Media Penerangan WanitaUmno LD 188

Media Penerangan WanitaUmno LD 188 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Media Penerangan WanitaUmno LD 188, Political organisation, Lahad Datu.

‼️PERINGATAN MESRA‼️Untuk makluman kepada seluruh Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu..Setelah mendapat kelulusan...
08/06/2026

‼️PERINGATAN MESRA‼️

Untuk makluman kepada seluruh Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu..

Setelah mendapat kelulusan daripada UMNO Pusat, Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu yang dijadualkan pada 14hb Jun 2026 bersamaan pada hari Ahad akan diteruskan seperti dalam notis yang telah diedarkan ke setiap cawangan.

Oleh yang demikian, kehadiran para perwakilan amatlah diharapkan bagi menunaikan amanah dan tanggungjawab kepada parti.

Sekian dan terima kasih.

Menuai hasil, menyemai perpaduan 🤝Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾✨
30/05/2026

Menuai hasil, menyemai perpaduan 🤝

Selamat Menyambut Pesta Kaamatan 2026

Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan 🌾✨




*29hb Mei 2026 | Bilik Mesyuarat Umno Bahagian Lahad Datu*Mesyuarat bulanan Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu, dengan memf...
29/05/2026

*29hb Mei 2026 | Bilik Mesyuarat Umno Bahagian Lahad Datu*

Mesyuarat bulanan Wanita UMNO Bahagian Lahad Datu, dengan memfokuskan kepada gerak kerja bagi menghadapi PRU yang akan datang dan persiapan rapi bagi mengadakan Mesyuarat Perwakilan Wanita 2026 yang dijadualkan berlangsung awal Jun ini.

Ketua Wanita turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh Ahli Jawatankuasa atas komitmen yang diberikan. Beliau juga menzahirkan rasa syukur dan terima kasih atas kesudian ahlijawatankuasa membawa juadah, sempena sambutan Aidil Adha.

*27 hb Mei 2026 | Kg Sri Aman, Silam*Ketua Wanita menghadiri jemputan Program Ibadah Qurban,  dan agihan daging Qurban k...
29/05/2026

*27 hb Mei 2026 | Kg Sri Aman, Silam*

Ketua Wanita menghadiri jemputan Program Ibadah Qurban, dan agihan daging Qurban kepada golongan asnaf, anjuran Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu Ybhg. Tn Sharif Musa bin Sharif Mabul.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ybhg.Ir Abdul Aziz Julkarnain, Setiausaha Politik kepada YAB Timbalan Perdana Menteri.

*24 hb Mei 2026 | Kg Tabanak & Segama Lahad Datu*Ketua Wanita bersama Jawatankuasa turut bersama Naib Ketua UMNO Bahagia...
29/05/2026

*24 hb Mei 2026 | Kg Tabanak & Segama Lahad Datu*

Ketua Wanita bersama Jawatankuasa turut bersama Naib Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu merangkap Bendahari Wanita UMNO Malaysia, Ybhg. Datuk Maizatul Akmam dalam Program Ziarah golongan asnaf/sakit sempena menyambut Aidil Adha dan Kaamatan.

Beliau memberi sumbangan berupa bakul makanan & wang tunai. Semoga dengan sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban mereka.

*16 Mei 2026 | Ulu Segama, Lahad Datu*Selepas menghadiri Persidangan Cawangan Wanita UMNO di PDM Sepagaya, Ketua Wanita ...
17/05/2026

*16 Mei 2026 | Ulu Segama, Lahad Datu*

Selepas menghadiri Persidangan Cawangan Wanita UMNO di PDM Sepagaya, Ketua Wanita meluangkan masa menziarahi Ketua Wanita Cawangàn Kg Mansuli, Ulu Segama Pn. Siubi, yang baru saja kehilangan suami tercinta akibat kemalangan.

Ketua Wanita menitipkan pesan buat Pn. Siubi agar terus tabah dan cekal mendepani setiap dugaan. Semoga Allah SWT sentiasa mengurniakan kekuatan dan ketenangan buat puan Siubi dalam menghadapi hari-hari seterusnya.

*16 Mei 2026 | Kg Sepagaya, Lahad Datu*Ketua Wanita Pn. Sitti Royani Rafael menghadiri Persidangan Cawangan Wanita UMNO ...
17/05/2026

*16 Mei 2026 | Kg Sepagaya, Lahad Datu*

Ketua Wanita Pn. Sitti Royani Rafael menghadiri Persidangan Cawangan Wanita UMNO Lahad Datu, bagi PDM Sepagaya yang disempurnakan oleh Ybhg. Tn Sharif Musa bin Sharif Mabul, Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu.

Dalam suasana penuh kekeluargaan tersebut, Pn. Sitti Royani menzahirkan rasa bangga dan penghargaan kepada seluruh Ahli Wanita Cawangan di PDM Sepagaya. Beliau memuji keteguhan hati para ahli Wanita & mengingatkan agar tetap setia berdiri teguh membela perjuangan parti keramat ini.

*15 Hb Mei 2026 | Batu 5 , Tamoi Sepagaya*Ketua Wanita Pn. Sitti Royani Rafael, turut bersama Ketua UMNO Bahagian Lahad ...
16/05/2026

*15 Hb Mei 2026 | Batu 5 , Tamoi Sepagaya*

Ketua Wanita Pn. Sitti Royani Rafael, turut bersama Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu dalam lawatan mangsa kebakaran kepada dua buah keluarga di Kg Sapagaya, Batu 5.

Ketua UMNO Bahagian Tn. Sharif Musa Sharif Mabul, turut menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada mangsa kebakaran. Hadir bersama Ketua Puteri Pn. Normilah Madbaral.

10hb Mei 2026 | Kg. Sri Aman, Silam.Ketua Wanita UMNO Lahad Datu, Puan Sitti Royani Rafael bersama beberapa orang AJK Wa...
11/05/2026

10hb Mei 2026 | Kg. Sri Aman, Silam.

Ketua Wanita UMNO Lahad Datu, Puan Sitti Royani Rafael bersama beberapa orang AJK Wanita menghadiri Persidangan Tahunan Cawangan UMNO Berkelompok bagi PDM Silam yang telah dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Ybhg Tuan Sharif Musa Sharif Mabul.

Turut hadir bersama Ketua Puteri UMNO Lahad Datu, Puan Normilah Mad Baral, Naib Ketua Pemuda Sdra. Rizal Rafael dan beberapa Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Lahad Datu.

*08 Mei 2026 | Kg Sri Bahagia, Mostyn Kunak*Sebelum menghadiri Mesyuarat berkelompok Cawangan Wanita di Lormalong,  Ketu...
10/05/2026

*08 Mei 2026 | Kg Sri Bahagia, Mostyn Kunak*

Sebelum menghadiri Mesyuarat berkelompok Cawangan Wanita di Lormalong, Ketua Wanita Puan Sitti Royani Rafael bersama barisan Jawatankuasa telah meluangkan masa menziarahi Ahli Wanita Cawangan Pn. Andi Norkisah, yang kini dalam proses pemulihan akibat keracunan makanan. Beliau sebelum ini dilaporkan telah dimasukkan ke wad sebanyak dua kali akibat komplikasi tersebut.​

Seluruh kepimpinan mendoakan agar beliau dikurniakan kesembuhan yang baik dan dipermudahkan segala urusan. Aamiin..

Address

Lahad Datu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Media Penerangan WanitaUmno LD 188 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share