Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang

Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang Page Facebook Rasmi JKDM Pahang

UCAPAN SEMPENA SAMBUTANHARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026MOleh: Cawangan Komunikasi KorporatSempena menyambut Hari Raya Ai...
26/05/2026

UCAPAN SEMPENA SAMBUTAN
HARI RAYA AIDILADHA 1447H / 2026M
Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang.

Semoga Aidiladha yang penuh keberkatan ini menjadi medan untuk kita menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul.

Diharapkan semangat Aidiladha ini terus menyatukan warga kerja dalam memperkukuhkan budaya kerja yang Cekap, Tangkas dan Berintegriti selaras dengan aspirasi jabatan ke arah penyampaian perkhidmatan kastam yang unggul kepada negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah Kastam Negeri Pahang






© 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

MESYUARAT PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2026Oleh: Cawangan Komunikasi KorporatBENTO...
25/05/2026

MESYUARAT PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2026
Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

BENTONG, Bilik Mesyuarat Utama Kg Baru JKDM Bentong, 21 MEI 2026 – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang telah mengadakan Mesyuarat Program Kampung Angkat MADANI Jabatan Kastam Diraja Malaysia Tahun 2026 yang dipengerusikan oleh Pengarah Kastam Negeri Pahang, Tuan Mohd Asri bin Seman.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Ketua Kastam Daerah Bentong, Puan Hafipah binti Noh selaku tuan rumah mesyuarat bersama Ketua Bahagian KPSM Pahang, Tuan Khairul Azmi bin Hasan.

Turut hadir wakil daripada Kolej Vokasional Tengku Ampuan Afzan Bentong iaitu Cikgu Mad Halim bin Yahya dan Puan Wan Nur Syuhada binti Wan Semail selaku wakil penasihat perwakilan pelajar. Selain itu, mesyuarat turut disertai oleh wakil daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Bentong iaitu Tuan Ahmad Bashar selaku Jurutera Bangunan bersama Encik Mohamad Ifwat dan Encik Edrous ,Penolong Jurutera JKR Bentong.

Mesyuarat ini turut melibatkan penyertaan secara dalam talian daripada wakil Ibu Pejabat JKDM bagi membincangkan pelaksanaan projek di Kampung Angkat MADANI JKDM Tahun 2026.

Antara perkara yang dibincangkan termasuk perancangan pelaksanaan projek, pembahagian tugasan serta penyelarasan kerja bagi memastikan setiap aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan teratur, berkesan dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.







©️ 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI JKDM TAHUN 2026Oleh: Cawangan Komunikasi KorporatBENTONG, Kg B...
20/05/2026

MESYUARAT DAN LAWATAN TAPAK PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI JKDM TAHUN 2026
Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

BENTONG, Kg Baris Jawi-Jawi, 14 MEI 2026 – Satu mesyuarat dan lawatan tapak bagi Program Kampung Angkat MADANI JKDM Tahun 2026 telah diadakan di Kg Baris Jawi-Jawi yang dipengerusikan oleh Tok Empat Kampung, Encik Rahman.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri wakil daripada Ibu Pejabat JKDM iaitu Tuan Kelly Lau dan Puan Intan Baizura binti Yahya bersama wakil-wakil penduduk Kampung Baris Jawi-Jawi.

Turut hadir selaku tuan rumah ialah Ketua Kastam Daerah Bentong, Puan Hafipah binti Noh bersama Tuan Khairul Azmi bin Hasan dan delegasi.
Mesyuarat tersebut diadakan bagi memberi penerangan berhubung projek-projek yang dicadangkan untuk dilaksanakan di bawah Program Kampung Angkat MADANI JKDM Tahun 2026 di samping memperincikan lokasi serta kemudahan yang akan dibangunkan.

Sesi turut diteruskan dengan lawatan tapak ke beberapa lokasi cadangan bagi meninjau kesesuaian kawasan serta memastikan pelaksanaan program dapat berjalan dengan lancar dan memberi manfaat kepada komuniti setempat.







© 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KIMIA MALAYSIA NEGERI PAHANG KE PEJABAT PENGARAH KASTAM NEGERI PAHANGOleh: Cawangan Komunikasi...
18/05/2026

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH KIMIA MALAYSIA NEGERI PAHANG KE PEJABAT PENGARAH KASTAM NEGERI PAHANG
Oleh: Cawangan Komunikasi Korporat

KUANTAN, Wisma SAS, 12 MEI 2026 – Pengarah KIMIA Malaysia Negeri Pahang, ChM Wan Ahmad Ashadi bin Wan Mohd Kamil telah mengadakan kunjungan hormat bersama delegasi ke Pejabat Pengarah Kastam Negeri Pahang di Wisma SAS.

Kehadiran delegasi tersebut telah disambut oleh Pengarah Kastam Negeri Pahang, Tuan Mohd Asri bin Seman bersama Ketua Bahagian Penguatkuasaan, Tuan Abd Halim bin Mohd Khalid serta Ketua Bahagian PERTEK, Puan Suhaila binti Abd Ghani.

Dalam sesi tersebut, Pengarah KIMIA Malaysia Negeri Pahang menegaskan bahawa hubungan kerjasama antara Jabatan Kimia Malaysia dan JKDM Pahang sentiasa berada pada tahap yang amat baik khususnya dalam aspek operasi, penguatkuasaan dan perkongsian kepakaran.

Kunjungan hormat ini turut menjadi platform bagi kedua-dua jabatan bertukar pandangan, amanat bersama serta memperkukuhkan hubungan strategik ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif dan berintegriti.







© 2026 Cawangan Komunikasi Korporat | JKDM Pahang

01/05/2026
01/05/2026

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐊𝐄𝐑𝐉𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟔

Selamat Menyambut Hari Pekerja yang disambut pada 1 Mei 2026.

Mengangkat tema “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”, marilah kita bersama menghargai setiap keringat dan pengorbanan warga kerja yang menjadi tulang belakang pembangunan negara.

Semoga semangat dedikasi, profesionalisme dan integriti terus diperkukuh dalam melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing, sejahtera dan berdaya tahan.

Ikhlas daripada
YBhg. Dato’ Haji Amran bin Haji Ahmad
Ketua Pengarah Kastam &
Seluruh Warga Jabatan Kastam Diraja Malaysia

𝗖𝗘𝗞𝗔𝗣 • 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦 • 𝗜𝗡𝗧𝗘𝗚𝗥𝗜𝗧𝗜




©️ 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐨𝐦𝐮𝐧𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐊𝐨𝐫𝐩𝐨𝐫𝐚𝐭 | 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐓𝐀𝐌 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀

Address

Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, Indera Mahkota 14
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share