Ketua Pegawai Eksekutif Maidam

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU TERENGGANU

Walaupun pendapatan $4,500 sebulan, disebabkan belanja yang dibenarkan tolakan melebihi pendapatan, seseorang itu masih ...
01/06/2026

Walaupun pendapatan $4,500 sebulan, disebabkan belanja yang dibenarkan tolakan melebihi pendapatan, seseorang itu masih dikira sebagai miskin.

31/05/2026
Apa maksud HAD KIFAYAH? Dalam bahasa mudah, ia merupakan paras keperluan minimum hidup yang dianggap mencukupi untuk ses...
29/05/2026

Apa maksud HAD KIFAYAH? Dalam bahasa mudah, ia merupakan paras keperluan minimum hidup yang dianggap mencukupi untuk seseorang atau sebuah keluarga. Jika memenuhi syarat had kifayah, ertinya kita ini miskin dan layak menerima zakat. Jika sebaliknya, kita bukan miskin dan tidak layak menerima layak. Layak atau tidak layak menerima bantuan zakat, tidak ditentukan oleh ‘ada cable atau tidak’. Salurkan maklumat salah siasat oleh penyiasat yang didakwa oleh pengadu dengan mengemukakan nombor rujukan permohonan agar mudah dijalankan siasatan ke atas penyiasat berkenaan. Bukan sekadar memberikan kenyataan umum. Tanpa bukti, ia adalah fitnah yang akan dihadapkan perbuatan ini di akhirat kelak.

Memandangkan kos sara hidup meningkat dari tahun ke tahun, ada keperluan had kifayah ini disemak dengan lebih kerap berbanding amalan sekarang (3 tahun sekali). Had kifayah yang digunakan oleh MAIDAM sekarang adalah semakan pada tahun 2024.

MENAMBAH BAIK PENGURUSAN AGIHAN ZAKATDaripada 27,000 permohonan bantuan zakat MAIDAM yang diterima di seluruh daerah di ...
28/05/2026

MENAMBAH BAIK PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT

Daripada 27,000 permohonan bantuan zakat MAIDAM yang diterima di seluruh daerah di Terengganu setakat ini, 17,000 permohonan telah selesai disiasat dan diberikan status lulus atau gagal. Sebahagian besar permohonan ini adalah BANTUAN SARA HIDUP. Berdasarkan Garis Panduan, pihak MAIDAM MESTI menjalankan SIASATAN bagi setiap permohonan bantuan ini untuk memastikan wang zakat disalurkan hamya kepada pemohon yang layak (fakir atau miskin) menurut hukum syarak. Ada lagi BAKI 10,000 permohonan SEDANG DISIASAT.

Jika ingin diselesaikan baki 10,000 kes ini dalam tempoh 2 bulan @ 40 hari bekerja misalnya, setiap hari sebanyak 250 siasatan di lapangan mesti diselesaikan (250 kes setiap hari tanpa gagal).

Untuk mempercepatkan siasatan baki 10,000 ini, siasatan berkelompok akan dijalankan di masjid terpilih dalam waktu terdekat. Nantikan pengumuman MAIDAM tentang tarikh, masa dan tempat. Kaedah siasatan berkelompok ini akan terpakai SEHINGGALAH September ini. Mulai Oktober 2026, MAIDAM akan mula melaksanakan SISTEM AGIHAN BANTUAN ZAKAT yang BAHARU. Sistem ini akan mengatasi kelambatan proses siasatan menerusi integrasi data dengan pelbagai agensi dan pelbagai ciri lain. Data ini meliputi maklumat tentang bantuan yang diterima daripada mana-mana agensi, pemilikan aset dan hartanah, profil pemohon dan keluarga, dan pelbagai maklumat lain. Sistem ini juga mampu menyekat permohonan yang tidak layak dan menjejaki pemohon yang menipu maklumat. Berdasarkan rekod lepas, sebahagian besar semakan semula ke atas penerima bantuan yang diadukan kes kepada MAIDAM oleh pelapor, mereka didapati menipu maklumat profil diri (contohnya, alamat rumah sebenar iaitu rumah banglo disembunyikan, sebaliknya memaklumkan alamat rumah lain) dan menyembunyikan maklumat sebenar tentang pemilikan aset dan hartanah.

Tanpa menafikan ada kes yang dirasakan sepatutnya layak tetapi gagal, ia berkemungkinan besar berpunca daripada penetapan had kifayah yang berada di bawah paras sebenar. Ertinya, penetapan had kifayah ini perlu disemak oleh MAIDAM dengan lebih kerap. Bukan lagi 3 tahun sekali sebagaimana amalan sekarang agar selari dengan peningkatan kos sara hidup.

Doakan apa yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat (siasatan berkelompok) dan pada bulan Oktober 2026 (sistem agihan zakat yang baharu).

