Team Buru Amal #BuruAmal - Page

Team Buru Amal #BuruAmal - Page Tangan yang memberi lebih baik dari yg menerima

22/05/2026

π—¨π—π—œπ—”π—‘ 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—¦π—˜π—•π—¨π—”π—› π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—šπ—”: π—œπ—¦π—§π—˜π—₯π—œ π—›π—œπ——π—”π—£ π—π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—š π—•π—˜π—‘π—šπ—žπ—”π—ž, π—¦π—¨π—”π— π—œ π—žπ—’π—₯π—•π—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π——π—˜π— π—œ π— π—˜π—‘π—π—”π—šπ—” 𝗔𝗠𝗔𝗑𝗔𝗛 π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›

KARANGAN, 22 Mei 2026 – Salam Sayyidul Ayyam. Pagi tadi Team Buru Amal berkesempatan merealisasikan hasrat seorang sahabat untuk menyantuni sebuah keluarga yang sedang diuji dengan kesakitan dan kehidupan serba kekurangan.

Menurut ketua keluarga, Che Zambri bin Mat, 58 tahun, isterinya Puan Saadiah binti Saleh, 45 tahun, mengalami masalah jantung bengkak yang menyebabkan pengump**an air berlebihan dalam badan (edema), dikesan sejak hujung tahun 2024.

Antara simptom yang dialami ialah kaki membengkak, cepat penat, lesu, degupan jantung tidak sekata serta kerap pening ketika berdiri. Selain itu, beliau juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah berusia 16 dan 8 tahun.

Sebelum ini, Encik Zambri bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah. Namun beliau terpaksa berhenti kerja demi memberi sepenuh perhatian menjaga isterinya yang sakit serta menguruskan keperluan anak-anak ke sekolah.

Kini mereka menetap di sebuah rumah bantuan zakat dan hanya bergantung kepada bantuan RM500 sebulan daripada pihak JKM untuk meneruskan kehidupan harian.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Puan Saadiah, dipermudahkan segala urusan keluarga ini serta diberikan kekuatan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. 🀲

Bagi insan berhati mulia yang ingin membantu, boleh hubungi keluarga ini di alamat berikut:

No. 40A
Kampung Padang Cina
09700 Karangan, Kulim, Kedah

πŸ“ž 011-2745 1760

π—¨π—π—œπ—”π—‘ 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—¦π—˜π—•π—¨π—”π—› π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—šπ—”: π—œπ—¦π—§π—˜π—₯π—œ π—›π—œπ——π—”π—£ π—π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—š π—•π—˜π—‘π—šπ—žπ—”π—ž, π—¦π—¨π—”π— π—œ π—žπ—’π—₯π—•π—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π——π—˜π— π—œ π— π—˜π—‘π—π—”π—šπ—” 𝗔𝗠𝗔𝗑𝗔𝗛 π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›KARANGAN, 22 Me...
22/05/2026

π—¨π—π—œπ—”π—‘ 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—¦π—˜π—•π—¨π—”π—› π—žπ—˜π—Ÿπ—¨π—”π—₯π—šπ—”: π—œπ—¦π—§π—˜π—₯π—œ π—›π—œπ——π—”π—£ π—π—”π—‘π—§π—¨π—‘π—š π—•π—˜π—‘π—šπ—žπ—”π—ž, π—¦π—¨π—”π— π—œ π—žπ—’π—₯π—•π—”π—‘π—žπ—”π—‘ π—žπ—˜π—₯𝗝𝗔 π——π—˜π— π—œ π— π—˜π—‘π—π—”π—šπ—” 𝗔𝗠𝗔𝗑𝗔𝗛 π—”π—Ÿπ—Ÿπ—”π—›

KARANGAN, 22 Mei 2026 – Salam Sayyidul Ayyam. Pagi tadi Team Buru Amal berkesempatan merealisasikan hasrat seorang sahabat untuk menyantuni sebuah keluarga yang sedang diuji dengan kesakitan dan kehidupan serba kekurangan.

