21/10/2025
SPADE CAPITAL SDN.BHD.
Saya tidak pernah berurusan dengan syarikat ini atau menawarkan khidmat persaksian perjanjian mereka.
Laporan polis dibuat memandangkan nama saya digunakan tanpa kebenaran.
🔴 AMARAN AWAM: Sahkan Dahulu Sebelum Tandatangan atau Bayar🔴
Dalam beberapa hari yang lalu, saya telah menerima beberapa pertanyaan daripada orang awam berhubung sebuah syarikat bernama Spade Capital Sdn. Bhd. terutamanya mengenai sama ada bayaran duti setem LHDN boleh dibuat kepada syarikat tersebut.
Saya ingin menjelaskan perkara ini dengan tegas:
1. Saya tidak pernah berhubung dengan mana-mana wakil daripada Spade Capital Sdn. Bhd.
2. Saya tidak pernah memberi kebenaran atau kuasa kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama saya atau firma saya bagi sebarang urusan perundangan melibatkan syarikat itu.
3. Saya hanya mengetahui kewujudan syarikat tersebut apabila seseorang menghubungi saya untuk bertanya sama ada bayaran duti setem LHDN boleh dibuat kepada “Spade Capital.”
Laporan polis telah dibuat pada 21.10.2025 bagi melindungi kepentingan awam dan mengelakkan penyalahgunaan nama saya serta firma saya.
💡 Nasihat kepada orang ramai:
Sebelum anda menandatangani atau membuat sebarang bayaran :
a. Hubungi terus peguam yang dinamakan dalam perjanjian melalui nombor rasmi yang disahkan.
b. Sahkan butiran melalui direktori Majlis Peguam Malaysia (Bar Council) atau laman web rasmi firma.
c. Jangan mudah percaya dengan nombor atau individu yang menghubungi anda melalui WhatsApp atau pihak ketiga.