Komuniti Madani Kulai Rasmi

Komuniti Madani Kulai Rasmi Bersama membina masyarakat progresif, inklusif, sejahtera yang berteraskan konsep MADANI.

10/06/2026

๐Ÿ“ข NOTIS MAKLUMAN

KAUNTER BERGERAK PEJABAT PARLIMEN KULAI

Warga Kulai dijemput hadir mendapatkan pelbagai perkhidmatan secara terus di lokasi seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 11 Jun 2026 (Khamis)
๐Ÿ•– Masa: 7.00 pagi โ€“ 9.00 pagi
๐Ÿ“ Lokasi: Pasar Pagi Bandar Putra (berdekatan Restoran Good Coffee)
https://maps.app.goo.gl/SJuo5scLuPXt121r6?g_st=ac

Perkhidmatan yang disediakan:
โœ… Semakan STR / SARA
โœ… Kaunter Aduan & Pertanyaan
โœ… Pendaftaran MyDigital ID

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan maklumat, membuat semakan serta mengemukakan aduan secara terus bersama pasukan Pejabat Parlimen Kulai.

Jumpa esok!

๐Ÿ“ข ๅคๆฅๅฑ…ๆฐ‘่ฏทๆณจๆ„๏ผๆˆ‘ไปฌๅฐ†ไบŽๆ˜ŽๅคฉๅœจๅคชๅญๅŸŽๆ—ฉๅธ‚๏ผˆ้ ่ฟ‘ Good Coffee ๅฅฝๅ’–ๅ•ก๏ผ‰่ฎพ็ซ‹ๆตๅŠจๆœๅŠกๆŸœๅฐ๏ผŒไธบๆ‚จๆไพ›้ขๅฏน้ข็š„ๅ’จ่ฏขไธŽๆœๅŠกใ€‚

๐Ÿ—“๏ธ ๆ—ฅๆœŸ๏ผš2026ๅนด6ๆœˆ11ๆ—ฅ๏ผˆๆ˜ŸๆœŸๅ››๏ผ‰
๐Ÿ•– ๆ—ถ้—ด๏ผšไธŠๅˆ 7็‚น - 9็‚น
๐Ÿ“ ๅœฐ็‚น๏ผšๅคชๅญๅŸŽๅทดๅˆน๏ผˆ้ ่ฟ‘ Good Coffee ๅฅฝๅ’–ๅ•ก๏ผ‰

็Žฐๅœบๆไพ›ๆœๅŠก๏ผš
โœ… STR / SARA ๆดๅŠฉ้‡‘็Šถๆ€ๆŸฅ่ฏข
โœ… ๆฐ‘็”ŸๆŠ•่ฏ‰ไธŽๅ’จ่ฏขๆŸœๅฐ
โœ… MyDigital ID ใ€BUDI Madani ็ญ‰ๆณจๅ†Œ

ๆˆ‘ไปฌๆ˜Žๅคฉ่ง๏ผ

03/06/2026

๐Ÿ›ก๏ธ Mulai 1 Jun 2026, hanya individu berumur 16 tahun ke atas dibenarkan mendaftar akaun media sosial selaras dengan pelaksanaan Kod Perlindungan Kanak-Kanak (CPC) dan Kod Pengurangan Risiko (RMC). ๐Ÿ‘ง๐Ÿ’ป

Langkah ini memperkukuh keselamatan digital, memastikan akses platform bersesuaian dengan umur serta melindungi kanak-kanak dalam talian melalui tanggungjawab bersama semua pihak. ๐Ÿคโœจ




MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan proses pengeluaran dan gantian dapat berjala...
01/06/2026

MyKad Struktur Baharu akan dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan proses pengeluaran dan gantian dapat berjalan dengan lebih teratur dan lancar.

Menerusi siri infografik ini, orang ramai boleh mendapatkan maklumat berkaitan pelaksanaan MyKad Struktur Baharu, termasuk status penggunaan MyKad sedia ada, keutamaan pelaksanaan, kaedah penggantian serta langkah-langkah yang diambil bagi memastikan urusan berjalan dengan lebih sistematik.

๐Ÿ“Œ Untuk maklumat lanjut dan penerangan terperinci, sila rujuk Kenyataan Media JPN berhubung Pelaksanaan Pengeluaran dan Gantian MyKad Struktur Baharu yang telah disiarkan di platform rasmi JPN.

Fahmi Fadzil
Teo Nie Ching (ๅผ ๅฟต็พค)
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Negeri Johor
Pejabat Penerangan Daerah Kulai

30/05/2026

Salam JumaatJadikan hari ini lebih baik daripada semalam kerana setiap Jumaat adalah peluang baharu untuk mendekatkan di...
29/05/2026

Salam Jumaat

Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam kerana setiap Jumaat adalah peluang baharu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Semoga dipermudahkan segala urusan, dilimpahkan rezeki yang berkat dan dikurniakan ketenangan buat kita semua.

Komuniti MADANI Kulai

Selamat Hari Raya Aidiladha Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus menyatukan kita semua.Raikan ...
27/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha

Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang terus menyatukan kita semua.

