Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan Facebook Rasmi
Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ipd Kuantan

Dapatkan Info mengenai scam

“BE SMART STAY ALERT”

🚨 PERANGI JENAYAH & SCAM – TINDAKAN PANTAS, PERLINDUNGAN MAKSIMUM 🚨​Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh usa...
26/05/2026

🚨 PERANGI JENAYAH & SCAM – TINDAKAN PANTAS, PERLINDUNGAN MAKSIMUM 🚨​

Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus memperkukuh usaha membanteras jenayah dan penipuan menerusi pengoperasian Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) 997, sebagai saluran tindakan segera untuk melindungi rakyat.​

💬 “Kita tidak akan berkompromi dalam memerangi jenayah dan penipuan. Pendekatan bersepadu melalui NSRC membolehkan tindakan lebih pantas, tepat dan berkesan demi melindungi rakyat.”​
— YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Dalam Negeri​

📌 NSRC berfungsi sebagai pusat sehenti yang menyelaras tindakan pantas antara: ​
✅ Agensi penguatkuasaan​
✅ Institusi kewangan​
✅ Syarikat telekomunikasi​

Bagi tujuan: ​
✔️ Menghentikan kerugian lanjut​
✔️ Mengesan aliran dana yang dicuri​
✔️ Menjalankan siasatan​
✔️ Mengambil tindakan terhadap penjenayah​

📞 Hotline NSRC: 997​
🕒 Waktu Operasi: 24 jam
(setiap hari termasuk cuti umum)​
🌐 Portal Rasmi NSRC (NFCC, JPM):​
https://nfcc.jpm.gov.my/index.php/en/about-nsrc​

⚠️ PENTING: Hubungi 997 SEGERA sebaik sahaja menyedari wang dipindahkan tanpa kebenaran. Tindakan pantas meningkatkan peluang mengurangkan kerugian.​

Pinjam atau beri Kad ATM milik sendiri kepada orang lain‼️‼️🙏🏻🙏🏻✅Seksyen 424AMemiliki atau mengawal akaun bank / instrum...
19/05/2026

Pinjam atau beri Kad ATM milik sendiri kepada orang lain‼️‼️🙏🏻🙏🏻

✅Seksyen 424A

Memiliki atau mengawal akaun bank / instrumen pembayaran milik orang lain tanpa tujuan atau kuasa yang sah.
Contoh: simpan kad ATM atau akaun orang lain untuk tujuan scam.

Hukuman:‼️‼️

Denda RM5,000 – RM50,000
Penjara 6 bulan – 5 tahun
Atau kedua-duanya sekali.

✅Seksyen 424B

Memberi akaun bank atau instrumen pembayaran sendiri kepada orang lain tanpa tujuan sah.
Contoh: sewa akaun bank kepada scammer (“akaun keldai”).

Hukuman:‼️‼️

Denda RM10,000 – RM100,000
Penjara 1 – 7 tahun
Atau kedua-duanya sekali

✅Seksyen 424C

Menggunakan akaun atau instrumen pembayaran untuk transaksi tanpa tujuan sah, sama ada:

akaun sendiri, atau
akaun orang lain.

Contoh: menerima atau memindahkan duit scam.

Hukuman:‼️‼️

Penjara 3 – 10 tahun
Denda RM10,000 – RM150,000
Atau kedua-duanya sekali.

✅Seksyen 424D

Memberi takrif:

“institusi kewangan”
“instrumen pembayaran”

Termasuk bank, bank Islam, kad ATM, kad debit, e-wallet dan instrumen pembayaran lain.

Kena Tipu dengan Scammer‼️‼️‼️‼️🚨 JANGAN TUNGGU!Hubungi NSRC 997 dengan segera untuk tindakan pantas.☎️ Talian NSRC: 997...
18/05/2026

Kena Tipu dengan Scammer‼️‼️‼️‼️

🚨 JANGAN TUNGGU!
Hubungi NSRC 997 dengan segera untuk tindakan pantas.