Menurut ketua keluarga, Che Zambri bin Mat, 58 tahun, isterinya Puan Saadiah binti Saleh, 45 tahun, mengalami masalah jantung bengkak yang menyebabkan pengump**an air berlebihan dalam badan (edema), dikesan sejak hujung tahun 2024.

Antara simptom yang dialami ialah kaki membengkak, cepat penat, lesu, degupan jantung tidak sekata serta kerap pening ketika berdiri. Selain itu, beliau juga menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Pasangan ini mempunyai dua orang anak yang masih bersekolah berusia 16 dan 8 tahun.

Sebelum ini, Encik Zambri bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolah. Namun beliau terpaksa berhenti kerja demi memberi sepenuh perhatian menjaga isterinya yang sakit serta menguruskan keperluan anak-anak ke sekolah.

Kini mereka menetap di sebuah rumah bantuan zakat dan hanya bergantung kepada bantuan RM500 sebulan daripada pihak JKM untuk meneruskan kehidupan harian.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan buat Puan Saadiah, dipermudahkan segala urusan keluarga ini serta diberikan kekuatan dan rezeki yang tidak disangka-sangka. 🀲

Bagi insan berhati mulia yang ingin membantu, boleh hubungi keluarga ini di alamat berikut:

No. 40A
Kampung Padang Cina
09700 Karangan, Kulim, Kedah

πŸ“ž 011-2745 1760

19/05/2026

π——π—˜π—₯π—œπ—§π—” π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š 𝗔𝗬𝗔𝗛: 𝗣𝗔π—₯𝗨-𝗣𝗔π—₯𝗨 𝗕𝗒𝗖𝗒π—₯, π—œπ—¦π—§π—˜π—₯π—œ π—šπ—œπ—šπ—œπ—› π—•π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—” π——π—˜π— π—œ 𝟱 π—”π—‘π—”π—ž π—žπ—˜π—–π—œπ—Ÿ

YAN, 16 Mei 2026 – Team Buru Amal berkesempatan menziarahi sebuah keluarga yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan kesempitan hidup di Kampung Lubok Boi, Yan, Kedah.

Ketua keluarga, Ghazali bin Din, 45 tahun, memaklumkan bahawa sejak awal April lalu beliau sering mengalami keletihan melampau sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Petani pada 13 April 2026. Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalami masalah paru-paru bocor yang menyebabkan dirinya tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.

Beliau kini sering mengalami cepat penat, keletihan melampau serta sesak nafas sehingga menyukarkan untuk mencari rezeki seperti biasa.

Dalam keadaan itu, isterinya, Siti Alwani binti Azhar, 35 tahun, terpaksa mengambil alih tanggungjawab mencari nafkah demi menyara lima orang anak yang masih kecil berusia 13, 11, 9, 6 tahun dan seorang bayi berusia 5 bulan.

Sumber pendapatan keluarga hanyalah melalui jualan air kelapa di gerai kecil tepi jalan. Namun pendapatan yang diperoleh tidak menentu, lebih-lebih lagi ketika cuaca hujan. Mereka juga perlu berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan harian serta membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi keluarga ini di:

πŸ“ Kampung Lubok Boi
06900 Yan, Kedah
πŸ“ž +60 11-3953 8530
+01169754045

π——π—˜π—₯π—œπ—§π—” π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š 𝗔𝗬𝗔𝗛: 𝗣𝗔π—₯𝗨-𝗣𝗔π—₯𝗨 𝗕𝗒𝗖𝗒π—₯, π—œπ—¦π—§π—˜π—₯π—œ π—šπ—œπ—šπ—œπ—› π—•π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—” π——π—˜π— π—œ 𝟱 π—”π—‘π—”π—ž π—žπ—˜π—–π—œπ—ŸYAN, 16 Mei 2026 – Team Buru Amal berkesemp...
19/05/2026

π——π—˜π—₯π—œπ—§π—” π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š 𝗔𝗬𝗔𝗛: 𝗣𝗔π—₯𝗨-𝗣𝗔π—₯𝗨 𝗕𝗒𝗖𝗒π—₯, π—œπ—¦π—§π—˜π—₯π—œ π—šπ—œπ—šπ—œπ—› π—•π—˜π—₯π—‘π—œπ—”π—šπ—” π——π—˜π— π—œ 𝟱 π—”π—‘π—”π—ž π—žπ—˜π—–π—œπ—Ÿ

YAN, 16 Mei 2026 – Team Buru Amal berkesempatan menziarahi sebuah keluarga yang sedang diuji dengan masalah kesihatan dan kesempitan hidup di Kampung Lubok Boi, Yan, Kedah.

