08/06/2026
ZIARAH PRIHATIN | DUN KENERING
Alhamdulillah, berkesempatan menziarahi Pak Cik Meor Abdullah, seorang warga emas dari Kampung Malau yang kini uzur akibat faktor usia.
Semasa ziarah tersebut, anak beliau telah memohon bantuan sebuah katil pesakit bagi memberi lebih keselesaan kepada ayahnya sepanjang menjalani kehidupan harian.
Syukur ke hadrat Allah SWT, permohonan tersebut dapat diusahakan dan sebuah katil pesakit telah diserahkan untuk kegunaan Pak Cik Meor Abdullah.
Semoga bantuan yang kecil ini dapat meringankan urusan keluarga serta memberi keselesaan kepada beliau. Sama-sama kita mendoakan agar Pak Cik Meor Abdullah dikurniakan kesihatan yang baik, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.