Datuk Ben Chong 张振彬

Datuk Ben Chong 张振彬 Pembantu Menteri Kewangan Negeri Sabah
ADUN N4 Tg Kapor
Ketua Bahagian PGRS N4 Tg Kapor

14/08/2026

TAHNIAH ANAK-ANAK KUDAT!

Setinggi-tinggi tahniah kepada para lepasan STPM dari Daerah Kudat yang berjaya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi awam di seluruh Malaysia.

Sebagai Wakil Rakyat, saya amat berbangga melihat kejayaan anak-anak Kudat melangkah lebih jauh dalam mengejar cita-cita.

Sedikit kata nasihat. Teruskan usaha, demi keluarga tercinta dan natijahnya bahawa Kudat tidak harus ketandusan pemimpin-pemimpin pelapis dari kalangan Anak Jati Kudat sendiri.

- YB Datuk Ben Chong-


KUDAT | 13 OGOS 2026Sesampainya dari Kota Kinabalu ke Daerah Kudat, beliau terus menghadiri sendiri Mesyuarat Jawatankua...
13/08/2026

KUDAT | 13 OGOS 2026

Sesampainya dari Kota Kinabalu ke Daerah Kudat, beliau terus menghadiri sendiri Mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah Daerah Kudat Siri 3/2026.

Tugasan kementerian tidak menghalang YB Datuk Ben Chong melaksanakan amanahnya kepada rakyat di DUN yang dicintai. Inilah sifat terpuji Wakil Rakyat sebenar DUN N4 Tanjong Kapor.

Negeri & Daerah itu sama-sama penting dihati beliau.

-admin-



YB Datuk Ben Chong sedia maklum ada anak-anak Kudat sudah mula menerima tawaran kemasukan IPTA/IPTS terutama lepasan STP...
11/08/2026

YB Datuk Ben Chong sedia maklum ada anak-anak Kudat sudah mula menerima tawaran kemasukan IPTA/IPTS terutama lepasan STPM.

📢 HEBAHAN TAJAAN PENDIDIKAN SABAH (PTPS) 🎓

Ingin melanjutkan pengajian tetapi memerlukan bantuan kewangan?
Kini pelbagai tajaan dan biasiswa boleh dipohon melalui Portal Tajaan Pendidikan Sabah (PTPS).

Antara tajaan yang tersedia:
✅ Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS)
❌ Yayasan Sabah (Permohonan telah ditutup)
✅ Zakat & Fitrah MUIS
✅ Baitulmal Sabah
✅ Pejabat Tugas-Tugas Khas (BUDI, BAIK & SUBFLY)

📌 Jangan lepaskan peluang untuk merebut bantuan pendidikan bagi meringankan beban pengajian anda.

Kredit: official fb 'esentral'.

-admin-



Untuk belia-belia Sabah...PELUANG KERJAYA & LATIHAN DALAM INDUSTRI SEMIKONDUKTOR! ⚡Anda belia berumur 18-30 tahun dan ma...
10/08/2026

Untuk belia-belia Sabah...

PELUANG KERJAYA & LATIHAN DALAM INDUSTRI SEMIKONDUKTOR! ⚡

Anda belia berumur 18-30 tahun dan masih mencari peluang pekerjaan? Jom sertai K-YOUTH DEVELOPMENT PROGRAMME: NEXT-GEN SEMICONDUCTOR UPSKILLING PROGRAMME!

Program latihan intensif selama 4 bulan ini direka khas untuk melengkapkan anda dengan kemahiran tinggi dalam industri semikonduktor!

💡 KENAPA ANDA WAJIB SERTAI?
✅ Jaminan Penempatan Pekerjaan (Place & Train)
✅ Gaji Bulanan RM1,700 (termasuk caruman KWSP, PERKESO & EIS)
✅ Kemudahan Disediakan:
• Uniform & Bahan Latihan
• Perlindungan Insurans
• Elaun Pendahuluan (termasuk Tiket Penerbangan)
• Bantuan Penginapan sepanjang latihan di PT3 & industri

📌 STRUKTUR PROGRAM (4 BULAN):
🔹 1 Bulan: Latihan Teori/Praktikal di PT3 (Teaching Factory, UTeM Melaka)
🔹 3 Bulan: Latihan Praktikal Dalam Industri

📋 SYARAT KELAYAKAN:
✔️ Warganegara Malaysia
✔️ Berumur 18 – 30 tahun
✔️ Mempunyai SPM / SPMV / SKM
✔️ Sihat tubuh badan & tidak bekerja
✔️ Tidak pernah menyertai program K-Youth Development Programme sebelum ini

📲 CARA MEMOHON:
Imbas Kod QR pada poster atau layari laman web rasmi di jpsm.sabah.gov.my untuk pendaftaran!