Ketua keluarga, Ghazali bin Din, 45 tahun, memaklumkan bahawa sejak awal April lalu beliau sering mengalami keletihan melampau sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Petani pada 13 April 2026. Hasil pemeriksaan mendapati beliau mengalami masalah paru-paru bocor yang menyebabkan dirinya tidak lagi mampu melakukan kerja-kerja berat.

Beliau kini sering mengalami cepat penat, keletihan melampau serta sesak nafas sehingga menyukarkan untuk mencari rezeki seperti biasa.

Dalam keadaan itu, isterinya, Siti Alwani binti Azhar, 35 tahun, terpaksa mengambil alih tanggungjawab mencari nafkah demi menyara lima orang anak yang masih kecil berusia 13, 11, 9, 6 tahun dan seorang bayi berusia 5 bulan.

Sumber pendapatan keluarga hanyalah melalui jualan air kelapa di gerai kecil tepi jalan. Namun pendapatan yang diperoleh tidak menentu, lebih-lebih lagi ketika cuaca hujan. Mereka juga perlu berjimat cermat untuk menampung perbelanjaan harian serta membayar sewa rumah sebanyak RM400 sebulan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan buat keluarga ini.

Kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi keluarga ini di:

πŸ“ Kampung Lubok Boi
06900 Yan, Kedah
πŸ“ž +60 11-3953 8530
+01169754045

π——π—˜π—₯π—œπ—§π—” π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š π—œπ—•π—¨ π—§π—¨π—‘π—šπ—šπ—”π—Ÿ: π—¦π—”π—žπ—œπ—§ 𝗕𝗨𝗔𝗛 π—£π—œπ—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝟰, 𝗧𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗖𝗔π—₯π—œ π—₯π—˜π—­π—˜π—žπ—œ π——π—˜π— π—œ π—”π—‘π—”π—ž π—§π—˜π—₯π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—šSG ACHEH, NIBONG TEBAL. 10...
10/05/2026

π——π—˜π—₯π—œπ—§π—” π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š π—œπ—•π—¨ π—§π—¨π—‘π—šπ—šπ—”π—Ÿ: π—¦π—”π—žπ—œπ—§ 𝗕𝗨𝗔𝗛 π—£π—œπ—‘π—šπ—šπ—”π—‘π—š 𝗧𝗔𝗛𝗔𝗣 𝟰, 𝗧𝗔𝗕𝗔𝗛 𝗖𝗔π—₯π—œ π—₯π—˜π—­π—˜π—žπ—œ π——π—˜π— π—œ π—”π—‘π—”π—ž π—§π—˜π—₯π—¦π—”π—¬π—”π—‘π—š

SG ACHEH, NIBONG TEBAL. 10 Mei 2026 - Petang tadi Team Buru Amal berkesempatan menziarahi seorang ibu tunggal yang sedang diuji dengan pelbagai masalah kesihatan dan kesempitan hidup di kediamannya di Kampung Sungai Air Hitam, Sungai Acheh.

Puan Halijah binti Hashim, 49 tahun, menghidap penyakit buah pinggang tahap 4 dan turut mengalami masalah jantung. Beliau yang telah bercerai sejak 4 tahun lalu kini membesarkan seorang anak lelaki, Muhammad Muhaimin bin Rafizir, 14 tahun.

Walaupun keadaan kesihatan tidak mengizinkan, Puan Halijah tetap menggagahkan diri bekerja sebagai pembantu kedai makan demi meneruskan kehidupan dan menyara anaknya. Namun, dengan keadaan kesihatan yang semakin merosot, beliau tidak lagi mampu menanggung kos sewa rumah dan kini menumpang tinggal bersama ibunya.

