Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus diketuai oleh Dr Effah Leiylena Yaacob, sebagai Pegawai Kesihatan Daerah Kuala Nerus

πŸ¦Ÿβ›”Seekor nyamuk Aedes mampu membawa padah ☠️ kepada seluruh keluarga. Jangan biarkan ia membiak di kawasan anda! πŸ™‹β€β™‚οΈ   ...
13/06/2026

πŸ¦Ÿβ›”Seekor nyamuk Aedes mampu membawa padah ☠️ kepada seluruh keluarga.

Jangan biarkan ia membiak di kawasan anda! πŸ™‹β€β™‚οΈ



Untuk Makluman semua warga Kuala Nerus
10/06/2026

Untuk Makluman semua warga Kuala Nerus

09/06/2026
Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas!Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Siti Nurain binti Mat Daud, PPF KKST mera...
08/06/2026

Alhamdulillah, Tahniah dan Syabas!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pn. Siti Nurain binti Mat Daud, PPF KKST merangkap wakil PKD Kuala Nerus atas kejayaan meraih Naib Johan Qariah dalam Majlis Tilawah Al-Quran Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan serta mencerminkan komitmen dan kecintaan terhadap Al-Quran. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus mendekati, memahami dan menghayati ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

"Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya."
(Hadis Riwayat al-Bukhari)

Semoga terus cemerlang dan diberkati Allah SWT.




PROGRAM GOTONG ROYONG LOKALITI COMBI DAERAH KUALA NERUSProgram Gotong Royong &1Hour MSIA Clean Up di lokaliti COMBI Pula...
07/06/2026

PROGRAM GOTONG ROYONG LOKALITI COMBI DAERAH KUALA NERUS

Program Gotong Royong &1Hour MSIA Clean Up di lokaliti COMBI Pulau Redang bersama agensi telah diadakan Pada 4 Mei 2026.

🌸 Ibu sentiasa jaga semua orang, tapi siapa yang jaga ibu?Bila badan dan mental dah terlalu penat, mulalah ibu rasa burn...
07/06/2026

🌸 Ibu sentiasa jaga semua orang, tapi siapa yang jaga ibu?

Bila badan dan mental dah terlalu penat, mulalah ibu rasa burnoutβ€”mudah marah, sedih tiba-tiba, dan rasa diri serba tak kena. Tapi, adakah ibu cuma perlukan tidur dan rehat semata-mata? Atau ada sokongan emosi lebih mendalam yang diperlukan dari orang sekeliling?

Jom rungkai isi hati sebenar seorang ibu bersama pegawai psikologi (kaunseling) dalam episod terbaru podcast Sembang Sihat Minda!

πŸŽ™οΈ Tajuk: Ibu Burn Out? Apa yang Sebenarnya Ibu Perlukan?
πŸ“… Tarikh: 7.6.2026 (Ahad)
⏰ Masa: 2.30 ptg
πŸ“ Facebook : https://web.facebook.com/mindasihaterengganu

Para suami pun wajib dengar topik ni untuk lebih faham emosi isteri! Jemput kongsikan (share) post ini . You are doing a great job, mommies! ❀️

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenai situasi semasa...
05/06/2026

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengenai situasi semasa Kes Malaria Import di Terengganu.

🚨RAYA NI,  JANGAN KENA DENGGI! πŸ¦ŸπŸ‘πŸŒ™Musim perayaan adalah masa untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga tersayang. N...
31/05/2026

🚨RAYA NI, JANGAN KENA DENGGI! πŸ¦ŸπŸ‘πŸŒ™

Musim perayaan adalah masa untuk mengeratkan silaturahim bersama keluarga tersayang. Namun, jangan biarkan kegembiraan bertukar menjadi kebimbangan akibat ancaman demam denggi. πŸ˜”

⏰ Luangkan hanya 10 minit seminggu untuk memeriksa kawasan rumah dan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

βœ… Tutup bekas yang menadah air
βœ… Buang air bertakung
βœ… Cuci dan gosok bekas simpanan air
βœ… Susun barang terpakai di tempat kering
βœ… Tanam pokok penghalau nyamuk seperti serai wangi

πŸ‘¨β€πŸ‘©β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Lindungi keluarga yang pulang beraya daripada risiko dijangkiti demam denggi.

πŸ’š Sedikit usaha kita hari ini, seribu makna untuk keselamatan keluarga esok.





πŸ¦ŸπŸš«πŸ‘πŸ’š

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di PKDKNPENGORBANAN TIDAK BERTEPIKESYUKURAN SENTIASA DI HATI
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidil Adha dari kami di PKDKN

PENGORBANAN TIDAK BERTEPI
KESYUKURAN SENTIASA DI HATI



πŸ›’πŸ₯— Bijak Pilih, Sihat Diraih!β€œShopping” pun boleh jadi medan pembelajaran kesihatan! πŸ’ͺβœ¨πŸ“ PROGRAM PEMAKANAN SIHAT DI PASA...
18/05/2026

πŸ›’πŸ₯— Bijak Pilih, Sihat Diraih!
β€œShopping” pun boleh jadi medan pembelajaran kesihatan! πŸ’ͺ✨

πŸ“ PROGRAM PEMAKANAN SIHAT DI PASARAYA
πŸ—“οΈ 14 Mei 2026
πŸ“Œ Pasaraya GIANT Cawangan Kuala Terengganu
πŸ‘₯ 35 orang peserta & urusetia Program Trim & Fit

Pelbagai aktiviti interaktif dan santai telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pemakanan sihat dan gaya hidup aktif, antaranya:

πŸ₯™ Chit Chat Piramid Makanan Malaysia 2020 & Pinggan Sihat Malaysia
πŸƒβ€β™‚οΈ Aktiviti Kembara Nutri Race
πŸ•΅οΈβ€β™€οΈ Pertandingan Food Hunt & Food Detective
🍭 Advokasi Kurangkan Gula
πŸ§‚ Advokasi Garam Beriodin
πŸ“‹ Soal Selidik Kecelikan Pemakanan 2026
🧠 Pre & Post Test KPS
πŸ’ƒ Senamrobik

Program ini dianjurkan oleh Unit Pemakanan PKD Kuala Nerus dengan kerjasama Unit NCD, Unit KPAS dan Unit Rehabilitasi PKD Kuala Nerus.

✨ Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran praktikal peserta mengenai: βœ… Piramid Makanan Malaysia 2020
βœ… Pemilihan makanan & minuman lebih sihat
βœ… Membaca label maklumat pemakanan
βœ… Pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD)

πŸ’š Jom jadi pengguna bijak demi kehidupan lebih sihat!




Address

Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus, Batu Rakit
Kuala
21030

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Sunday 07:30 - 17:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Nerus posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share