Pusat Pembangunan Kerohanian - PPK Pangkalan TLDM Lumut

Pusat Pembangunan Kerohanian - PPK Pangkalan TLDM Lumut Halaman ini diwujudkan bagi menyiarkan aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan di Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK) Pangkalan TLDM Lumut.

25/04/2026
16 Apr 26 – Usrah KAGAT Lumut telah mengadakan perjumpaan  sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Agama Angkatan Tentera ...
16/04/2026

16 Apr 26 – Usrah KAGAT Lumut telah mengadakan perjumpaan sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) Ke-41 yang dihadiri oleh ahli-ahli usrah KAGAT Lumut bertempat di Pusat Tahsin Hafazan al-Quran (PTHQ), Pangkalan TLDM Lumut.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBhg Tuan Naqib Lt Kol Abdul Rahim bin Awang Teh dan seterusnya, bacaan Surah Yasin yang dipimpin oleh Lt M Mohd Soleh Bin Din, Pegawai Staf Masjid. Seterusnya, para hadirin menyaksikan Perutusan Khas secara langsung (atas talian) daripada Pengerusi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT).

Seusai sesi tersebut, majlis diteruskan dengan jamuan Hari Raya yang disediakan bagi mengeratkan lagi silaturahim serta semangat ukhuwah dalam kalangan warga usrah.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli usrah dan warga kerja yang telah memberikan komitmen dalam menjayakan majlis ini. Semoga KAGAT terus menerajui kegemilangan sebagai pemangkin kerohanian ATM. Adalah diharapkan segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.




Media KAGAT
Markas Pangkalan Lumut Official

KURSUS IMAM BILAL LASKAR KANAN KE BAWAH PERKUKUH PENGHAYATAN IBADAHLumut, 8 April 2026– Sel Dakwah, Pusat Pembangunan Ke...
09/04/2026

KURSUS IMAM BILAL LASKAR KANAN KE BAWAH PERKUKUH PENGHAYATAN IBADAH

Lumut, 8 April 2026– Sel Dakwah, Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK) telah menganjurkan Kursus Imam Bilal Laskar Kanan ke Bawah selama dua hari bermula 7 hingga 8 April 2026 bertempat di Dewan Pusat Tahsin & Hafazan al-Quran (PTHQ), PPK.

Kursus ini disertai seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada anggota pelbagai unit di Pangkalan TLDM Lumut. Program ini bertujuan memperkukuhkan kefahaman serta kemahiran peserta dalam pelaksanaan tugas sebagai imam dan bilal, di samping memantapkan penghayatan ibadah dalam kalangan anggota.

Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh YBhg Lt Kol Ahmad Zubir bin Zawawi, Pengarah Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK).

Diharapkan segala ilmu dan panduan yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan oleh para peserta dalam melaksanakan tugas serta menyumbang kepada pengukuhan amalan kerohanian di pasukan.

Markas Pangkalan Lumut Official

Pada 12 Mac, Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Peringkat Pangkalan TLDM Lumut telah berlangsung dengan penuh penghayata...
13/03/2026

Pada 12 Mac, Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran Peringkat Pangkalan TLDM Lumut telah berlangsung dengan penuh penghayatan di Masjid An-Nur, melibatkan penyertaan seramai 21 pegawai dan anggota lelaki yang dipimpin oleh Lt M Mohd Anuar bin Raidin. Sementara itu, Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran bagi BAKAT Armada Barat (Lumut) dengan kerjasama Masjid An-Nur telah diadakan lebih awal pada 9 Mac di Pusat Pembangunan Wanita (PPW) dengan penyertaan seramai 73 ahli BAKAT dan Pranita yang dipimpin oleh Lt Norhasida binti Norhisam.

