Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM

Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM, Government Organization, Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), d/a Pangkalan Udara Kuantan, Kuantan.

Halaman ini adalah laman rasmi INSPRA yang memaparkan info semasa
dan perkembangan terkini berkaitan usaha serta inisiatif INSPRA dalam membina komuniti yang lebih progresif dan berdaya saing

"Raikan Aidiladha bersama insan tersayang dengan penuh syukur dan tanggungjawab. Pandu cermat, utamakan keselamatan sert...
26/05/2026

"Raikan Aidiladha bersama insan tersayang dengan penuh syukur dan tanggungjawab. Pandu cermat, utamakan keselamatan serta sentiasa berwaspada demi melindungi nyawa dan harta benda."

๐๐ž๐ฌ๐š๐ง๐š๐ง ๐๐š๐ซ๐ข ๐๐จ๐ฆ๐›๐š ๐๐š๐ง๐ ๐ค๐š๐ฅ๐š๐ง

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—— ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ฆ๐—œ๐—– ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—™๐—™๐—œ๐—– ๐—–๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ (๐—•๐—”๐—ง๐—–๐—ข) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ...
24/05/2026

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—”๐—ž๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—ก๐—–๐—”๐—ก๐—” ๐—ง๐—ฅ๐—˜๐—— ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ฌ๐—”๐— ๐—ฃ๐—”๐—œ๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—œ๐—๐—œ๐—Ÿ ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—”๐—ฆ๐—œ๐—– ๐—”๐—œ๐—ฅ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—™๐—™๐—œ๐—– ๐—–๐—ข๐—ก๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—Ÿ ๐—ข๐—™๐—™๐—œ๐—–๐—˜๐—ฅ (๐—•๐—”๐—ง๐—–๐—ข) ๐—ฆ๐—œ๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฐ๐Ÿต/๐Ÿฎ๐Ÿฑ

๐—ž๐—จ๐—”๐—ก๐—ง๐—”๐—ก โ€“ Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pemakaian Lencana Tred, Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Basic Air Traffic Control Officer (BATCO) Siri 49/25 di Auditorium Sekolah Bomba dan Penyelamat (SBM).

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Brig Jen Mohd Shahfreen bin Baba TUDM selaku Trade Master Kawalan Lalu Lintas Udara (KLLU) dan turut dihadiri oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM, Ketua Pengarah PUTD, Brig Jen Zaki bin Abu, Komander Pangkalan PU Kuantan, Kol Baharin bin Mohamad TUDM, serta warga INSPRA dan keluarga peserta kursus.

Kursus yang berlangsung selama 38 minggu bermula 1 September 2025 hingga 22 Mei 2026 telah berjaya melahirkan 13 graduan. Anugerah Peserta Terbaik Amali telah dimenangi oleh LtM Nurul Hafizah binti Zeul Gabeli TUDM, manakala Anugerah Peserta Terbaik Teori dan Keseluruhan disandang oleh LtM Muhammad Ashraf bin Abd Mokti TUDM.Kursus ini bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam bidang kawalan lalu lintas udara bagi melahirkan pegawai yang kompeten dan berkemampuan melaksanakan tugas dengan berkesan.

Dalam ucapan penutupnya, YBhg Brig Jen Mohd Shahfreen bin Baba TUDM merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta atas kejayaan menamatkan kursus. Beliau turut menekankan kepentingan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta menyeru seluruh warga TUDM untuk terus mengukuhkan semangat kerjasama demi kecemerlangan organisasi.

Selepas majlis, para hadirin dibawa melawat SKTU bagi menyaksikan demonstrasi simulator di Self Training Facility (STF) dan Radar Surveillance Simulator (RSS) sebagai pendedahan kepada latihan yang dilalui oleh peserta sepanjang kursus.