Ibunya, Che Sayang binti Abu Hasan, 73 tahun, juga sedang berdepan masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi, malah salah satu jarinya terpaksa dipotong akibat komplikasi penyakit.

Mereka kini menetap di:
758, Kampung Sungai Air Hitam,
Sungai Acheh, Nibong Tebal, Pulau Pinang.
+60 16-738 2957

Pihak Team Buru Amal amat berharap agar ada insan-insan berhati mulia yang sudi tampil membantu meringankan beban keluarga ini, sama ada melalui sumbangan kewangan, barangan keperluan harian mahupun doa yang berterusan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, ketabahan dan mempermudahkan segala urusan mereka sekeluarga. 🀲

05/05/2026

π—¨π—π—œπ—”π—‘ 𝗕𝗨𝗔𝗧 π—”π—žπ—§π—œπ—©π—œπ—¦ π—žπ—¨π—Ÿπ—œπ— : π— π—”π——π—œπ—˜ 𝗨𝗧𝗔π—₯𝗔 π——π—œπ—¨π—π—œ π—£π—˜π—‘π—¬π—”π—žπ—œπ—§, π—£π—˜π—₯π—Ÿπ—¨π—žπ—”π—‘ π—¦π—’π—žπ—’π—‘π—šπ—”π—‘

KULIM, 05 Mei 2026 – Malam kelmarin Team Buru Amal berkesempatan menyantuni seorang aktivis yang dikenali sebagai Madie Utara, atau nama sebenarnya En. Fazil bin Abdul Gani, diuji menghidap Penyakit Bisul dan tidak dapat bekerja sejak beberapa hari lalu.

Beliau sebelum ini banyak membantu menyalurkan maklumat, info isu semasa serta berkaitan jenayah di sekitar Daerah Kulim kepada komuniti setempat dan juga turut membantu masyarakat setempat dengan aktiviti kemasyarakatan.

Difahamkan, beliau mengalami masalah kesihatan termasuk bengkak pada bahagian leher dan bisul di bahu kiri sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di hospital. Keadaan itu menyebabkan beliau hilang punca pendapatan buat sementara waktu, lebih-lebih lagi kerana tidak mempunyai sumber pendapatan tetap.

Sehubungan itu, orang ramai yang berkemampuan dialu-alukan untuk menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan beban beliau sepanjang tempoh rawatan dan pemulihan.

Semoga segala urusan En. Fazil dipermudahkan diberikan kesembuhan segera oleh Allah SWT.

Kepada sesiapa yg berbesar hati ingin membantu boleh hubungi beliau di talian berikut:-

Taman Selasih
09000 Kulim
Kedah
πŸ“ž 011-1149 6871

03/05/2026

"π——π—¨π—šπ—”π—”π—‘ π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š 𝗔𝗬𝗔𝗛: 𝗗𝗨𝗗𝗔 𝟱𝟲 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗧𝗔𝗕𝗔𝗛 π— π—˜π— π—•π—˜π—¦π—”π—₯π—žπ—”π—‘ 𝟯 π—”π—‘π—”π—ž π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—˜π—₯𝗕𝗔 π—žπ—˜π—žπ—¨π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—œ π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—˜π— π—£π—œπ—§β€

SUNGAI YAN, 03 Mei 2026 – Pagi kelmarin, Team Buru Amal berkesempatan menziarahi dan menyantuni sebuah keluarga yang diuji dengan kehidupan serba kekurangan namun tetap cekal meneruskan kehidupan.

Ketua keluarga, Encik Mohd Farid Md Rozki (56 tahun) merupakan seorang duda yang telah berpisah sejak tiga tahun lalu. Beliau tabah membesarkan tiga orang anak yang masih dalam tanggungan, masing-masing berusia 18, 12 dan 8 tahun.