# NOTA: Sila bantu pihak MAIDAM mengesan kes penerima bantuan yang sebenarnya tidak layak menerima bantuan dengan mengemukakan maklumat yang lengkap. Paling tidak, alamat rumah pihak yang diadu. Sila laporkan juga kepada MAIDAM jika ada keciciran (sepatutnya layak tetapi gagal) setelah disemak kelayakan had kifayah. Sila laporkan juga kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM menerusi FB Messenger jika ada sebarang perlanggaran etika mana-mana penyiasat MAIDAM dengan mengemukakan maklumat lebih lengkap seperti nombor rujukan permohonan. Setakat ini, semua kes yang diadu, tidak menunjukkan sebarang perlanggaran etika, sebaliknya berunsur fitnah dan kurangnya pengetahuan pengadu tentang had kifayah (kelayakan bantuan untuk asnaf fakir/miskin).

Hari ini ke Taman MAIDAM di Banggol Peradong. Meninjau dari rumah nombor 1 hingga 37. Berkonsepkan perumahan transit (se...
27/05/2026

Hari ini ke Taman MAIDAM di Banggol Peradong. Meninjau dari rumah nombor 1 hingga 37. Berkonsepkan perumahan transit (selagi mana layak menurut syarat yang ditetapkan oleh hukum syarak, selagi itu layak mendiami di sini). Salam aidil adha buat semua penerima bantuan MAIDAM di sini.

Bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah khusus untuk anak-anak asnaf fakir/miskin/mua...
15/05/2026

Bantuan Persekolahan yang disediakan oleh Yayasan Pendidikan MAIDAM adalah khusus untuk anak-anak asnaf fakir/miskin/muallaf. Mengapa ada ibu bapa yang sanggup mengaku miskin hanya semata-mata ingin menikmati bantuan ini untuk anak-anak. Setelah dapat dikesan beberapa kes penipuan ini, MAIDAM terpaksa menetapkan, hanya asnaf fakir/miskin yang berdaftar sahaja layak menikmati kemudahan ini.

Saya menerima pertanyaan tentang mengapa permohonan bantuan gagal dan apa kriteria kelayakan mendapat bantuan zakat. Ber...
15/05/2026

Saya menerima pertanyaan tentang mengapa permohonan bantuan gagal dan apa kriteria kelayakan mendapat bantuan zakat. Berjaya atau gagal adalah kerana memenuhi syarat. Bukan sebab ‘cable’. Tiada istilah ‘cable’ dalam meluluskan sesuatu permohonan bantuan zakat. Jika berlaku sebaliknya, ajukan kepada saya berserta bukti.

Salah satu sebab permohonan ditolak adalah kerana melebihi kadar had kifayah. Sebelum membuat permohonan, guna kalkulator had kifayah untuk semak sama ada seseorang itu fakir/miskin atau tidak. Kadar had kifayah ini sentiasa dikemaskini secara berkala. Ia dijalankan oleh pasukan penyelidik luar (pakar bidang termasuk ahli akademik), bukan kakitangan MAIDAM. Hasil penyelidikan ini (penentuan kadar had kifayah) diperhalusi di pelbagai peringkat dan jawatankuasa sebelum diluluskan oleh MAIDAM.

Masukkan semua maklumat secara kendiri menggunakan kalkulator ini. Jika paparan kalkulator menunjukkan seseorang itu adalah fakir/miskin, tiada sebab permohonan bantuan gagal melainkan ada sebab khusus lain.

Mengapa ada pemohon baharu dan penerima bantuan zakat sedia ada sanggup TIDAK MENDEDAHKAN maklumat SIMPANAN WANG mereka ...
13/05/2026

Mengapa ada pemohon baharu dan penerima bantuan zakat sedia ada sanggup TIDAK MENDEDAHKAN maklumat SIMPANAN WANG mereka hanya semata-mata ingin mendapatkan bantuan zakat. Tidakkah setiap sen yang diperoleh ini dengan asbab memberi maklumat palsu, akan dihitung kelak di akhirat. Jika tiada kejadian ini, tempoh masa menunggu sesuatu permohonan menjadi lebih singkat.

Jika anda berminat menyertai sesi libat urus PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT MAIDAM, sila majukan nama, institusi...
01/05/2026

Jika anda berminat menyertai sesi libat urus PENAMBAHBAIKAN PENGURUSAN AGIHAN ZAKAT MAIDAM, sila majukan nama, institusi/NGO/etc yang diwakili dan nombor telefon ke MESSENGER FB Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM. Antara tujuan sesi libat urus ini adalah untuk MEMPERCEPATKAN lagi tempoh masa agihan bantuan zakat. Bagi kes kritikal misalnya, akan diteliti bagaimana permohonan bantuan zakat boleh diluluskan pada hari yang sama dibuat permohonan. Di samping itu, sesi ini juga akan memperhalusi kaedah pemutihan menerusi data raya, integrasi data sesama jabatan seperti JPJ (semakan pemilikan kenderaan), Pejabat Daerah dan Tanah (semakan pemilikan tanah), Tabung Haji (semakan jumlah simpanan), ASNB (semakan jumlah pelaburan dalam ASB atau ASN) dan sebagainya.

Address

Kuala
20519

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ketua Pegawai Eksekutif Maidam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share