Raikan Aidiladha dengan penuh kesyukuran, kebahagiaan dan keberkatan bersama insan tersayang. ๐Ÿค

Ikhlas daripada
Komuniti Madani Kulai

Dobi Kasih Rahmah telah menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Teo Nie Ching , Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbala...
26/05/2026

Dobi Kasih Rahmah telah menerima kunjungan daripada Yang Berhormat Teo Nie Ching , Ahli Parlimen Kulai merangkap Timbalan Menteri Komunikasi, bagi meninjau sendiri pelaksanaan inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada program Sejati MADANI atas peruntukan yang telah disalurkan sehingga memberi peluang untuk merealisasikan sebuah Dobi Komuniti demi manfaat masyarakat setempat. Inisiatif seperti ini bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam memperkasakan kesejahteraan komuniti.

Semoga Dobi Kasih Rahmah ini terus memberi kemudahan, keselesaan dan manfaat kepada penduduk sekitar, serta menjadi satu usaha yang mampu menyatukan masyarakat melalui kemudahan yang mudah diakses dan memberi impak positif kepada kehidupan harian rakyat.

Bersama membina komuniti yang lebih prihatin, sejahtera dan progresif selaras dengan prinsip Malaysia MADANI ๐Ÿค

Fahmi Fadzil
Teo Nie Ching (ๅผ ๅฟต็พค)
Jabatan Penerangan Malaysia
Jabatan Penerangan Negeri Johor
Pejabat Penerangan Daerah Kulai

Sabun pencuci lantai percuma menanti anda di Dobi Kasih Rahmah! ๐Ÿ“ Lokasi: Jalan Manggis, Kampung Pertanian, Kulai ๐Ÿ“ Goog...
20/05/2026

Sabun pencuci lantai percuma menanti anda di Dobi Kasih Rahmah!

๐Ÿ“ Lokasi: Jalan Manggis, Kampung Pertanian, Kulai
๐Ÿ“ Google Map: https://maps.app.goo.gl/GKyz84aRjCBUEPc46

Datang dan ambil selagi stok masih ada. Terhad kepada siapa cepat, dia dapat! ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ“ข PERHATIAN ANAK MUDA & IBU BAPA DI KULAI! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พBerita baik buat pelajar sekolah daripada golongan B40!Kerajaan melalui i...
15/05/2026

๐Ÿ“ข PERHATIAN ANAK MUDA & IBU BAPA DI KULAI! ๐Ÿ๏ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Berita baik buat pelajar sekolah daripada golongan B40!

Kerajaan melalui inisiatif MyLesen B2 Sekolah (MyB2S) 2026 mensasarkan seramai 60,000 pelajar untuk memperoleh lesen motosikal B2 secara PERCUMA! โœ…

Program ini merupakan kerjasama strategik antara JPJ dan KPM bagi:

โœ”๏ธ Memperkukuh budaya keselamatan jalan raya
โœ”๏ธ Meningkatkan kesedaran serta pematuhan undang-undang jalan raya
โœ”๏ธ Membantu pelajar mendapatkan lesen secara sah dan selamat

๐Ÿ’ฐ Peruntukan sebanyak RM18.5 juta telah disediakan bagi menjayakan program ini.

๐Ÿ“Œ Kepada ibu bapa dan pelajar yang layak, jangan lepaskan peluang ini!

๐Ÿ”— Mohon di sini:
https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2

๐Ÿ›๏ธ PROGRAM JUALAN RAHMAH UNTUK WARGA PARLIMEN KULAI!Ayuh hadir beramai-ramai ke Program Jualan Rahmah bagi mendapatkan p...
14/05/2026

๐Ÿ›๏ธ PROGRAM JUALAN RAHMAH UNTUK WARGA PARLIMEN KULAI!

Ayuh hadir beramai-ramai ke Program Jualan Rahmah bagi mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian pada harga lebih berpatutan demi membantu meringankan kos sara hidup rakyat. โœจ

โ™ป๏ธ Sila bawa beg sendiri.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ‘งโ€๐Ÿ‘ฆ Bawa bersama keluarga, jiran dan rakan-rakan.

๐Ÿ“Dewan Raya Serbaguna Felda Taib Andak, Kulai
๐Ÿ“… 16 Mei 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•™ 10.00 pagi - 2.00 petang
๐Ÿ“Œ https://share.google/CeENICVhBstq0OLz0

๐Ÿ“Dewan Semai Bakti Felda Bukit Batu
๐Ÿ“… 17 Mei 2026 (Ahad)
๐Ÿ•™ 10.00 pagi - 2.00 petang
๐Ÿ“Œhttps://share.google/ZUxgbnmibeh9NJ1Rs

๐Ÿ›’ Pelbagai barangan asas dan keperluan harian ditawarkan dengan harga Rahmah untuk manfaat seluruh masyarakat.

๐ŸŽŠ Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana!




Address

Kulai
81000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Komuniti Madani Kulai Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Komuniti Madani Kulai Rasmi:

Share