โ€˜Latihan Asas Kecekapanโ€™
โ€˜Kuasa Udara Perisai Kedaulatan Negaraโ€™
โ€˜Sentiasa Diangkasa Rayaโ€™

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐€๐Ž๐“ ๐’๐Š๐“๐”, ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐๐“๐Ž๐๐†, ๐๐€๐‡๐€๐๐†.๐๐„๐๐“๐Ž๐๐†, ๐Ÿ– ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Sekolah Kawalan Trafik ...
13/05/2026

๐‹๐€๐“๐ˆ๐‡๐€๐ ๐€๐Œ๐€๐‹๐ˆ ๐Œ๐€๐Ž๐“ ๐’๐Š๐“๐”, ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€ ๐ƒ๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‰๐ˆ๐–๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ ๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐๐“๐Ž๐๐†, ๐๐€๐‡๐€๐๐†.

๐๐„๐๐“๐Ž๐๐†, ๐Ÿ– ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” โ€“ Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah melaksanakan latihan amali Mobile Air Operation Team (MAOT) bagi peserta Kursus Basic Air Traffic Controller (BATCO) Siri 49/25 dari 5 hingga 8 Mei 2026 di Bentong, Pahang.

MAOT merupakan pasukan yang menyediakan sokongan komunikasi dan koordinasi trafik udara di kawasan operasi, latihan serta bencana alam. Latihan ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai pelaksanaan Flight Information Service (FIS) dalam operasi ketenteraan dan latihan taktikal.

Selain meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta, latihan ini juga membantu meningkatkan tahap kesiapsiagaan mereka dalam mengendalikan operasi udara secara selamat dan teratur.
Secara keseluruhannya, latihan ini telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

Pada 7 Mei 2026, SKTU dan INSPRA turut melaksanakan Program Jiwa MADANI: Sentuhan Kasih Asnaf dan Aspirasi Kerjaya Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik.

Program tersebut diketuai oleh Komandan INSPRA, Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM bersama warga SKTU serta peserta Kursus BATCO Siri 49/25. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan antara warga tentera dan masyarakat setempat serta memberi pendedahan mengenai peluang kerjaya dalam TUDM.

Antara pengisian utama program ialah sesi perkongsian mengenai organisasi dan kerjaya dalam TUDM yang mendapat sambutan positif daripada anak-anak Badan Amal Nur Zaharah.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian cenderahati dan sumbangan barangan keperluan harian oleh Komandan INSPRA kepada Penyelia Badan Amal Nur Zaharah, Puan Nursyazwanie.

Program ini dilihat sebagai medium terbaik dalam mengukuhkan hubungan antara ATM, TUDM dan masyarakat setempat. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama warga Badan Amal Nur Zaharah.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐‹๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐“๐‘๐„๐ƒ, ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‚ ๐€๐ˆ๐‘ ๐’๐”๐‘๐•๐„๐ˆ๐‹๐‹๐€๐๐‚๐„ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐“๐Ž๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐๐€๐’๐Ž๐‚) ๐’๐„๐‘...
11/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐‹๐„๐๐‚๐€๐๐€ ๐“๐‘๐„๐ƒ, ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐€๐’๐ˆ๐‚ ๐€๐ˆ๐‘ ๐’๐”๐‘๐•๐„๐ˆ๐‹๐‹๐€๐๐‚๐„ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐“๐Ž๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐๐€๐’๐Ž๐‚) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ“๐Ÿ”/๐Ÿ๐Ÿ“ & ๐†๐๐€๐ƒ ๐–๐„๐€๐๐Ž๐ ๐’๐˜๐’๐“๐„๐Œ ๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐ˆ๐€๐ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ (๐†๐–๐’๐“๐‚) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ‘/๐Ÿ๐Ÿ”

๐Ÿ– ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐Ÿ”, ๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐ - Sekolah Kawalan Pertahanan Udara (SKPU), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pemakaian Lencana Tred, Penyampaian Sijil serta Penutup bagi Basic Air Surveillance Operator Course (BASOC) Serial 56/25 dan GBAD Weapon System Technician Course (GWSTC) Serial 13/26 bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) yang telah disempurnakan oleh Trade Master Kawal & Lapor, Kol Md Rizam bin Ahmad TUDM, diiringi oleh Pemangku Komandan INSPRA, Lt Kol Mazura binti Mahamood TUDM. Majlis juga turut dihadiri Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian, barisan Jurulatih INSPRA serta ahli keluarga Peserta Kursus BASOC Serial 56/25.

