmi Fadzil kesal, tetapi persoalan utama masih belum terjawab.Jika benar seperti yang didedahkan oleh Lee Chean Chung,...
12/06/2026

Fahmi Fadzil kesal, tetapi persoalan utama masih belum terjawab.

Jika benar seperti yang didedahkan oleh Lee Chean Chung, isu sebenar bukanlah soal beliau meletakkan jawatan dalam parti, tetapi kegagalan pihak berkaitan memberikan penjelasan yang telus mengenai pembatalan akses sistem MyKhas yang didakwa menjejaskan urusan peruntukan kawasan dan Program Mesra Rakyat.

Rakyat berhak mengetahui mengapa akses tersebut dibatalkan, siapa yang membuat keputusan itu, dan apakah asas pertimbangannya. Dalam sebuah parti yang sering bercakap mengenai reformasi, ketelusan dan akauntabiliti, penjelasan kepada wakil rakyat serta pengundi tidak seharusnya menjadi perkara yang sukar.

Kekecewaan yang dizahirkan oleh Fahmi Fadzil mungkin dapat difahami, namun yang lebih penting ialah menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh Lee Chean Chung. Tanpa penjelasan yang jelas, pelbagai spekulasi akan terus timbul dan akhirnya menjejaskan keyakinan rakyat terhadap institusi politik.

Malaysia memerlukan budaya politik yang matang, di mana soalan dijawab dengan fakta, bukan dengan sentimen atau tekanan politik.

Bagi rakyat yang mahukan politik berasaskan integriti, ketelusan dan dasar yang jelas, pertimbangkan untuk menyertai Parti Bersama Malaysia melalui BERSAMA Malaysia bersama.org

[TERKINI] Jadual Pilihan Raya Negeri (PRN) 2026🇲🇾 PRN Johor (16 DUN) 📌 Penamaan Calon: 27 Jun 2026 📌 Undi Awal: 7 Julai ...
12/06/2026

[TERKINI] Jadual Pilihan Raya Negeri (PRN) 2026

🇲🇾 PRN Johor (16 DUN) 📌 Penamaan Calon: 27 Jun 2026 📌 Undi Awal: 7 Julai 2026 📌 Hari Mengundi: 11 Julai 2026

🇲🇾 PRN Negeri Sembilan (16 DUN) 📌 Penamaan Calon: 18 Julai 2026 📌 Undi Awal: 28 Julai 2026 📌 Hari Mengundi: 1 Ogos 2026

Dua pilihan raya negeri yang bakal menjadi tumpuan rakyat dan pemerhati politik. PRN Johor akan menjadi medan pertama menguji sentimen pengundi, diikuti PRN Negeri Sembilan yang dijangka memberi gambaran lebih jelas tentang hala tuju politik negara menjelang pilihan raya umum akan datang.

Bagi Parti BERSAMA, inilah masanya untuk membawa politik baharu yang berteraskan integriti, kompetensi dan penyelesaian masalah rakyat. Kuasa sebenar berada di tangan pengundi untuk menentukan masa depan negeri dan negara.

Ayuh seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan, daftarlah sebagai ahli Parti Bersama Malaysia dan bersama-sama membina sebuah negara yang lebih adil, progresif dan bebas daripada politik lama.

🌐 Parti Bersama Malaysia bersama.org

Ada yang menghantar tangkap layar tulisan Puad Zarkashi yang menyebut BERSAMA ketandusan potensi calon, atas sebab itu B...
11/06/2026

Ada yang menghantar tangkap layar tulisan Puad Zarkashi yang menyebut BERSAMA ketandusan potensi calon, atas sebab itu BERSAMA buka permohonan secara online.

Pandangan beliau ini tidak ada pemberat yang munasabah melainkan hanya propaganda untuk memperkecil kemampuan orang lain. Begitulah sakitnya sikap beliau yang memang sudah diketuai ramai. Mungkin sakit beliau ini menjadi parah apabila beliau sebagai Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dari tahun 2015 sehingga 2018 gagal mempertahankan Kerajaan Najib Razak.

Dalam usia 26 hari, BERSAMA telah menerima seramai 25,000 orang ahli. Matematik saya tidaklah cekap seperti seorang mantan Menteri PKR daripada Johor, tetapi jika diagihkan secara purata, BERSAMA menerima masuk lebih kurang 900 ahli baru setiap hari. Saya tak pasti sama ada angka ini baik atau tidak. Apa yang saya pasti permohonan ini datang daripada pelbagai kaum dan latar belakang. Cukup untuk menggambarkan BERSAMA mendapat sambutan baik daripada masyarakat pelbagai kaum.

Rutin setiap hari saya akan menyemak senarai permohonan yang baru. Terus terang saya ceritakan, setiap hari kita menerima banyak permohonan "hijrah" daripada parti-parti lain termasuk UMNO. Ya, setiap hari ada ahli UMNO yang memohon untuk menyertai BERSAMA.

Oleh itu, daripada Puad Zarkashi menghabiskan masanya menujum nasib BERSAMA, eloklah beliau luangkan masa untuk memujuk ahli-ahli UMNO yang mungkin sedang menimbang tara untuk meninggalkan UMNO.

Tidak ada niat kita untuk mencuri ahli daripada mana-mana parti. BERSAMA hanya menghidangkan satu sikap yang pasti iaitu tiada bolak balik politik. Mungkin itu menarik minat ramai khususnya generasi muda.

Berbalik soal potensi calon, tidak timbul langsung isu BERSAMA tak cukup calon. Cuma kita tidak mahu sekadar mencalonkan orang yang akhirnya jadi seperti Puad Zarkashi. BERSAMA sedang meneroka ruang untuk melebarkan praktis demokrasi. Semakin kita terbuka, kita akan mampu meraih lebih ramai potensi yang lebih berkualiti.

Syukri Razab

Address

Taman Sejahtera
Lunas
09600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bersama Padang Serai P017 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share