Kehidupan mereka amat sederhana apabila tinggal di sebuah rumah kecil berukuran kira-kira 12x12 kaki, yang dibina atas ihsan saudara-mara di atas tanah pusaka keluarga. Keadaan rumah yang sempit jelas tidak mencukupi untuk keselesaan mereka, lebih-lebih lagi apabila anak-anak semakin meningkat dewasa.

Bekalan elektrik p**a diperoleh dengan cara menarik sambungan (extension) dari rumah adik yang terletak bersebelahan, menggambarkan kekangan kemudahan asas yang dihadapi keluarga ini.

Dari segi pekerjaan, Encik Mohd Farid hanya mengambil upah secara kontrak sebagai buruh mengangkat baja di Kilang Nafas, Gurun. Pendapatan beliau tidak menentu dan bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan kerja harian.

Anak sulung beliau yang baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM telah menunjukkan prestasi membanggakan dengan memperoleh keputusan 3A dan lulus semua subjek. Kini, beliau sedang menunggu peluang untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 pada Jun 2026. Namun begitu, persiapan masih belum dapat dilakukan sepenuhnya akibat kekangan kewangan keluarga.

Melihat kepada keadaan ini, keluarga ini amat memerlukan bantuan untuk membina tambahan sekurang-kurangnya dua buah bilik bagi memberikan ruang yang lebih selesa, khususnya untuk anak perempuan yang semakin meningkat dewasa.

Sehubungan itu, Team Buru Amal menyeru kepada orang ramai yang berkemampuan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini.

πŸ“ Maklumat untuk dihubungi: Mohd Farid Md Rozki
No. F111, Pekan Sungai Yan
06900 Yan, Kedah
πŸ“ž 016-7386026 (Anis –
Anak)

Semoga setiap sumbangan dan keprihatinan kita menjadi asbab kebahagiaan buat mereka serta ganjaran pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

"π——π—¨π—šπ—”π—”π—‘ π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š 𝗔𝗬𝗔𝗛: 𝗗𝗨𝗗𝗔 𝟱𝟲 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗧𝗔𝗕𝗔𝗛 π— π—˜π— π—•π—˜π—¦π—”π—₯π—žπ—”π—‘ 𝟯 π—”π—‘π—”π—ž π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—˜π—₯𝗕𝗔 π—žπ—˜π—žπ—¨π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—œ π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—˜π— π—£π—œπ—§β€SUNGAI YAN, 03 ...
03/05/2026

"π——π—¨π—šπ—”π—”π—‘ π—¦π—˜π—’π—₯π—”π—‘π—š 𝗔𝗬𝗔𝗛: 𝗗𝗨𝗗𝗔 𝟱𝟲 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗑 𝗧𝗔𝗕𝗔𝗛 π— π—˜π— π—•π—˜π—¦π—”π—₯π—žπ—”π—‘ 𝟯 π—”π—‘π—”π—ž π——π—”π—Ÿπ—”π—  π—¦π—˜π—₯𝗕𝗔 π—žπ—˜π—žπ—¨π—₯π—”π—‘π—šπ—”π—‘ π——π—œ π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π—¬π—”π—‘π—š π—¦π—˜π— π—£π—œπ—§β€

SUNGAI YAN, 03 Mei 2026 – Pagi kelmarin, Team Buru Amal berkesempatan menziarahi dan menyantuni sebuah keluarga yang diuji dengan kehidupan serba kekurangan namun tetap cekal meneruskan kehidupan.

Ketua keluarga, Encik Mohd Farid Md Rozki (56 tahun) merupakan seorang duda yang telah berpisah sejak tiga tahun lalu. Beliau tabah membesarkan tiga orang anak yang masih dalam tanggungan, masing-masing berusia 18, 12 dan 8 tahun.

Kehidupan mereka amat sederhana apabila tinggal di sebuah rumah kecil berukuran kira-kira 12x12 kaki, yang dibina atas ihsan saudara-mara di atas tanah pusaka keluarga. Keadaan rumah yang sempit jelas tidak mencukupi untuk keselesaan mereka, lebih-lebih lagi apabila anak-anak semakin meningkat dewasa.

