Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, MAIWP Labuan

Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, MAIWP Labuan Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan

Perbincangan pemangkin kejayaan...2 Mei 2026 (Sabtu) - Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL) pada hari ini telah men...
02/05/2026

Perbincangan pemangkin kejayaan...

2 Mei 2026 (Sabtu) - Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL) pada hari ini telah mengadakan program Sesi Libat Urus Kelas Bacaan Al-Quran DKL 2026 yang menjadi medan perbincangan dua hala antara pihak pentadbiran DKL dengan barisan guru pengajar Kelas Bacaan Al-Quran DKL 2026.

Platform ini digunakan sepenuhnya oleh Pengetua DKL, Ustaz Abd Fattah bin Abd Hafiz untuk berkongsi dengan para guru tentang hasrat, objektif, matlamat dan hala tuju pelaksanaan Kelas Bacaan Al-Quran yang telah ditetapkan oleh pihak DKL.

Guru-guru yang hadir turut melontarkan idea serta pelbagai cadangan penambahbaikan yang terbit daripada sudut pandang mereka.

Perbincangan yang amat positif ini mampu menjadi pemangkin kepada keberkesanan Kelas Bacaan Al-Quran DKL 2026 yang sedang dilaksanakan dan berterusan sehingga ke hujung November nanti.

Semua penghuni DKL memanfaatkan cuti sekolah di hari Jumaat ini dengan beberapa aktiviti di surau
01/05/2026

Semua penghuni DKL memanfaatkan cuti sekolah di hari Jumaat ini dengan beberapa aktiviti di surau

21/04/2026
Hujung Minggu yang Berinformasi...18 April 2026 (Sabtu) - Seluruh penghuni Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL) tel...
18/04/2026

Hujung Minggu yang Berinformasi...

18 April 2026 (Sabtu) - Seluruh penghuni Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL) telah diundang bagi sama-sama menyertai program yang penuh berinformasi iaitu Program Merentas Kampus dan Sekolah Muzium Chimney anjuran SMA MAIWPL. Program hebat ini turut mendapat kerjasama yang padu daripada beberapa agensi seperti Jabatan Muzium Wilayah Persekutuan Labuan, PDRM, AADK, Perpustakaan Labuan dan lain-lain.

Program ini diadakan di Dewan Serbaguna DKL bermula jam 8.00 pagi . Antara pengisian menarik program ini ialah pameran reruai bahan berinformasi daripada agensi-agensi yang terlibat.

Selain itu, para penghuni juga disajikan dengan slot ceramah tentang Pelibatan Komuniti dalam Pelaksanaan Program Bandar Selamat di Sabah yang disampaikan oleh Dr. Nor-Ina binti Kanyo. Beliau merupakan pensyarah yang dibawa khas dari Universiti Malaysia Sabah kampus induk.

Terima kasih dirakamkan kepada pihak pengurusan SMA MAIWPL serta semua rakan kolaborasi yang telah mewarnai cuti hujung minggu penghuni-penghuni DKL hari ini. Semoga mereka semua beroleh manfaat.

Asas Matematik terus diperkukuh12 April 2026 (Ahad) - Program Kuasai Asas Matematik DKL 2026 diadakan lagi sebagai kesin...
12/04/2026

Asas Matematik terus diperkukuh

12 April 2026 (Ahad) - Program Kuasai Asas Matematik DKL 2026 diadakan lagi sebagai kesinambungan kepada sesi tahun 2025 yang lalu.

Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memperbaiki kelemahan rata-rata penghuni DKL dalam mata pelajaran Matematik masing-masing.

Suasana aman damai dan ketenangan pantai di Kampung Pohon Batu menjadi resipi kejayaan program ini.

Kepakaran Cikgu Fazilah daripada SK Pekan Dua sekali lagi digarap dengan penuh ketilitian bagi mencapai objektif yang telah disasarkan

12/04/2026
Teknik Ulang Kaji Pelajaran11 April 2026 (Sabtu) - Puan Suriani Alland Rice Oxley @ Bakri sudah tidak asing lagi dalam h...
11/04/2026

Teknik Ulang Kaji Pelajaran

11 April 2026 (Sabtu) - Puan Suriani Alland Rice Oxley @ Bakri sudah tidak asing lagi dalam hal ehwal pembelajaran penghuni-penghuni Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL). Kali ini beliau telah tampil sebagai antara salah seorang penceramah bagi program Motivasi Kaedah Belajar DKL 2026 yang telah diadakan pada hari ini.

Program yang bertempat di Dewan Serbaguna DKL ini adalah bermatlamatkan untuk memberikan suntikan semangat baharu kepada para penghuni untuk mempergiatkan lagi aktiviti ulang kaji pelajaran mereka secara kendiri dengan kaedah-kaedah kontemporari.

Penyampaian yang penuh informatif daripada penceramah berjaya dicerna dengan baik oleh para penghuni sekaligus menjadikan mereka lebih termotivasi untuk mengharungi alam persekolahan bagi tahun 2026 ini.

03/04/2026
Ceramah Motivasi Bulanan29 Mac 2026 (Ahad) - Kedatangan semula penghuni-penghuni Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DK...
29/03/2026

Ceramah Motivasi Bulanan

29 Mac 2026 (Ahad) - Kedatangan semula penghuni-penghuni Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL) selepas bercuti di kampung halaman masing-masing sempena Hari Raya Aidilfitri disambut dengan sebuah program Ceramah Motivasi Bulanan edisi Mac 2026.

Dengan objektif untuk memberikan suntikan motivasi kepada para penghuni, sesi ceramah yang interaktif ini juga dapat mengembalikan 'mood' para penghuni untuk kembali meneruskan sesi persekolahan pada keesokan harinya selepas bercuti untuk satu tempoh yang lama.

Semoga penghuni-penghuni dapat mengharungi satu lagi tempoh tinggal di asrama dengan baik.

Riang Ria Iftar15 Mac 2026 (Ahad) - Penghuni-penghuni Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL) hari ini menikmati suasa...
16/03/2026

Riang Ria Iftar

15 Mac 2026 (Ahad) - Penghuni-penghuni Darul Kifayah MAIWP Cawangan Labuan (DKL) hari ini menikmati suasana berbuka puasa beramai-ramai di Dataran Labuan dengan penuh riang ria dan meriah.

Peluang mengunjungi Bazar Ramadan digunakan sepenuhnya oleh mereka untuk membeli pelbagai jenis juadah kegemaran sebelum kemudiannya dinikmati bersama-sama dengan rakan-rakan dalam suasana penuh santai di padang Dataran Labuan.

Kemeriahan Ramadan amat dirasai dan disulami p**a dengan keakraban silaturrahim antara sesama penghuni asrama serta warga kerja DKL.

Address

Labuan

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6087504271

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, MAIWP Labuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share