13/11/2025
🎉 *Program Budaya@Komuniti: PESTA BUDAYA BERA 2025* 🎊
Tarikh: 8 & 9 November 2025
Lokasi: Tapak Pekan Sehari, Kg. Durian Tawar
Syukur Alhamdulillah, *Pesta Budaya Bera* telah berlangsung dengan penuh meriah dan jayanya! Pelbagai aktiviti menarik telah memeriahkan suasana seperti *pasar terapung, bot berhias, kenduri rakyat, persembahan kesenian, permainan tradisional dan pameran jualan tempatan*.
Sambutan hangat daripada masyarakat setempat membuktikan bahawa seni dan budaya terus hidup subur dalam komuniti kita.
*Terima kasih* kepada semua pihak yang terlibat — dari peserta, pengunjung, urus setia hingga ke komuniti tempatan yang menjayakan program ini.
Sama-sama kita terus memartabatkan warisan budaya tanah air! 🇲🇾✨