MTIB Wilayah Timur

  • Home
  • MTIB Wilayah Timur

MTIB Wilayah Timur Organisasi Kerajaan Penubuhan
MTIB ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Pemerbadanan) 1973 [Akta 105].

Latar Belakang
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia atau lebih dikenali sebagai MTIB adalah sebuah Badan Berkanun Persekutuan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) yang bertanggungjawab dalam menerajui dan memajukan industri perkayuan negara. MTIB berperanan sebagai penyelaras dalam merangka polisi dan strategi bagi membangunkan industri perkayuan negara supaya ia berdaya

saing di pasaran tempatan dan antarabangsa. Akta ini adalah sebuah Akta Persekutuan Malaysia yang dibuat pada 1 Jun 1973 yang merupakan satu pertubuhan perbadanan atau sebuah agensi badan berkanun persekutuan di bawah naungan dan seliaan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK). Bagi memastikan MTIB terus menjadi agensi peneraju dalam pembangunan industri perkayuan negara, Akta 105 telah melalui satu pindaan secara menyeluruh pada tahun 2010 dan seterusnya telah dikuatkuasakan melalui penyiaran dalam Warta Kerajaan pada 15 Mac 2011. Lokasi Pejabat MTIB Wilayah Timur

MTIB Kota Bharu
Pt 436, Bandar Baru Tunjung,
Jalan Kuala Krai,
15100 Kota Bharu
KELANTAN

Tel : 609 - 748 3824
Fax : 609 - 747 7343

Stesen Pemeriksaan Rantau Panjang
Pusat Pemeriksaan Dagangan Eksport,
Gual Nering,
17200 Rantau Panjang,
KELANTAN

Tel : 609 - 795 2366
Fax : 609 - 795 2377

MTIB Kuala Terengganu
PT 37838, Tingkat 1 & 2,
Rimba Square,
Jalan Gong Pak Damat,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu. Tel : 609 - 626 2711
Fax : 609 - 626 2712

MTIB Kuantan
B 54, Jalan IM 3/10, BIM Point
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan
PAHANG

Tel : 609 - 573 5062/ 63
Fax : 609 - 573 5064

Stesen Pemeriksaan Pelabuhan Kuantan
Lot 6, Bangunan Kebajikan LPKN
Tanjung Gelang
25720 Kuantan
PAHANG

Tel : 609 - 583 6809
Fax : 609 - 583 6810

13/05/2026

SELAMAT BERSARA ENCIK ZAINUDDIN BIN MAMAT

MTIB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas perkhidmatan cemerlang yang telah disumbangkan sekian lama kepada MTIB dan negara.

Didoakan semoga tuan sentiasa sihat dan sejahtera sepanjang tempoh persaraan kelak.

Selamat bersara dan selamat maju jaya dalam fasa baharu kehidupan. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati dan merahmati tuan sekeluarga.

"Kayu Berjasa, Bakti Dikenang."







See less

13/05/2026

📢 Tingkatkan Kemahiran Seni Ukiran Anda Ke Peringkat Seterusnya‼️

Adakah anda seorang Tukang Ukir kayu dengan pengetahuan asas yang ingin menguasai teknik ukiran yang lebih rumit, halus, dan bernilai tinggi❓Jangan lepaskan peluang keemasan ini‼️

Kami menjemput anda untuk menyertai KURSUS UKIRAN KAYU (PERTENGAHAN) yang dianjurkan oleh Bahagian Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB):

📅 Tarikh: 21 hingga 24 Jun 2026
📍 Tempat: Desa Ukiran Kayu (DUK) Besut, Terengganu
💰 Yuran Penyertaan: RM50.00 Sahaja
⚠️ TEMPAT ADALAH TERHAD!

PENGUKIR malaysia










📢 Pertandingan Fotografi sempena pameran Wood Lifestyle fair Wilayah Timur tema kayu Malaysia kelestarian terus keunggul...
13/05/2026

📢 Pertandingan Fotografi sempena pameran Wood Lifestyle fair Wilayah Timur tema kayu Malaysia kelestarian terus keunggulan‼️

🎁 Hadiah menarik menanti

📅 Tempoh penyertaan:
13 Mei hingga 03 Jun 2026

Kategori:
✅Sekolah Kebangsaan: Tahun 1- Tahun 6

✅Sekolah Menengah: Tingkatan 1- Tingkatan 6

Boleh rujuk poster untuk syarat penyertaan, sepesikasi foto dan cara penyertaan.

Boleh hubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan maklumat lanjut








PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERKAYUAN DI NEGERI PAHANG   ( ANATOMI DAN PENGECAMAN KAYU MALAYSIA )14 - 16 APRI...
08/05/2026

PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN INDUSTRI PERKAYUAN DI NEGERI PAHANG ( ANATOMI DAN PENGECAMAN KAYU MALAYSIA )

14 - 16 APRIL 2026 | Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang

Program Peningkatan Kemahiran Industri Perkayuan di Negeri Pahang telah di laksanakan pada 14 – 16 April 2026 bertempat di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang . Program Kemahiran Industri ini di adakan bagi tujuan pendedahan kepada peserta industri di Negeri Pahang tentang kaedah serta teknik bagi pengecaman spesis kayu dan wood anatomi kayu Malaysia. Sasaran penyertaan program adalah dari golongan usahawan bumiputra Negeri Pahang, Jabatan Kerajaan yang berkaitan dengan penggunaan kayu serta pihak yang berminat untuk mempelajari kursus ini. Program ini diadakan secara sepenuh masa di mana para peserta perlu menghadiri secara berterusan selama tiga hari bagi melayakkan para peserta kursus layak mendapat sijil penyertaan kursus.