Bagi BASOC Serial 56/25 terdiri daripada 30 x anggota LLP. Kursus telah bermula pada 3 Nov 25 dan tamat pada 8 Mei 26. Objektif kursus ini adalah untuk melatih anggota Non-Trademan sebagai anggota Juruteknik Pengawasan Udara dengan memberikan pengetahuan asas dan kemahiran untuk melaksanakan tugas sebagai Operator Pengawasan Udara. Peserta kursus juga akan dinaikkan ke Band 2 setelah lulus menjalani kursus ini. Bagi Peserta Terbaik Amali disandang oleh LU II Prevelley Julik. Bagi Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan p**a disandang oleh LU II Muhammad Yusuf bin Abdullah.

Bagi GWSTC Serial 13/26 terdiri daripada 7 x anggota LLP. Kursus telah bermula pada 6 Apr 26 dan tamat pada 8 Mei 26. Objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk melatih anggota Juruteknik Pengawasan Udara (JPU) dalam melaksanakan tugas sebagai GBAD Liaison Officer dan pengenalan kepada system persenjataan GBAD. Bagi Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan GWSTC Serial 13/26 berjaya dirangkul oleh F/Sjn Mohd Zulhafizie bin Che Din.

Melalui ucapan penutup, YBhg Trade Master Kawal & Lapor telah merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua peserta kursus dan turut memberi nasihat sebagai pedoman para peserta kursus untuk berkhidmat di unit kelak. YBhg Trade Master juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga kerana sudi hadir bagi menyaksikan peserta kursus BASOC Serial 56/25 dipakaikan lencana tred.

Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran kedua-dua kursus ini.

โ€œLatihan Asas Kecekapanโ€, โ€œKuasa Udara Perisai Kedaulatan Negaraโ€, โ€œSentiasa Diangkasa Rayaโ€

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐,30 April 2026 โ€“ Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU) telah melaksanakan Ma...
04/05/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐€๐๐†๐†๐Ž๐“๐€ ๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐,30 April 2026 โ€“ Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU) telah melaksanakan Majlis Pemakaian Pangkat F/Sjn Mohd Noor Hairry bin Mohahlip yang berlangsung di Kelas Saidina Hamzah, SKTU.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Komandan INSPRA, YBhg Kol Mohammed Firdauz bin Haji Osman TUDM, dan diiringi oleh Pemangku Ketua Sekolah SKTU, Mej Noor Azreen binti Abdullah TUDM.

Anggota berkenaan telah dinaikkan pangkat kepada Pegawai Waren Udara II (PW U II) berkuat kuasa mulai 6 Januari 2026 dan membuat tugas sebagai PW Sel Piawaian dan Peperiksaan (P&P) SKTU.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik penghargaan dan kenang-kenangan sempena majlis tersebut.

โ€œKUASA UDARA PERISAI KEDAULATAN NEGARA
SENTIASA DI ANGKASARAYA
LATIHAN ASAS KECEKAPANโ€

๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐‹๐€๐‡๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‹๐€๐‘๐€๐๐†๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, 29 April 2026 โ€“ Institut Latihan Pengurusan Ruang Ang...
04/05/2026

๐‚๐„๐‘๐€๐Œ๐€๐‡ ๐Š๐„๐’๐„๐ƒ๐€๐‘๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐‹๐€๐‡๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐ƒ๐€๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐‡๐€๐ ๐“๐„๐‘๐‹๐€๐‘๐€๐๐†

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, 29 April 2026 โ€“ Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah menganjurkan satu ceramah kesedaran penyalahgunaan dadah dengan menjemput pegawai daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Program ini telah diadakan pada jam 1400H bertempat di Auditorium Sekolah Bomba dan Penyelamat.

Program tersebut melibatkan penyertaan penuntut kursus serta staf INSPRA, dengan objektif untuk meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah dalam kalangan warga INSPRA. Dalam ceramah yang disampaikan, pegawai AADK telah menekankan kesan buruk penyalahgunaan dadah terhadap kesihatan, institusi kekeluargaan serta kesejahteraan masyarakat.