📞 UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
Hubungi: En. Mohd Rafael Zaidy Suyong (Seksyen Digital & Inovasi)
Talian: 088-218722

-admin-

08/08/2026

KUDAT | 8 OGOS 2026

YB Datuk Ben Chong, Pembantu Menteri Kewangan 1 merangkap ADUN N4 hadir bagi merasmikan program Borneo Festival of Ideas (BFOI) yang berlangsung di Dewan Tun Mustapha, Kudat hari ini.

Program ini merupakan satu platform yang cukup bermakna dalam menghimpunkan idea kreatif, penyelidikan dan inovasi bagi diterjemahkan kepada penyelesaian praktikal yang memberi manfaat kepada masyarakat serta menyokong pembangunan ekonomi di Borneo.

BFOI 2026 merupakan kesinambungan daripada Sabah Festival of Ideas (SFOI) 2025, yang kini diperluaskan ke lima zon iaitu Beaufort, Lahad Datu, Ranau, Kudat dan Kota Kinabalu/Tuaran.
Menariknya, BFOI@Kudat telah menerima sebanyak 94 penyertaan daripada empat (4) sub-pertandingan, memberikan ruang kepada peserta untuk mengetengahkan idea dan inovasi masing-masing.

Antara inovasi tempatan yang turut diketengahkan ialah Bakul Sia Rinago, produk kraftangan masyarakat Rungus yang menggabungkan bahan moden dengan seni anyaman tradisional rinago. Inovasi sebegini membuktikan bahawa warisan tempatan boleh terus dikembangkan melalui kreativiti dan pendekatan baharu yang relevan dengan keperluan masa kini.

Hadir bersama dalam program ini ialah:
🔹 YBhg. Prof. Ir. Dr. Rosalam Hj. Sarbatly, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UMS
🔹 YBrs. Encik Viktor Sikain, Pemangku Ketua Pegawai Penyelidik (ACRO), IDS
🔹 YBrs. Tuan Charles William Dabbi, Pegawai Daerah Kudat
🔹 YBrs. Tuan Johnny Samson, Setiausaha Rendah (Pentadbiran), Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan
🔹 YBrs. Prof. Madya Dr. Fatimah Binti Ahmedy, Pengarah Pusat Pengurusan Inovasi dan Pengkomersialan, UMS
🔹 En. Md Sazali Md Salleh, Pengarah U-Science, Jabatan Perpustakaan
serta para juri, peserta dan hadirin.

Bagi YB Datuk Ben Chong, usaha memperkukuhkan budaya inovasi bukan sekadar berkaitan teknologi, tetapi juga bagaimana idea, ilmu dan kreativiti anak-anak tempatan dapat diterjemahkan menjadi manfaat sebenar kepada komuniti.

Dari idea, lahir inovasi. Dari inovasi, tercipta masa depan.

-admin-


🚨 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KINI DIBUKA UNIVERSITI MILIK PENUH KERAJAAN SABAH‼️Program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana M...
07/08/2026

🚨 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU KINI DIBUKA UNIVERSITI MILIK PENUH KERAJAAN SABAH‼️

Program Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda & Sarjana
📅 Kemasukan Sesi SEPTEMBER 2026

Terbuka kepada semua lepasan SPM, STPM, Diploma, dan Ijazah yang ingin melanjutkan pengajian di University College Sabah Foundation (UCSF).

➡️Untuk mendaftar secara online, klik di sini: https://forms.gle/VSiVqLJxSKXAGG51A

🌟 Mengapa Memilih UCSF?
✒ Institusi milik penuh Yayasan Sabah di bawah Kerajaan Negeri Sabah.
✒ Program pengajian diiktiraf oleh MQA dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT).
✒ Diiktiraf sebagai institusi "Berdaya
Saing" melalui penarafan SETARA 2022.
✒ Yuran pendaftaran PERCUMA.
✒ Kemudahan asrama dalam kampus yang selesa, lengkap dan selamat.
✒ Lokasi strategik di tengah bandaraya Kota Kinabalu dengan fasiliti moden dan kondusif untuk pembelajaran.

Pelbagai kemudahan pembiayaan dan bantuan pendidikan disediakan kepada calon yang layak, tertakluk kepada syarat serta kelulusan pihak yang berkenaan:
✅Biasiswa Yayasan Sabah (bagi kursus terpilih yang mempunyai tawaran biasiswa)
✅Pinjaman Yayasan Sabah (𝙏𝙖𝙣𝙥𝙖 𝙛𝙖𝙚𝙙𝙖𝙝)
✅Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah
✅Biasiswa Merit UCSF
✅PTPTN
✅KWSP
✅Bantuan Zakat (𝙋𝙚𝙡𝙖𝙟𝙖𝙧 𝙈𝙪𝙨𝙡𝙞𝙢 𝙎𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖)

Pembiayaan di atas adalah Tertakluk kepada terma dan syarat. Terma dan syarat boleh berubah dari semasa ke semasa.