Program Peningkatan Kemahiran Industri Perkayuan di Negeri Pahang telah di rasmikan oleh Ketua MTIB Wilayah Timur Pn. Huda Alhana binti Ali dan turut hadir bersama Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Pahang En. Juhari bin Azmi dan turut hadir mengiringi beliau ialah Penolong Ketua MTIB Wilayah Timur. TGr. Mohd Faizani Bin Hassan. Pada kursus ini , tenaga pengajar adalah pegawai MTIB dari FIDEC TGr. Noridah binti Tahir dan TGr. Mohammad Maulana bin Abdullah dan turut di bantu TGr. Mohd Rizal Mhd Yusof dari Pejabat MTIB Wilayah Timur Pahang.

Program Peningkatan Kemahiran Industri Perkayuan di Negeri Pahang telah disertai seramai 28 peserta dari kalangan usahawan bumiputra Negeri pahang, Jabatan Kerajaan yang berkaitan dengan penggunaan kayu serta pihak yang berminat untuk mempelajari kursus. Para peserta kursus telah memberikan sepenuhnya kerjasama semasa kusus dilaksanakan. Kesemua peserta telah di berikan peralatan kanta pembesar serta pisau bagi melaksanakan pengecaman kayu serta buku anatomi dan pengecaman kayu Malaysia bagi rujukan spesis-spesis kayu yang tedapat di malaysia.Di harapkan kesemua peserta dapat memanfaat segala ilmu pengecaman spesis kayu dan wood anatomi kayu Malaysia yang di pelajari sepanjang program berlansung.





#КРК





PERKHIDMATAN VERIFIKASI KAYU (TVS) OLEH MTIBMTIB menyediakan perkhidmatan verifikasi kayu yang boleh membantu anda untuk...
03/05/2026

PERKHIDMATAN VERIFIKASI KAYU (TVS) OLEH MTIB

MTIB menyediakan perkhidmatan verifikasi kayu yang boleh membantu anda untuk memastikan kayu yang anda pilih adalah kualiti dan spesifikasi yang betul untuk penggunaan dan aplikasi oleh pengguna.

Perkhidmatan TVS :

1. Penggredan Kayu
2. Mengenalpasti Spesies
3. Penentuan Kandungan Kelembapan
4. Penentuan Pengawetan Kayu

Sekiranya produk anda memenuhi piawaian kualiti, ianya akan memanjangkan jangka hayat dengan kos penyelenggaraan yang minimum.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke laman sesawang kami, www.mtib.gov.my ➡️ Perkhidmatan ➡️ Perkhidmatan Teknikal ➡️ Perkhidmatan Verifikasi Kayu kemudian anda hanya perlu tekan ‘Download’ atau kunjungi pejabat cawangan berdekatan.

WILAYAH TIMUR
1. KELANTAN 09-7483824
2. TERENGGANU 09-6262711
3. PAHANG 09-5735062




20/04/2026
19/04/2026

SALAM TAKZIAH

Seluruh warga Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham TGr. Azlin Adila bin Zakaria.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan dipermudahkan segala urusan dalam menghadapi saat yang penuh ujian ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada,
Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB)

📢 JOM SERTAI KURSUS PENGECAMAN KAYU MALAYSIA! 🪵Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran dalam industri perkayuan? Jangan...
27/03/2026

📢 JOM SERTAI KURSUS PENGECAMAN KAYU MALAYSIA! 🪵

Adakah anda ingin meningkatkan kemahiran dalam industri perkayuan? Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Peningkatan Kemahiran Industri Perkayuan di Negeri Pahang yang memfokuskan kepada Anatomi dan Pengecaman Kayu Malaysia.
Butiran Kursus:

🗓️ Tarikh : 14 - 16 April 2026.
⏰ Masa : 9.00 Pagi - 5.00 Petang.
📍 Tempat : Perbadanan Kemajuan Kraftangan ,
Cawangan Pahang.
Lot 30850, Kampung Pandan 2,
Jalan Pintasan Kuantan - Kuala Terengganu,
26070 Kuantan, Pahang
💰 Yuran : RM 50.00 sahaja.

Apa yang anda akan perolehi?

✅ Latihan Teori & Amali.
✅ Nota Kursus & Sijil Penyertaan.
✅ Peralatan kursus disediakan.
✅ Fasiliti Kursus yang lengkap.

Cara Pendaftaran:

📲 Imbas Kod QR pada poster untuk pendaftaran pantas.

atau klik link pendaftaran dibawah

💳 Buat pembayaran ke akaun Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (Maybank: 5144 0480 1787).

📩 Kembalikan borang jawapan dan bukti bayaran sebelum 10 April 2026.

Sebarang pertanyaan, hubungi:

👤 TGr. Mohd Faizani Hassan: [019-200 7393]

👤 TGr. Mohd Rizal Mhd Yusof: [011-266 34898]

Tempat adalah terhad! Daftar sekarang untuk memantapkan kepakaran anda dalam mengenali spesies kayu Malaysia. 🌳✨

https://docs.google.com/forms/d/1XDsl5BQfCwCAECl3qMSAzQe2vXC0Nlo3_xVkevvfkug/edit





#КРК





Address

Kuantan

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MTIB Wilayah Timur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to MTIB Wilayah Timur:

  • Want your organization to be the top-listed Government Service?

Share