Dato Indera Hj Mustaffar Kamal

Dato Indera Hj Mustaffar Kamal Penyelaras Dewan Negeri (DN) Beserah

Alhamdulillah, hari ini saya juga berkesempatan bertentang mata dan menyantuni sendiri para penerima Bakti Negeri Pahang...
30/04/2026

Alhamdulillah, hari ini saya juga berkesempatan bertentang mata dan menyantuni sendiri para penerima Bakti Negeri Pahang bagi minggu ini. Momen seperti ini cukup menyentuh hati. Mwelihat sendiri senyuman dan rasa syukur mereka menjadi penguat semangat untuk terus berkhidmat.

Untuk makluman semua, inilah hasil daripada peruntukan sebanyak RM15,000 yang diberikan kepada ADUN dan Penyelaras DUN. Ia dizahirkan dalam bentuk bakul makanan yang mampu memberi manfaat kepada kira-kira 300 penerima yang memerlukan pada setiap minggu.

Penerima bantuan p**a berbeza setiap minggu, memastikan lebih ramai yang dapat dibantu secara adil dan menyeluruh. Secara keseluruhannya, inisiatif ini memberi sinar harapan kepada sekitar 1,200 penerima setiap bulan hasil keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang.

Jadi, sudahla tidak perlu bersangka tidak baik terhadap inisiatif bernas ini, kerana ia hanya mendatangkan mudarat. Apa yang lebih utama adalah bagaimana kita bersama-sama menyokong usaha kebajikan ini agar manfaatnya terus sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Semoga setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sahaja meringankan beban, malah menjadi tanda bahawa mereka tidak pernah dilupakan. InsyaAllah, usaha membantu rakyat akan terus diperkasa demi kesejahteraan bersama.

Penyerahan Cek Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang Hari ini saya menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada Sa...
30/04/2026

Penyerahan Cek Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang

Hari ini saya menyerahkan cek sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada Saudara Udaiyappan A/L U Vengadasalam untuk bantuan perubatan.

Semoga sumbangan ini dapat membantu meringankan kos rawatan serta memberi sedikit kelegaan kepada beliau dan keluarga dalam menghadapi ujian kesihatan ini.

Turut bersama dalam sesi penyerahan ini ialah Saudara Mr Raveentharan A/L U Vengadasalam, Pengerusi MIC Indera Mahkota.

Doa kami agar beliau diberikan kesembuhan yang segera dan dipermudahkan segala urusan.

Ziarah Cakna Penyelaras DUN Beserah 30 April 2026 | 2.00 petang  Petang ini saya berkesempatan menziarahi seorang pesaki...
30/04/2026

Ziarah Cakna Penyelaras DUN Beserah

30 April 2026 | 2.00 petang

Petang ini saya berkesempatan menziarahi seorang pesakit yang sedang diuji dengan ketumbuhan di bahagian kepala dan telah menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur.

Dalam ziarah ini, saya sempat bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan berupa katil hospital bagi memudahkan urusan penjagaan dan keselesaan beliau di rumah.

Semoga bantuan kecil ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban keluarga. Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan.

Dry run PDM Air Putih, Air Putih Baru dan Alor Akar malam tadi berjalan lancar.Saya sempat turun padang bertemu jentera,...
30/04/2026

Dry run PDM Air Putih, Air Putih Baru dan Alor Akar malam tadi berjalan lancar.

Saya sempat turun padang bertemu jentera, melihat sendiri persiapan di peringkat akar umbi serta menyelaras gerak kerja bagi memastikan setiap PDM berada dalam keadaan siap siaga.

Komitmen dan semangat yang ditunjukkan amat membanggakan. Inilah kekuatan kita — kerja berpasukan, kesungguhan dan disiplin dalam memastikan gerak kerja tersusun.

InsyaAllah, dengan usaha berterusan, kita akan terus memperkukuh jentera demi memastikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Hari ini saya menyerahkan Cek Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada penerima di DUN Beserah dan ianya berlangsung deng...
29/04/2026

Hari ini saya menyerahkan Cek Sumbangan Kerajaan Negeri Pahang kepada penerima di DUN Beserah dan ianya berlangsung dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab.

Setiap sumbangan ini bukan sekadar bantuan, tetapi tanda keprihatinan dan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat sentiasa terbela.

Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan, dan kepada para penerima, semoga bantuan dan sumbangan ini mampu meringankan beban dan memberi sinar harapan.

Hari ini saya memulakan langkah dengan menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Balok hingga ke Chendor menerusi Progra...
28/04/2026

Hari ini saya memulakan langkah dengan menziarahi beberapa buah rumah di sekitar Balok hingga ke Chendor menerusi Program Ziarah Kasih Penyelaras DUN Beserah.

