KELAB KKRS MDLA

KELAB KKRS MDLA KELAB KEBAJIKAN REKREASI DAN SUKAN
MAJLIS DAERAH LUBOK ANTU

Salam Maulidur Rasul daripada Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA).”Ummah Maju Makmur”
25/08/2026

Salam Maulidur Rasul daripada Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA).

”Ummah Maju Makmur”

17, 19, 20 & 21 Ogos 2026 - Program Pembangunan Komuniti Sumbangan Kerajaan Sarawak Kawasan DUN N.33 Engkelili anjuran M...
24/08/2026

17, 19, 20 & 21 Ogos 2026 - Program Pembangunan Komuniti Sumbangan Kerajaan Sarawak Kawasan DUN N.33 Engkelili anjuran Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) telah dilaksanakan di Rh. Bruin, Tabut, Rh. Kelambu, San Semanju, Rh. Mawan, Skim Skrang dan Rh. Morris, Pedalai.

Program ini dilaksanakan bertujuan menyokong keperluan komuniti serta memastikan kemudahan dan perkhidmatan kerajaan dapat didekatkan kepada komuniti di kawasan luar bandar.

Kios Perkhidmatan MDLA telah dilaksanakan semasa program, yang menyediakan perkhidmatan pendaftaran dan pembaharuan lesen anjing serta pendaftaran dan pembaharuan SarawakPass.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak, Encik Kua Jack Seng, serta pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.

16 Ogos 2026 - Kejohanan Xiang Qi Bahagian Sri Aman-Betong bertempat di Perpustakaan Awam Engkilili. Kejohanan ini melib...
23/08/2026

16 Ogos 2026 - Kejohanan Xiang Qi Bahagian Sri Aman-Betong bertempat di Perpustakaan Awam Engkilili. Kejohanan ini melibatkan kategori U12, U18+, Terbuka dan Non-Chinese serta berlangsung dalam suasana yang meriah dan kompetitif.

Kejohanan yang telah dianjurkan oleh Persatuan Xiang Qi Bahagian Sri Aman, Persatuan Xiang Qi Bahagian Betong, dengan kerjasama SJK(C) Chung Hua Engkilili dan Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA).

Tahniah dan syabas kepada semua peserta serta pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga penganjuran kejohanan seperti ini dapat terus memupuk minat terhadap sukan Xiang Qi serta menggalakkan penglibatan komuniti dalam aktiviti yang bermanfaat.

22/08/2026
7 & 8 Ogos 2026 -Projek Intervensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bertemakan “Seir...
15/08/2026

7 & 8 Ogos 2026 -Projek Intervensi Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) bertemakan “Seiring dan Sejalan” anjuran bersama Majlis Daerah Lubok Antu dan Digital Community Centre (DCC) Engkilili, telah melibatkan 66 orang peserta terdiri dari guru-guru dari Sekolah Kebangsaan Engkilili No.2, Sekolah Kebangsaan Nanga Entalau dan orang awam.

Peserta telah didedahkan kepada penggunaan Canva, Canva AI, Canva Code, Whiteboard, Gemini dan teknologi AI bagi memperkasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih kreatif, inovatif dan interaktif.

Sesi pada 7 Ogos dikendalikan oleh Pn. Mauldia Issela anak Kintan, PKKK Sekolah Kebangsaan Tabut, Engkilili, manakala sesi 8 Ogos melibatkan empat orang fasilitator, iaitu Dr. Rahanah binti Abdul Rahman, Pn. Caroline Cathy anak Nуbun, Cik Tizarah binti Daud dan Pn. Afza Diyana binti Abdullah.

Semoga perkongsian ilmu dan kemahiran ini dapat dimanfaatkan dalam memperkukuh inovasi digital, pembelajaran bermakna, kolaborasi berkesan serta yang sesi Pembelajaran dan Pembelajaran (PdP) yang lebih menarik dan berimpak positif.

8 Ogos 2026 -Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lubok Antu (PPKK) telah menganjurkan Program Karnival Jom Sihat 2026 yang ...
10/08/2026

8 Ogos 2026 -Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lubok Antu (PPKK) telah menganjurkan Program Karnival Jom Sihat 2026 yang berlangsung di Rumah Lagan, Bulo, Lubok Antu.

Program yang telah dirasmikan oleh YB Roy Angau Anak Gingkoi, Ahli Parlimen P203 Lubok Antu, dan menjadi platform bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan, pengesanan awal serta amalan gaya hidup sihat.