Bekalan elektrik p**a diperoleh dengan cara menarik sambungan (extension) dari rumah adik yang terletak bersebelahan, menggambarkan kekangan kemudahan asas yang dihadapi keluarga ini.

Dari segi pekerjaan, Encik Mohd Farid hanya mengambil upah secara kontrak sebagai buruh mengangkat baja di Kilang Nafas, Gurun. Pendapatan beliau tidak menentu dan bergantung sepenuhnya kepada ketersediaan kerja harian.

Anak sulung beliau yang baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM telah menunjukkan prestasi membanggakan dengan memperoleh keputusan 3A dan lulus semua subjek. Kini, beliau sedang menunggu peluang untuk melanjutkan pengajian ke Tingkatan 6 pada Jun 2026. Namun begitu, persiapan masih belum dapat dilakukan sepenuhnya akibat kekangan kewangan keluarga.

Melihat kepada keadaan ini, keluarga ini amat memerlukan bantuan untuk membina tambahan sekurang-kurangnya dua buah bilik bagi memberikan ruang yang lebih selesa, khususnya untuk anak perempuan yang semakin meningkat dewasa.

Sehubungan itu, Team Buru Amal menyeru kepada orang ramai yang berkemampuan untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini.

πŸ“ Maklumat untuk dihubungi: Mohd Farid Md Rozki
No. F111, Pekan Sungai Yan
06900 Yan, Kedah
πŸ“ž 016-7386026 (Anis –
Anak)

Semoga setiap sumbangan dan keprihatinan kita menjadi asbab kebahagiaan buat mereka serta ganjaran pahala yang berpanjangan di sisi Allah SWT.

10/04/2026

𝗧π—₯π—”π—šπ—˜π——π—œ π—žπ—˜π—•π—”π—žπ—”π—₯𝗔𝗑 π—¦π—˜π—•π—¨π—”π—› π—₯𝗨𝗠𝗔𝗛 π——π—œ π—žπ—”π— π—£π—¨π—‘π—š π—•π—¨π—žπ—œπ—§ 𝗦𝗔π—₯π—”π—‘π—š 𝗔𝗬𝗔𝗠, π—Ÿπ—¨π—‘π—”π—¦

π˜“π˜œπ˜•π˜ˆπ˜š, 10 APRIL 2026 – SALAM SAYYIDUL AYYAM. Pada sebelah pagi tadi, Team Buru Amal berkesempatan menziarahi dan menyantuni sebuah keluarga yang diuji dengan musibah kebakaran di Kampung Bukit Sarang Ayam, Lunas. Turut sama berada di lokasi Ustaz Nasrun bin Othman dan sahabat-sahabat amal dari An Nasr Care yang turut menyerahkan sumbangan.

Menurut mangsa, Mohamad Sham bin Mohd Saad, 55, kejadian kebakaran dipercayai berlaku sekitar jam 05:00 petang pada Rabu, 08 April 2026. Dipercayai berpunca daripada Kepala Paip Dapur Gas yang mengeluarkan api.

Anak lelaki mangsa telah berusaha memadamkan api menggunakan kain basah, namun gagal. Api merebak dengan cepat sehingga tidak dapat dikawal.

Keadaan api yang marak telah menyebabkan keseluruhan rumah beserta peralatan, kelengkapan, handphone dan dokumen-dokumen penting serta sebuah motorsikal musnah sepenuhnya dan tidak dapat diselamatkan.

Sehubungan itu, kepada insan-insan yang berhati mulia dan ingin membantu meringankan beban keluarga ini, sumbangan boleh disalurkan ke alamat berikut:

No 21-A
Kampung Bukit Sarang Ayam
09600 Lunas, Kedah
πŸ“ž 01114916011(Siti)
πŸ“ž 017-556 7534
(Ashraf - Anak saudara)
πŸ“ž 019-419 3055
(Marina - Adik)

Semoga Allah SWT menggantikan dengan yang lebih baik serta mengurniakan kekuatan dan ketabahan buat keluarga yang diuji.

Address

Kulim

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Buru Amal #BuruAmal - Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share