Selain itu, para peserta turut didedahkan kepada langkah-langkah pencegahan serta pendekatan pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak AADK dalam menangani masalah ketagihan dadah. Perkongsian kes-kes sebenar turut menarik perhatian peserta dan memberikan gambaran yang jelas tentang implikasi penyalahgunaan dadah.

Sesi soal jawab yang diadakan pada akhir program menyaksikan penglibatan aktif daripada penuntut kursus dan staf, sekali gus mencerminkan keprihatinan mereka terhadap isu tersebut.
Penganjuran program seperti ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran dalam kalangan warga INSPRA serta menyumbang ke arah melahirkan masyarakat yang bebas daripada gejala dadah.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’๐…๐‹๐ˆ๐†๐‡๐“ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ (๐…๐Ž๐Œ) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ•/๐Ÿ๐Ÿ”๐ƒ๐€๐ ๐€๐ƒ๐•๐€๐๐‚๐„ ๐€๐ˆ๐‘ ๐“๐‘๐€๐…๐…๐ˆ๐‚ ๐‚๐Ž๐๐“๐‘๐Ž๐‹...
29/04/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’
๐…๐‹๐ˆ๐†๐‡๐“ ๐Ž๐๐„๐‘๐€๐“๐ˆ๐Ž๐ ๐Œ๐€๐๐€๐†๐„๐Œ๐„๐๐“ (๐…๐Ž๐Œ) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ•/๐Ÿ๐Ÿ”
๐ƒ๐€๐ ๐€๐ƒ๐•๐€๐๐‚๐„ ๐€๐ˆ๐‘ ๐“๐‘๐€๐…๐…๐ˆ๐‚ ๐‚๐Ž๐๐“๐‘๐Ž๐‹ ๐€๐’๐’๐ˆ๐’๐“๐€๐๐“ (๐€๐€๐“๐‚๐€) ๐’๐„๐‘๐ˆ๐€๐‹ ๐Ÿ“8/๐Ÿ๐Ÿ”

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, 29 April 2026 โ€“ Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU) telah melaksanakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Flight Operation Management (FOM) Serial 27/26 serta Advance Air Traffic Control Assistant (AATCA) Serial 58/26 yang berlangsung di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) ini telah disempurnakan oleh Pemangku Komandan INSPRA, YBhg Lt Kol Mohd Amin bin Abdul Wahab TUDM diiringi oleh Pemangku Ketua Sekolah SKTU, Mej Noor Azreen binti Abdullah TUDM.

Kursus FOM Serial 27/26 telah disertai oleh seramai 23 orang peserta berpangkat Koperal Udara, manakala Kursus AATCA Serial 58/26 melibatkan 27 orang peserta terdiri daripada seorang Koperal Udara dan 26 orang Laskar Udara Kanan. Kesemua peserta adalah daripada pelbagai unit dalam Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Kedua-dua kursus ini telah dilaksanakan selama 16 minggu bermula Januari hingga April 2026, dengan objektif memperkasa pengetahuan, kemahiran serta kompetensi anggota dalam bidang pengurusan operasi penerbangan dan bantuan kawalan trafik udara. Kesemua peserta telah berjaya menamatkan kursus dengan prestasi yang membanggakan.

Bagi Kursus FOM Serial 27/26, Kpl U Nexon bin Alus telah dinobatkan sebagai Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan, manakala bagi Kursus AATCA Serial 58/26, LUK Sasikala a/p Gunasargan telah dianugerahkan sebagai Peserta Kursus Terbaik Keseluruhan.

Dalam ucapan beliau, Pemangku Komandan INSPRA merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kejayaan menamatkan kursus dengan cemerlang. Beliau turut menegaskan agar segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya serta dikongsi bersama warga unit masing-masing demi memperkukuhkan kesiapsiagaan dan keupayaan TUDM secara keseluruhan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik penghargaan dan kenangan atas kejayaan para peserta sepanjang tempoh latihan yang telah dilalui.