Dalam setiap kunjungan, saya berpeluang bertanya khabar, mendengar sendiri keluhan serta aduan rakyat, dan pada masa yang sama mewakili YAB Menteri Besar Pahang menyampaikan cek sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Ziarah ini bukan sekadar hadir melihat, tetapi menyantuni dengan hati,mendengar dengan teliti, memahami dengan empati, dan membantu dengan penuh tanggungjawab.

InsyaAllah, kebajikan rakyat akan terus menjadi keutamaan. Tiada siapa yang harus dipinggirkan, dan setiap suara akan terus diperjuangkan demi kesejahteraan bersama.

Hari ini saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Indera Mahkota Putra yang berlangsung di Sri Manja ...
26/04/2026

Hari ini saya berkesempatan merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Cawangan Indera Mahkota Putra yang berlangsung di Sri Manja Hotel sebentar tadi.

Kehadiran yang cukup memberangsangkan jelas mencerminkan semangat dan komitmen ahli-ahli yang terus utuh bersama perjuangan parti. Inilah kekuatan sebenar UMNO di peringkat akar umbi kesetiaan, kesepaduan dan kesungguhan dalam memastikan parti terus relevan dan diyakini rakyat.

Perbincangan yang berlangsung juga cukup matang dan membina, dengan pelbagai pandangan serta cadangan demi memperkukuh gerak kerja parti di masa hadapan.

InsyaAllah, dengan semangat kebersamaan ini, kita akan terus melangkah ke hadapan dengan lebih yakin dan tersusun.

Memenuhi jemputan ke Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Jiran Wanita KRT PASDEC Makmur, Indera Mahkota 2.Progra...
25/04/2026

Memenuhi jemputan ke Majlis Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Jiran Wanita KRT PASDEC Makmur, Indera Mahkota 2.

Program sebegini bukan sahaja mengimarahkan bulan penuh keberkatan, malah mengeratkan lagi ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.

Semoga segala usaha dan pengorbanan semua pihak dalam menjayakan majlis ini diberkati serta terus menjadi pemangkin kepada pembinaan komuniti yang harmoni dan sejahtera.



Usai program di SK Pelabuhan, saya terus ke pejabat bagi menyantuni rakyat serta menyampaikan sumbangan Bakti Negeri Pah...
24/04/2026

Usai program di SK Pelabuhan, saya terus ke pejabat bagi menyantuni rakyat serta menyampaikan sumbangan Bakti Negeri Pahang kepada mereka yang memerlukan.

Alhamdulillah, sebanyak 300 bakul makanan telah berjaya diagihkan pada minggu ini. Setiap bantuan yang disampaikan bukan sekadar sumbangan, tetapi tanda keprihatinan dan tanggungjawab yang tidak pernah terhenti.

Amanah ini jelas — untuk rakyat, demi rakyat. Selagi ada yang memerlukan, selagi itulah usaha ini akan terus digerakkan.




Hari ini saya memulakan pagi dengan merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga SK Pelabuhan Tahun 2026.Melihat semangat anak-an...
24/04/2026

Hari ini saya memulakan pagi dengan merasmikan Kejohanan Sukan Olahraga SK Pelabuhan Tahun 2026.

Melihat semangat anak-anak yang begitu berkobar-kobar, bertungkus lumus dan memberikan usaha terbaik dalam setiap acara benar-benar menyuntik rasa bangga. Inilah generasi masa depan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga aktif dan berdaya saing dalam bidang sukan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta, guru-guru serta pihak penganjur yang telah menjayakan kejohanan ini dengan begitu baik.

Terima kasih juga atas jemputan untuk saya merasmikan program yang penuh makna ini. Semoga semangat kesukanan ini terus subur dalam diri setiap pelajar.

Hari ini saya berkesempatan hadir ke Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang (I.M Pahang) – Program Barakah Haji (Per...
23/04/2026

Hari ini saya berkesempatan hadir ke Majlis Penyampaian Inisiatif Makmur Pahang (I.M Pahang) – Program Barakah Haji (Perantau) yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Shah Alam.

Bersama YAB Menteri Besar Pahang, program ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan rakyat Pahang termasuk mereka yang berada di perantauan. Inisiatif ini bukan sahaja memberi manfaat, malah memperkukuh semangat kebersamaan dan ukhuwah sesama anak Pahang walau di mana jua berada.

Semoga usaha ini terus diberkati dan memberi impak yang besar kepada rakyat serta negeri tercinta.




Address

Parlimen Indera Mahkota
Kuantan
252500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dato Indera Hj Mustaffar Kamal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share