Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu

Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu Laman Facebook Rasmi
Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu (SPR)
"CEKAP & TELUS"
Portal Rasmi SPR Pengerusi pertama Suruhanjaya ialah Y.Bhg. Y.Bhg.

SEJARAH PENUBUHAN
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya Suruhanjaya Pilihan Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan 2 orang Ahli. Dato' Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala Ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh. Berikutan dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada 3 orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik secara bergilir. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama mewakili 2 negeri berkenaan. Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya menjadi 7 orang iaitu Seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan 5 orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak. Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958. Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun 1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988 sebelum berpindah p**a ke Aras 5-8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000 Ibu Pejabat Suruhanjaya berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya. Fungsi utama Suruhanjaya Pilihan Raya adalah seperti yang berikut:-

1) membuat kajian dan persempadanan semula Bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu;

2) menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan

3) menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian terus dalam setiap pilihan raya.

LAWATAN PENGARAH PILIHAN RAYA NEGERI TERENGGANU KE PUSAT MENGUNDI SK PULAU PERHENTIAN.10 September 2026 | Pulau Perhenti...
12/09/2026

LAWATAN PENGARAH PILIHAN RAYA NEGERI TERENGGANU KE PUSAT MENGUNDI SK PULAU PERHENTIAN.

10 September 2026 | Pulau Perhentian, Terengganu

Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu telah mengadakan lawatan ke Pusat Mengundi, Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian pada 10 September 2026 sebagai sebahagian daripada persediaan awal bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

PEMBUKAAN KAUNTER SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI PULAU PERHENTIAN 10 September 2026 | Pulau Perhentian, Besut, Terengganu9.00...
12/09/2026

PEMBUKAAN KAUNTER SEMAKAN DAFTAR PEMILIH DI PULAU PERHENTIAN

10 September 2026 | Pulau Perhentian, Besut, Terengganu
9.00 pagi hingga selesai.

Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu telah membuka Kaunter Semakan Daftar Pemilih di Pulau Perhentian, Besut, Terengganu pada 10 September 2026.

Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Pegawai Daerah Marang pada 9 September 20...
12/09/2026

Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu telah mengadakan Kunjung Hormat kepada Pegawai Daerah Marang pada 9 September 2026. Kunjung hormat ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan kerjasama dan jalinan strategik antara pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dengan Pejabat Daerah Marang.

LAWATAN PUSAT MENGUNDI SEMPENA HARI MENGUNDI BAGI PEMILIHAN JPTE NEGERI TERENGGANU 18/08/2026.
25/08/2026

LAWATAN PUSAT MENGUNDI SEMPENA HARI MENGUNDI BAGI PEMILIHAN JPTE NEGERI TERENGGANU 18/08/2026.

LAWATAN HARI PERSIAPAN PUSAT MENGUNDI BAGI PEMILIHAN JPTE NEGERI TERENGGANU 17/08/2026.
25/08/2026

LAWATAN HARI PERSIAPAN PUSAT MENGUNDI BAGI PEMILIHAN JPTE NEGERI TERENGGANU 17/08/2026.

Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2026 (DPT BLN7/2026).
25/08/2026

Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Julai Tahun 2026 (DPT BLN7/2026).

Kunjung Hormat Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman, Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harun bin Esa kepada Pengarah Pi...
25/08/2026

Kunjung Hormat Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman, Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Harun bin Esa kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri Terengganu pada 24 Ogos 2026.

TAKLIMAT PETUGAS PROGRAM PEMILIHAN JAWATANKUASA PERWAKILAN TINGKATAN ENAM PERINGKAT KEBANGSAAN (PTE) NEGERI TERENGGANU.T...
13/08/2026

TAKLIMAT PETUGAS PROGRAM PEMILIHAN JAWATANKUASA PERWAKILAN TINGKATAN ENAM PERINGKAT KEBANGSAAN (PTE) NEGERI TERENGGANU.

TARIKH : 13 OGOS 2026 (KHAMIS)
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SMK IBRAHIM FIKRI, KUALA NERUS
JUMLAH SEKOLAH : 44 SEKOLAH

*OUTREACH KAUNTER PPN NEGERI TERENGGANU*TEMPAT : IBU PEJABAT POLIS DAERAH BESUT TARIKH : 12 OGOS 2026MASA  : 10.00 PAGI ...
12/08/2026

*OUTREACH KAUNTER PPN NEGERI TERENGGANU*

TEMPAT : IBU PEJABAT POLIS DAERAH BESUT
TARIKH : 12 OGOS 2026
MASA : 10.00 PAGI SEHINGGA SELESAI

*PENDAFTARAN TUKAR STATUS (BARU) : 11*
*PENDAFTARAN TUKAR BAHAGIAN PILIHAN RAYA : 69*
*PENDAFTARAN AKAUN MYSPR : 0*
*ADUAN : 2*
*SEMAKAN : 5*

PEGAWAI TERLIBAT :
1. MOHD YASSER KHAN BIN ABDUL MALIK KHAN
2. ABD KHOLIQ BIN IBRAHIM
3. Md SHAFARUDDEIN BIN MD ARIFFIN
4. MOHD REDZWAN BIN ABDUL GHAFAR

[ 9 Ogos 2026, Ahad ]Mesyuarat Pelaksanaan Jawatankuasa Pemilihan Tingkatan Enam Kebangsaan Tahun 2026 bersama JPNT pada...
12/08/2026

[ 9 Ogos 2026, Ahad ]

Mesyuarat Pelaksanaan Jawatankuasa Pemilihan Tingkatan Enam Kebangsaan Tahun 2026 bersama JPNT pada 9 Ogos 2026.

Address

Kuala
20200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6096221218

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share