โ€œKUASA UDARA PERISAI KEDAULATAN NEGARA
SENTIASA DI ANGKASARAYA
LATIHAN ASAS KECEKAPANโ€

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐“๐‘๐€๐ƒ๐„ ๐ˆ๐๐’๐“๐‘๐”๐‚๐“๐Ž๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ โ€“ ๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐€๐๐ƒ ๐‘๐„๐’๐‚๐”๐„ (๐“๐ˆ๐‚ ๐…&๐‘) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ...
28/04/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐€๐Š๐€๐ˆ๐€๐ ๐๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐€๐ ๐’๐ˆ๐‰๐ˆ๐‹ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐๐„๐๐”๐“๐”๐ ๐“๐‘๐€๐ƒ๐„ ๐ˆ๐๐’๐“๐‘๐”๐‚๐“๐Ž๐‘ ๐‚๐Ž๐”๐‘๐’๐„ โ€“ ๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐€๐๐ƒ ๐‘๐„๐’๐‚๐”๐„ (๐“๐ˆ๐‚ ๐…&๐‘) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ/๐Ÿ๐Ÿ”

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, 23 APRIL 2026 โ€“ Komandan Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), Kol Mohammed Firdauz bin Hj Osman TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat dan Penyampaian Sijil serta Penutup Trade Instructor Course โ€“ Fire and Rescue (TIC F&R) Siri 10/26 yang berlangsung dengan penuh istiadat di Auditorium Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), INSPRA.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Ketua Jurulatih Latihan, Lt Kol Sharidan bin Nemad TUDM, Ketua-ketua Sekolah dan Bahagian serta barisan jurulatih INSPRA.

Dalam majlis tersebut, seorang anggota LLP daripada Sekolah Kawalan Pertahanan Udara, Sjn U Aiman bin Razali, telah dinaikkan pangkat kepada Pemangku F/Sjn. Kenaikan pangkat ini mencerminkan pengiktirafan terhadap komitmen, kompetensi serta prestasi cemerlang beliau sepanjang perkhidmatan.

Kursus TIC F&R Siri 10/26 telah disertai oleh 2 pegawai dan 8 anggota PTTK daripada pelbagai unit, bermula pada 30 Mac 2026 hingga 24 April 2026. Kursus ini bertujuan melahirkan jurulatih Bomba yang kompeten, berdisiplin dan berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas latihan selaras dengan kehendak RMAF Occupational Specification.

Sepanjang kursus, para peserta telah melalui latihan intensif merangkumi lima modul utama iaitu Basic Instructional Technique (BIT), Training Administration (TA), Work Place Assessor (WPA), Trade Instructional Practical (TIP) serta Trade School Induction (TSI) yang dirangka bagi memperkukuh aspek pengetahuan, kemahiran dan kepimpinan sebagai jurulatih.

Majlis ini bukan sahaja menandakan kejayaan penamatan kursus, malah menjadi platform pengiktirafan terhadap kecemerlangan anggota dalam meningkatkan profesionalisme dan kesiapsiagaan perkhidmatan.

Komandan INSPRA dalam ucapannya menzahirkan penghargaan serta merakamkan ucapan tahniah kepada anggota yang dinaikkan pangkat dan para peserta kursus yang berjaya menamatkan latihan. Beliau turut menegaskan agar segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dimanfaatkan sepenuhnya dalam memperkasakan keupayaan organisasi.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai simbolik kenangan dan penghargaan terhadap pencapaian yang telah diraih.

"KUASA UDARA PERISAI KEDAULATAN NEGARA
SENTIASA DI ANGKASARAYA
LATIHAN ASAS KECEKAPAN"

๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐ƒ๐ฎ๐š ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ˆ๐‰๐“๐”๐Š๐ฎ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง, 23 April 2026 โ€“ Kump**an Inovatif dan Kreati...
27/04/2026

๐ˆ๐๐’๐๐‘๐€ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐ฅ ๐ƒ๐ฎ๐š ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐Š๐ž๐ฌ๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ฆ๐ฉ๐š๐ค ๐“๐ข๐ง๐ ๐ ๐ข ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐ˆ๐‰๐“๐”

๐Š๐ฎ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง, 23 April 2026 โ€“ Kump**an Inovatif dan Kreatif (KIK) INSPRA telah berjaya melaksanakan sesi pembentangan dan persembahan projek kepada YBhg Brig Jen Mohd Azwan bin Mohd Pohari TUDM, Inspektorat Jeneral TUDM sempena lawatan kerja beliau ke INSPRA baru-baru ini.