Pelbagai agensi, jabatan dan pihak berkaitan turut mengambil bahagian dengan menyediakan booth pameran dan kaunter perkhidmatan untuk memberikan informasi serta khidmat kepada komuniti setempat, antaranya:
🔹 Pejabat Kesihatan Bahagian Sri Aman
🔹 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Lubok Antu
🔹 Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA)
🔹 Proton Supernau
🔹 Toyota Sri Aman
🔹 Klinik Kesihatan Lubok Antu
🔹 Unit Farmasi, Klinik Kesihatan Lubok Antu

Penglibatan agensi-agensi ini telah memberikan peluang kepada komuniti untuk mendapatkan maklumat kesihatan, khidmat nasihat serta informasi berkaitan perkhidmatan yang disediakan secara langsung.

MDLA sentiasa komited dekat bersama komuniti serta menyokong pelaksanaan program yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

6 Ogos 2026 — Eco School Activity bersempena Program Intervensi, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Keban...
07/08/2026

6 Ogos 2026 — Eco School Activity bersempena Program Intervensi, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) anjuran Majlis Daerah Lubok Antu bersama Sekolah Kebangsaan Engkilili No. 2, Engkilili

Aktiviti telah melibatkan seramai 125 orang murid dan guru dengan penglibatan fasilitator daripada Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) dan Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS. Aktiviti-aktiviti interaktif yang telah dijalankan adalah untuk memberi pendedahan mengenai kepentingan upcycle activity dalam amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle), dan memupuk kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar dan kreativiti dalam kalangan murid.

7 Ogos 2026 — Aktiviti Perpustakaan: Ilmu, Digital & Komuniti bersempena Program Intervensi, Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) anjuran Majlis Daerah Lubok Antu bersama Sekolah Kebangsaan Engkilili No. 2, Engkilili

Aktiviti diteruskan dengan advokasi Kempen Internet Selamat dan perkongsian mengenai inisiatif digital oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta edaran kit STEM oleh Sarawak Digital Economy Corporation Berhad (SDEC). Turut diadakan semasa program tersebut ialah ceramah motivasi bersama Cikgu Emmet, sebelum program diakhiri dengan sesi Hari Randau Kita yang melibatkan ibu bapa, murid dan guru.

31 Julai 2026 – Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) telah dijemput untuk membuka kios perkhidmatan iaitu Pendaftaran Sarawak...
04/08/2026

31 Julai 2026 – Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) telah dijemput untuk membuka kios perkhidmatan iaitu Pendaftaran SarawakPass dan Lesen Anjing semasa Bengkel Memperkasakan Peranan KMKK dan JKKK di Daerah Lubok Antu yang berlangsung di Rumah Kevin Serdin, Wong Panjai, Lubok Antu.

Program telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Malcolm Mussen Anak Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Batang Ai.

Penyertaan MDLA dalam program ini mencerminkan komitmen berterusan Majlis dalam memperluaskan penyampaian perkhidmatan kerajaan serta mendekatkan perkhidmatan kepada komuniti di luar bandar.

30 Julai 2026 – Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) telah melaksanakan Program Bersama Komuniti N.34 Batang Ai yang berlangs...
04/08/2026

30 Julai 2026 – Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA) telah melaksanakan Program Bersama Komuniti N.34 Batang Ai yang berlangsung di Rumah Kain, Bintong, Lubok Antu.

Semasa program tersebut, MDLA telah membuka kios Pendaftaran SarawakPass dan Lesen Anjing bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang bagi memudahkan penduduk setempat mendapatkan perkhidmatan secara terus tanpa perlu hadir ke pejabat.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Bahagian Sri Aman, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sri Aman dan AMANITA dari Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu turut hadir untuk kios perkhidmatan agensi.

Perlaksanaan program ini telah meningkatkan akses kepada perkhidmatan Majlis dengan menyediakan urusan pendaftaran dan pelesenan secara terus di lokasi komuniti. Seterusnya, melalui pelaksanaan program ini telah menjimatkan masa dan kos perjalanan penduduk, dan menggalakkan lebih ramai masyarakat mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan dengan mudah dan cepat.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr Malcolm Mussen Anak Lamoh, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.34 Batang Ai. Turut hadir semasa program ialah Puan Roselind Neging, Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak.

29 Julai 2026 - Program Saringan Kanser Bergerak MAKNA Tahun 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman telah diadakan di Dewan Ko...
03/08/2026

29 Julai 2026 - Program Saringan Kanser Bergerak MAKNA Tahun 2026 Peringkat Bahagian Sri Aman telah diadakan di Dewan Kompleks Sukan Majlis Daerah Lubok Antu. Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pengesanan awal kanser, serta menggalakkan orang ramai menjalani saringan kesihatan secara berkala bagi mengurangkan risiko dan meningkatkan peluang rawatan yang lebih berkesan.

Bersempena dengan program ini, Majlis Daerah Lubok Antu telah mengadakan Pameran Dan Kaunter Borang Pelesenan bagi memberi penerangan dan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan pelesenan yang disediakan.

Address

Majlis Daerah Lubok Antu
Lubok Antu
95800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELAB KKRS MDLA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to KELAB KKRS MDLA:

Shortcuts

Share