Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang

Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang Jabatan Kimia Malaysia adalah sebuah organisasi yang menyediakan khidmat analisis makmal, perundingan dan penyelidikan dalam bidang kimia dan forensik

27/05/2026

20 Mei 2026, Kuantan - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (KIMIA Pahang) telah telah dijemput sebagai pempamer bersemp...
20/05/2026

20 Mei 2026, Kuantan - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (KIMIA Pahang) telah telah dijemput sebagai pempamer bersempena dengan Karnival Akademik dan Hari Koperasi di SMK Beserah pada hari ini.

Seramai 8 orang petugas telah ditugaskan untuk mengendalikan pameran berkenaan fungsi serta peranan KIMIA Malaysia serta aktiviti saintifik secara hands-on bersama para pelajar. Dianggarkan penyertaan adalah seramai 500 orang pelajar sekolah. Pameran ini turut disertai oleh pelbagai agensi lain seperti SWCorp, Pejabat Kesihatan Negeri, ADTEC, Angkatan Pertahanan Awam, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM)

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur dan SMK Beserah atas jemputan ini. Semoga pameran yang dijalankan dapat memberi manfaat dan inspirasi kepada semua pelajar.






18 Mei 2026, Kuantan - Satu sesi taklimat bagi pelaksanaan Projek Penyelenggaraan dan Baikpulih Bangunan Sedia Ada Jabat...
18/05/2026

18 Mei 2026, Kuantan - Satu sesi taklimat bagi pelaksanaan Projek Penyelenggaraan dan Baikpulih Bangunan Sedia Ada Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (KIMIA Pahang) bagi Tahun 2026 telah diadakan pada 18 Mei 2026 di Bilik Mesyuarat Kimia Pahang. Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan skop kerja yang terlibat serta pembentangan penggunaan bahan Camar Prefab Modular di dalam projek tersebut.






16/05/2026

🌸✨ SELAMAT HARI GURU 2026 ✨🌸

“Guru Bitara Nadi Negara”

Di sebalik setiap kejayaan, pasti ada insan bergelar guru yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu, membentuk peribadi dan meniupkan harapan buat generasi masa depan. 📚🍎

Terima kasih cikgu…
Kerana sabar mendidik,
Tidak pernah lelah membimbing,
Dan sentiasa menjadi cahaya dalam perjalanan anak bangsa menuju kejayaan. 💜

Sesungguhnya jasa dan pengorbanan para guru amat bernilai serta akan terus dikenang sepanjang zaman.

Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di Malaysia. Semoga terus diberi kekuatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam mendidik anak bangsa. 🌷

Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi dan Warga Kerja KIMIA Malaysia





12 Mei 2026, Pahang - Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (Kimia Pahang) , ChM Encik Wan Ahmad Ashadi bin Wan ...
12/05/2026

12 Mei 2026, Pahang - Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (Kimia Pahang) , ChM Encik Wan Ahmad Ashadi bin Wan Mohd Kamil telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Ybrs. Tuan Mohd Asri bin Seman, Pengarah Kastam Negeri Pahang pada 12 Mei 2026. Sesi kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh ChM. Puan Suraini binti Mat Yasin, Ketua Bahagian Industri dan Tarif Kastam, ChM. Encik Mohd Shahir bin Zakaria, Ketua Seksyen Kriminalistik , ChM Encik Noor Iman bin Mokhtar dan Puan Norazlinda binti Abdul Shukor. Beberapa isu turut dibincangkan di dalam pertemuan tersebut disamping penyaluran maklumat-maklumat terkini yang berkaitan dengan perkhidmatan di KIMIA Malaysia dan cadangan peluang penambahbaikan perkhidmatan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak.






09 Mei 2026, Pahang - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (KIMIA Pahang) telah dijemput sebagai panel wawancara dan pem...
09/05/2026

09 Mei 2026, Pahang - Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (KIMIA Pahang) telah dijemput sebagai panel wawancara dan pempamer bersempena dengan Karnival Kemahiran dan Kerjaya Kimia Malaysia, K4M pada 09 Mei 2026 yang diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program anjuran bersama UIAM serta Institut Kimia Malaysia (IKM) ialah sebuah program perkongsian ilmu berkaitan kerjaya khususnya dalam bidang Kimia disamping mempromosikan bidang Kimia & STEM kepada pelajar dan masyarakat melalui pameran interaktif dan perkongsian ilmu.
Seramai dua orang pegawai sains daripada Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA Malaysia) iaitu ChM Puan Suraini binti Mat Yasin dan ChM Encik Muhammad Fazli bin Mad Saad telah dijemput sebagai panel dalam segmen perkongsian ilmu berkenaan dengan kerjaya sebagai ahli kimia.






04 Mei 2026, Pahang - Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (Kimia Pahang) , ChM Encik Wan Ahmad Ashadi bin Wan ...
04/05/2026

04 Mei 2026, Pahang - Pengarah Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (Kimia Pahang) , ChM Encik Wan Ahmad Ashadi bin Wan Mohd Kamil telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Pahang pada 04 Mei 2026. Pertemuan strategik ini memfokuskan kepada Permohonan Tanah bagi Projek Pembangunan Bangunan Baharu KIMIA Pahang di bawah RMK-13 (RP3). Usaha ini merupakan langkah proaktif jabatan bagi memastikan kelangsungan operasi analisis saintifik yang lebih moden dan efisien.

Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah memohon kerjasama Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti lot tanah yang lebih strategik di sekitar Bandar Kuantan bagi menampung keperluan kompleks makmal moden.

Pihak Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PTG Pahang atas sokongan dan maklum balas positif yang diberikan. Kerjasama ini amat bermakna dalam usaha memperkasakan kualiti perkhidmatan kimia demi kesejahteraan rakyat.






01/05/2026

🌟 Selamat Menyambut Hari Pekerja 2026 🌟

“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada seluruh warga kerja atas dedikasi, komitmen dan usaha yang tidak pernah luntur dalam memacu kecemerlangan organisasi serta pembangunan negara. 💼✨

Semoga setiap titik peluh yang dicurahkan menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih gemilang, serta terus menyumbang kepada kemajuan Malaysia yang berdaya saing. 🇲🇾

Ikhlas daripada:
Pengurusan Tertinggi & Warga Kerja KIMIA Malaysia





24 April 2026, Pahang - Satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (Kimia Pahang) pad...
24/04/2026

24 April 2026, Pahang - Satu Majlis Perpisahan telah diadakan di Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang (Kimia Pahang) pada 24 April 2026 bagi meraikan Pegawai Sains Gred C12, Encik Mohd Tauronazmi bin Ismail yang berpindah ke Jabatan Kimia Malaysia Negeri Terengganu (KIMIA Terengganu).

Seluruh warga Kimia Pahang mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di jabatan ini.
Semoga pertukaran ini memberi satu peluang untuk berkembang, berkongsi ilmu dan mencipta kenangan berharga. Jasamu dikenang dan semoga berjumpa lagi.






Address

Jalan Dato' Bahaman, Alor Akar
Kuantan
25662

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Kimia Malaysia Negeri Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share