14/08/2025
14 OGOS 2025 - PROGRAM KESEDARAN PAYA BAKAU DI TAMAN PAYA BAKAU LUMUT, PERAK.
Seramai 26 orang pelajar diiringi oleh 9 pensyarah pengiring IKM Lumut dijemput ke Program Kesedaran Hutan Paya Bakau.
Program ini adalah inisiatif Persatuan Aktivis Sahabat Alam - KUASA dibawah anjuran Pesatuan Konservasi Samudera 9 (Ocean 9) di dalam memberi pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan tentang kepentingan konservasi bakau secara berkala.
Program ini juga mendedahkan pelajar mengenai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) dan ia merupakan salah satu pengisian di dalam projek ‘Manjung Green Initiative’ yang dilaksanakan oleh KUASA. Ia merupakan siri program konservasi hutan paya bakau untuk tahun ini.
Antara aktiviti pengisian yang akan diadakan di Taman Paya Bakau Lumut (TPBBL) ialah peserta telah diberi penerangan mengenai hutan paya bakau melalui Modul Pendidikan dan Konservasi Hutan Paya Bakau, lawatan dan penerangan di sepanjang laluan pejalan kaki di TPBBL, aktiviti nurseri, penanaman simbolik 10 anak pokok oleh para peserta serta penyerahan papan tanda kempen kesedaran kepada wakil Majlis Perbandaran Manjung (MPM).
Dengan adanya program ini, sedikit sebanyak usaha meningkatkan kesedaran orang awam khususnya golongan belia dan kebersamaan memelihara serta memulihara pesisir pantai daerah Manjung.