Majlis Khatam al-Quran Peringkat Pangkalan TLDM Lumut telah disempurnakan oleh Komander Pangkalan Lumut yang juga Pengerusi Masjid An-Nur Pangkalan TLDM Lumut, Laksma Hj Jamaludin bin Hj Sairi dan diakhiri dengan penyampaian cenderahati serta sesi bergambar sebagai kenang-kenangan. Manakala majlis bagi BAKAT Armada Barat (Lumut) dengan kerjasama Masjid An-Nur telah disempurnakan oleh Datin Rohaizah binti Kasah @ Akasah selaku Timbalan Pengerusi BAKAT (L) Armada Barat. Diharapkan agar amalan membaca dan mentadabbur Al-Quran ini dapat diteruskan khususnya pada penghujung Ramadan serta menjadi budaya yang berterusan dalam kalangan warga TLDM dalam usaha meraih keberkatan dan ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Markas Pangkalan Lumut Official

πŠπ”π‘π’π”π’ π“π€π‡π’πˆπ 𝐀𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸ”26 Feb - Sel Dakwah, Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK) telah melaksanakan Kursus Tahsin...
26/02/2026

πŠπ”π‘π’π”π’ π“π€π‡π’πˆπ 𝐀𝐋 𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 π’πˆπ‘πˆ 𝟏/πŸπŸ”

26 Feb - Sel Dakwah, Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK) telah melaksanakan Kursus Tahsin al-Quran Siri 1/26 bermula hari selasa hingga khamis (24 - 26 Feb) bertempat di Dewan Pusat Tahsin & Hafazan Quran (PTHQ), PPK.

Seramai 22 orang peserta dari pelbagai unit dalam Pangkalan TLDM Lumut telah ikut serta.

Penutup kursus disempurnakan oleh Lt Kol Ahmad Zubir bin Zawawi, Pengarah PPK.

Semoga segala ilmu yang dipelajari dapat jadikan peserta lebih mahir dalam membaca Al-Quran.

Markas Pangkalan Lumut Official

πŸŒ™ Ahlan Wa Sahlan Ya RamadanπŸŒ™ Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.Bulan penuh keberkatan ini hadir membawa ketenangan j...
18/02/2026

πŸŒ™ Ahlan Wa Sahlan Ya RamadanπŸŒ™

Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.

Bulan penuh keberkatan ini hadir membawa ketenangan jiwa, memperkukuh iman, serta menyuburkan amal ibadah dalam kehidupan seharian.

Ikhlas daripada Pengarah Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK) serta seluruh warga PPK. Moga Ramadan ini menjadi medan tarbiah, mengeratkan ukhuwah, dan mengundang rahmat serta keampunan Allah SWT.

Pertandingan e-Games Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"Tarikh: 14-15 Feb 2026Lokasi: Dewan PTHQ, Pusat Pembangunan Ker...
16/02/2026

Pertandingan e-Games Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"

Tarikh: 14-15 Feb 2026
Lokasi: Dewan PTHQ, Pusat Pembangunan Kerohanian (PPK)
Penyampai Hadiah: Laksamana Pertama Ahmad Sapuan Fathi bin Hj Muhammad, Timbalan Panglima Armada Barat.

Pertandingan Bola Jaring & Sepak Penalti Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"Tarikh: 14 Feb 2026Lokasi: Dataran Masjid A...
14/02/2026

Pertandingan Bola Jaring & Sepak Penalti Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"

Tarikh: 14 Feb 2026
Lokasi: Dataran Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut.

Markas Pangkalan Lumut Official

Ceramah Agama BAKAT Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"Penceramah: YBhg Ustazah MuzayyanahTarikh: 13 Feb 2026Lokasi: Pu...
14/02/2026

Ceramah Agama BAKAT Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"

Penceramah: YBhg Ustazah Muzayyanah
Tarikh: 13 Feb 2026
Lokasi: Pusat Pembangunan Wanita (PPW), Pangkalan TLDM Lumut.

Markas Pangkalan Lumut Official

Malam Kesenian Islam Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"Kumpulan: Now See HeartTarikh: 13 Feb 2026Lokasi: Masjid An-Nur...
14/02/2026

Malam Kesenian Islam Sempena Festival "Jom Ke Masjid 3.0"

Kumpulan: Now See Heart
Tarikh: 13 Feb 2026
Lokasi: Masjid An-Nur, Pangkalan TLDM Lumut.

Address

Pusat Pembangunan Kerohanian Pangkalan TLDM Lumut
Lumut

Telephone

+6055837128

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Pembangunan Kerohanian - PPK Pangkalan TLDM Lumut posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share