Dalam sesi tersebut, INSPRA telah mengetengahkan dua (2) projek inovasi berimpak tinggi iaitu NASBAC-M 2 dan SSKAS. Projek NASBAC-M 2 merupakan hasil kolaborasi antara Sekolah Kawalan Trafik Udara (SKTU) dan Sekolah Komunikasi (SKOM) yang memfokuskan kepada penggunaan kad akses pintar berteknologi tinggi. Inovasi ini bukan sahaja membolehkan penjejakan lokasi peserta kursus secara masa nyata ketika latihan luar, malah turut menyimpan maklumat digital peribadi yang penting bagi memudahkan tindakan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Sementara itu, projek SSKAS yang dibangunkan melalui kerjasama Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM) bersama Cawangan Bantuan INSPRA memberi penekanan kepada aspek pencegahan kebakaran domestik. Sistem ini direka untuk mengesan situasi berisiko seperti aktiviti memasak tanpa pengawasan serta mengeluarkan amaran awal melalui bunyi buzzer berintensiti tinggi. Mekanisme ini bertindak sebagai intervensi pantas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, sekali gus mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

Kedua-dua projek ini telah menerima maklum balas yang amat positif daripada YBhg IJTU yang menyifatkannya sebagai inovasi berpotensi tinggi serta relevan untuk diperluaskan kepada kump**an sasaran yang lebih luas.

Pembentangan ini mencerminkan komitmen berterusan INSPRA dalam memperkasakan budaya inovasi serta menghasilkan solusi praktikal yang mampu meningkatkan tahap keselamatan, di samping berpotensi untuk dikomersialkan.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐ˆ๐ˆ (๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐’๐€๐…๐„๐“๐˜ ๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐ˆ๐€๐) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ’๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ”๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, 20 April 2026 โ€“ Sekolah B...
24/04/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐๐Ž๐Œ๐๐€ ๐๐„๐๐ˆ๐๐†๐Š๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‹๐€๐’ ๐ˆ๐ˆ (๐…๐ˆ๐‘๐„ ๐’๐€๐…๐„๐“๐˜ ๐“๐„๐‚๐‡๐๐ˆ๐‚๐ˆ๐€๐) ๐’๐ˆ๐‘๐ˆ ๐Ÿ’๐Ÿ/๐Ÿ๐Ÿ”

๐Š๐”๐€๐๐“๐€๐, 20 April 2026 โ€“ Sekolah Bomba dan Menyelamat (SBM), Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA) telah mengadakan Majlis Pembukaan Kursus Bomba Peningkatan Kelas II (Fire Safety Technician) Siri 41/26 bertempat di Auditorium SBM.

Majlis pembukaan ini telah disempurnakan oleh Mej Muhamad Zamri bin Harun TUDM, Ketua Sekolah Bomba dan Menyelamat, dengan diiringi oleh Kapt Mohamad Khairul bin Abdul Razak TUDM, Ketua Sel Bantuan. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Pegawai Waran-Pegawai Waran serta barisan jurulatih.

Kursus FST Siri 41/26 ini disertai oleh seramai 24 anggota PK LLP dan telah bermula pada 20 April 2026 serta dijangka tamat pada 21 Ogos 2026. Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih peserta agar mampu mengaplikasikan prosedur keselamatan kebakaran bangunan, melaksanakan pemeriksaan, pengujian dan senggaraan sistem perlindungan kebakaran, serta mengendalikan alat bantuan pernafasan seperti yang digariskan dalam RMAF Occupational Specification.

Pihak INSPRA merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada semua peserta kursus dan berharap agar mereka dapat memberikan komitmen sepenuhnya sepanjang tempoh latihan bagi mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.

"KUASA UDARA PERISAI KEDAULATAN NEGARA
SENTIASA DI ANGKASARAYA
LATIHAN ASAS KECEKAPAN"

Address

Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa (INSPRA), D/a Pangkalan Udara Kuantan
Kuantan
25990

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Latihan Pengurusan Ruang Angkasa-INSPRA TUDM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share