➡️ Untuk berhubung dengan kakitangan kami, hubungi atau WhatsApp kami di
talian:
En. Adie - https://wa.me/60149691688
Pn. Jurianah - https://wa.me/60108201269
En. Arbot - https://wa.me/60146605627

➡️ Layari web kami di www.ucsf.edu.my
Facebook UCSF : https://www.facebook.com/ucsfmalaysia

-admin-


IDEA ANDA BOLEH JADI PRODUK PASARAN! Jom sertai Cabaran Geran Mikro Pengkomersialan (CGMP) 2026 sempena Borneo Festival ...
03/08/2026

IDEA ANDA BOLEH JADI PRODUK PASARAN!

Jom sertai Cabaran Geran Mikro Pengkomersialan (CGMP) 2026 sempena Borneo Festival of Ideas 2026 bagi Zon 4: Kudat! 🌟

Program ini membantu inovator, usahawan, penyelidik dan pelajar membawa idea atau prototaip ke arah pengkomersialan melalui sokongan validasi pasaran, penjenamaan & pembungkusan (branding & packaging), perlindungan harta intelek, serta akses kepada industri dan pelabur.

🎁 3 pemenang utama bagi Zon Kudat akan menerima baucar bernilai RM1,000 seorang untuk aktiviti pengkomersialan inovasi!

📍 Dewan Tun Mustapha, Kudat
📅 8 Ogos 2026
🎯 Penyertaan PERCUMA!

📌 Daftar sekarang:
https://forms.gle/m7qmhrsge2DSm8Ru5

🔥Peluang mendapatkan geran berniaga.

🔥 Tempat adalah terhad — rebut peluang ini dan jadikan inovasi anda sebuah produk yang berjaya di pasaran!

-admin-


31/07/2026

[Sorotan} -

Apakah rakyat Sabah tahu?

RM100j PERUNTUKAN UNTUK BANTUAN PENDIDIKAN ANAK-ANAK NEGERI SABAH.

📍Sabah International Convention Center(SICC)

🗓️30 JULAI 2026.

-admin-

KUNJUNGAN RASMI JABATAN PENERANGAN KUDAT SEMPENA PROGRAM HARI SABAH 2026Terima kasih kepada rombongan Jabatan Penerangan...
29/07/2026

KUNJUNGAN RASMI JABATAN PENERANGAN KUDAT SEMPENA PROGRAM HARI SABAH 2026

Terima kasih kepada rombongan Jabatan Penerangan Kudat atas kunjungan rasmi ke Pejabat ADUN N4 Tanjong Kapor sempena menyemarakkan Program Hari Sabah 2026.

Pertemuan ini menjadi ruang memperkukuh hubungan kerjasama, bertukar pandangan serta mempereratkan silaturahim demi manfaat dan kemajuan masyarakat Kudat.

Semoga semangat Sabah Maju Jaya terus menjadi pemangkin dalam membina negeri yang lebih maju, harmoni dan sejahtera.

-admin-

📢 PERMOHONAN KINI DIBUKA! Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah mempelawa belia Sabah yang berkelayakan untuk ...
28/07/2026

📢 PERMOHONAN KINI DIBUKA!

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah mempelawa belia Sabah yang berkelayakan untuk menyertai Program Jaminan Kualiti dan Kawalan Kualiti (Quality Assurance/Quality Qontrol–QaQc).

✅ Syarat Permohonan:
• Warganegeri Sabah
• Lelaki dan wanita
• Berumur 18 hingga 35 tahun
• Lulus SPM/SPMV/SKM2/SKM3
• Sihat tubuh badan

🎁 Kemudahan Disediakan:
🍽️ Makan dan minum
🏠 Penginapan dan Pengangkutan
👕 Baju uniform
🛡️ Insurans berkelompok
✈️ Tiket kapal terbang
👷‍♂️Penempatan Pekerjaan
💵 Elaun Bulanan
💯 Kursus adalah PERCUMA!

📍 Tempat Kursus: Kulim Hi–Tech park (KHTP), Kedah
📆 Tempoh Kursus: 3 bulan

📲 Imbas kod QR pada poster

⚠️ Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Ogos 2026.

Belia-belia Kudat, jangan lepaskan peluang Kursus PERCUMA untuk tingkatkann kemahiran.

-admin-


Address

Friendly Town
Kudat
89050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Datuk Ben Chong 张振彬 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share