☎️ Talian NSRC: 997
(24 Jam)

📌 Sediakan maklumat berikut sebelum menghubungi:
✔️ Resit / bukti pembayaran
✔️ Nombor akaun penerima
✔️ Nama bank
✔️ Masa & tarikh transaksi
✔️ Nombor telefon suspek
✔️ Screenshot perbualan / iklan

LAPOR • TINDAK • SELAMATKAN

13/05/2026

🚨 CERAMAH KESEDARAN JENAYAH SCAMMER 🚨

📅 13 Mei 2026
📍 Dewan Al-Haimi, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan

Seramai kira-kira 150 pegawai dan anggota TLDM telah menghadiri ceramah yang disampaikan oleh ASP Norafiz Bin Misiwan dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan 👮‍♂️⚓

Pelbagai modus operandi scammer telah didedahkan termasuk:
📞 Panggilan menyamar pihak berkuasa
💰 Pelaburan tidak wujud
📲 Pinjaman mudah palsu

⚠️ Jangan mudah panik
⚠️ Jangan dedahkan maklumat bank
⚠️ Semak dahulu sebelum membuat bayaran

🛡️ Ilmu dan kesedaran adalah benteng utama melawan scammer.

PDRM SAYANG ANDA ❤️

🚨 AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI KENALAN 🚨​Scammer semakin licik dengan menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan...
12/05/2026

🚨 AWAS! SCAMMER MENYAMAR SEBAGAI KENALAN 🚨​

Scammer semakin licik dengan menyamar sebagai kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja, kononnya menggunakan nombor telefon baharu dan meminta pinjaman wang atas alasan kecemasan.​

⚠️ Taktik ini digunakan untuk mendesak mangsa bertindak segera tanpa membuat pengesahan.​

🚨 ANTARA TANDA‑TANDA PENIPUAN​

⏰ Mendesak anda bertindak segera​
🤝 Menawarkan atau meminta bantuan secara tiba‑tiba​
💸 Meminta wang dipindahkan dengan alasan segera​
📱 Mengaku menggunakan “nombor baharu”​

🛑 BERHENTI SEBENTAR & JANGAN PANIK​

APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN?​
🔐 Amalkan Konsep 3S: Soal. Sekat. Sebar.​
1️⃣ Soal kesahihan maklumat yang disampaikan;​
2️⃣ Sekat diri dari berkongsi maklumat peribadi dan perbankan anda;​
3️⃣ Sebar dan kongsikan modus operandi bersama penguat kuasa dan rakan-rakan. ​

🚨 Sekiranya Anda Menjadi Mangsa:​
📞 Hubungi hotline bank anda untuk menghentikan transaksi mencurigakan.​
📍 Laporkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) di talian 997.​
👮‍♂️ Buat laporan polis untuk tindakan lanjut.​

⚠️ Sentiasa berhati-hati dan bijak semasa berurusan secara dalam talian!

⚠️ Sentiasa berhati-hati dan bijak semasa berurusan secara dalam talian!​

KENYATAAN MEDIAKETUA POLIS DAERAH KUANTAN.KES PENIPUAN PHONE SCAM MELIBATKAN KERUGIAN RM184,869.00.
09/05/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS DAERAH KUANTAN.

KES PENIPUAN PHONE SCAM MELIBATKAN KERUGIAN RM184,869.00.

08/05/2026

🚔 Ops Kesan Waran | 5–6 Mei 2026
👮‍♂️ Seramai 23 saspek berjaya ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan dalam operasi di Zon Utara, melibatkan kes penipuan dalam talian dan keldai akaun.
⚠️ Orang ramai dinasihatkan agar tidak berkongsi maklumat perbankan anda dengan mana-mana pihak. Lindungi diri, elak jadi mangsa atau keldai akaun.
🤝 Bersama kita bendung jenayah komersil.
🇲🇾

06/05/2026

🚨 SUDAH TRANSFER? SYAK SCAM? 🚨
Jangan tunggu, jangan panik.
⏱️ Minit pertama sangat kritikal!
📞 Hubungi 997 (NSRC) dengan segera
Lebih cepat bertindak, lebih tinggi peluang wang diselamatkan.
❗ Jangan tunggu esok
❗ Jangan cuba selesaikan sendiri
Ingat: 997 bukan sekadar nombor — ia peluang terakhir anda.

28/04/2026
KENYATAAN MEDIAKETUA POLIS PAHANGPESARA GURU DAN GURU ANTARA MANGSA PHONE SCAM, RUGI LEBIH RM1.4 JUTA.
28/04/2026

KENYATAAN MEDIA
KETUA POLIS PAHANG
PESARA GURU DAN GURU ANTARA MANGSA PHONE SCAM, RUGI LEBIH RM1.4 JUTA.

Address

Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan
Kuantan
25000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Kuantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share