Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu

Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu, Government Organization, KUALA, Kuala.

18/04/2026
07/04/2026
17/03/2026
17/03/2026

17 Mac - Pelancaran dan Advokasi Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 anjuran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Terengganu telah disempurnakan oleh YDH Dato’ Ketua Polis Terengganu di Drawbridge Kuala Terengganu.

Juga dihadiri oleh lain2 jabatan/agensi seperti JPJ, JBPM dan LPT2 bersama kenderaan penguatkuasaan yang akan digunakan dalam penugasan Op selamat kelak.

PDRM khasnya JSPT Kontinjen Terengganu juga menyantuni pengguna jalan raya yang menggunakan laluan tersebut dengan mengagihkan ‘goodies’ serta pamphlet.

🚗 Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi.



03/03/2026

🎬 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026

Serlahkan bakat kreativiti anda dengan menyertai pertandingan mencipta video pendek dalam menyampaikan mesej keselamatan jalan raya! 🚦

Rakam video pendek yang kreatif, berinformasi dan memberi kesedaran berkenaan keselamatan jalan raya kepada masyarakat.

Sila imbas QR yg tertera untuk info selanjutnya.

📅 Tarikh tutup penyertaan: Sebelum 13 Mac 2026

28/02/2026

🎬 PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026

Jom serlahkan kreativiti anda dalam menyampaikan mesej keselamatan jalan raya! 🚦

Orang ramai dijemput untuk menyertai pertandingan mencipta video pendek keselamatan jalan raya.

Rakam video pendek yang kreatif, berinformasi dan memberi kesedaran kepada masyarakat.

📅 Tarikh tutup penyertaan: Sebelum 13 Mac 2026

TERMA & SYARAT PERTANDINGAN VIDEO PENDEK KESELAMATAN JALAN RAYA TAHUN 2026

1. Pertandingan bermula pada 01 Mac 2026 dan tarikh tutup penyertaan adalah sebelum atau pada 13 Mac 2026 (11.59 malam).

2. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, termasuk syarikat korporat.

3. Pertandingan ini merupakan kolaborasi bersama JSPT Bukit Aman dalam menyokong pelaksanaan Kempen Keselamatan Jalan Raya ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat.

4. Video mestilah bertemakan keselamatan jalan raya, dengan menonjolkan ciri-ciri pemanduan dan penunggangan yang selamat, berhemah serta mematuhi undang-undang.

5. Tempoh video adalah tidak melebihi 3 minit, termasuk kredit.

6. Setiap penyertaan mestilah hasil karya asli peserta sendiri. Unsur plagiat adalah tidak dibenarkan.Penyertaan yang didapati bukan karya asli akan dibatalkan serta-merta.

7. Video yang dihantar mestilah tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan sebelum ini.

8. Peserta hendaklah menggunakan peralatan rakaman sendiri (telefon pintar atau perakam video). Elemen lakonan dan kreativiti tambahan adalah dibenarkan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang dan norma masyarakat.

9. Kos penyertaan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.

10. Video hendaklah dimuat naik ke salah satu platform media sosial berikut:

• TikTok – dan tag akaun rasmi: jsptpdrmofficial
• Instagram – dan tag akaun rasmi:
• Facebook – dan tag / nyatakan halaman rasmi: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

Peserta hendaklah memastikan akaun media social berada dalam mod “Public” sepanjang tempoh pertandingan bagi tujuan penilaian.

11. Peserta wajib menggunakan tanda pagar (hashtag) berikut:







12. Penilaian pemenang adalah berdasarkan:

• Kreativiti dan keaslian idea
• Keberkesanan mesej
keselamatan yang disampaikan
• Impak kesedaran kepada
masyarakat
• Jumlah “Like” tertinggi

13. Pemilihan video terbaik berpeluang dilantik sebagai Rakan Trafik Polis bagi menyokong inisiatif kesedaran keselamatan jalan raya bersama pihak JSPT.

16/01/2026

PADANG LUAS DI SERBU SKUAD 42 JSPT TERENGGANU

16 Jan 2026 - 2.30 pagi Skuad 42 JSPT IPK TERENGGANU telah menjalankan Operasi Samseng Jalanan di Jalan Padang Luas Jertih Terengganu. Dalam operasi tersebut telah berjaya menahan (7) remaja yang menunggang motosikal sambil melakukan aksi mengangat tayar hadapan (Whelie) dan (superman).

Pada jam lebih kurang 0320 hrs, tangkapan telah dilaksanakan di KM 114.2 jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu terhadap kesemua 7 (L)(M) di persekitaran kawasan hot spot OKT berlumba di tempat pusingan U jalan Kuala Terengganu - Kota Bharu.

Saspek yang berjaya ditahan berumur di antara 31 hingga 17 tahun bersama motosikalnya telah dibawa ke Pejabat Bahagian Siasatan dan penguatkuasaan trafik Daerah Besut untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 . Jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih RM 15,000.

Operasi sebegini sentiasa diberi perhatian oleh JSPT Terengganu dan akan dijalankan secara berterusan. Ianya bertujuan untuk mencegah gejala tidak sihat di kalangan warga belia , untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya yang lain dan menjaga ketenteraman awam.

JSPT Terengganu juga tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap kegiatan samseng jalanan.









14/01/2026

[Segmen Info Trafik] Parkir Kenderaan

Orang awam dinasihatkan supaya memarkir kenderaan di petak parkir yang disediakan serta mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran dan keselesaan bersama.

14/01/2026

[HEBAHAN] MALAYSIA HARI INI : PARKIR MERATA, UNDANG MASALAH

Jangan lupa saksikan program Malaysia Hari ini bersama panel jemputan iaitu Timbalan Pengarah (Penguatkuasaan/ Kawalan Lalulintas/ Pengurusan Saman) Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), DCP Mohd Rozi bin Jidin yang akan mengupas tajuk "Isu Parkir Merata-rata, Undang Masalah pada 15 Januari 2026 (Khamis) jam 10.00 pagi di TV3.

08/01/2026

“Jangan Guna Dummy Buckle.”

“Dummy Buckle Membahayakan Nyawa.”

“Dilarang Menggunakan Dummy Buckle.”

⚠️ Keselamatan & Kesedaran

“Dummy Buckle Bukan Keselamatan.”

“Tali Pinggang Keledar Dipakai, Bukan Ditipu.”

“Dummy Buckle = Risiko Kematian.”

👍 Nasihat kami

“Pakai Tali Pinggang Keledar dengan Betul, Jangan Guna Dummy Buckle.”

“Keselamatan Tidak Boleh Diganti dengan Dummy Buckle.”

“Satu Klik Yang Betul Menyelamatkan Nyawa.”

Hati Hati memandu
Jangan pandu melulu
Keluarga menunggu
JSPT membantu




Address

KUALA
Kuala

Telephone

+6096354750

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Siasatan & Penguatkuasaan Trafik JSPT Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share